Wednesday, June 20, 2012

SANG MURABBI

Hidup dan matinya untuk dakwah dan tarbiyah. Dahulu saya tak pernah nak tahu sangat pasal latar belakang beliau. Masa tu masih lagi belum terjebak dalam industry dakwah dan tarbiyah. Saya agak skeptical. Rapat pun tak juga. Tak selalu ke rumahnya walau rumah kami sangat dekat. Kalau kira langkah besar, lebih kurang tiga puluh tujuh perpuluhan lapan dua langkah, kalau langkah kecil dalam enam puluh langkah. Dekat sangat rumahnya.

Tapi macam tu la, wajib pergi rumah beliau bila tiba hari raya. Biasala tu, pergi minta maaf, salam, minta didoa, ambil berkat la katakan. Har har. Setelah mula berkecimpung dalam arena DnT ni baru la saya mula meneliti profile hidup beliau. Subhanallah. Kagum. Tak pernah berhenti berjuang untuk agama. Dan mula berminat untuk rapat dengan pak cik saya ni. Oh lupa, saya sedang menulis pasal pak cik saya.

Orangnya tubuh kecil tapi suara lantang. Melayunya agak pelat, Arab nya lagi fasih. Permulaan hidup banyak dihabsikan di negeri orang, merantau menuntut ilmu. Lama, tinggal di Mekah, di Baghdad, Irag dan Syria. Ni yang saya tahu, yang saya tak tahu mungkin banyak lagi. Cinta akan ilmu, dan balik bawa pulang ilmu unuk disumbangkan pada bumi kelahiran kerana cinta akan agama, cinta akan Sang Pencipta.


Seawal usia sembilan tahun, datuk saya hantar pak cik saya ni ke Tanah Suci untuk tinggal di sana bersama dengan nenda saudara, sambil menuntut ilmu. Awal kan. Bonda saya pernah cerita, datuk saya ada utus surat kepada pak cik saya ni, bunyi nya lebih kurang suruh dia belajar rajin-rajin, kalau malas belajar, nanti balik rumah jalan kaki. Haha. Datuk saya ni sangat bekeng atau bahasa mudahnya garang.

Saya tak pernah berkesempatan berjumpa dengan arwah. Dan gene garang dia ni diwarisi oleh kebanyakan anak-anaknya. So bonda saya pun garang juga. Hehe. Ok lari topic.

Pak cik saya tinggal dengan keluarga di sana. Ya, ada beberapa ahli keluarga tinggal di Mekah. Asalnya dua tiga orang sahaja, tapi hari ni dah beranak pinak dan membiak-biak. Cakap pasal keluarga sana sangat menarik, muka mereka dah tak Melayu sangat, tapi tak bole blah, muka Arab bila balik Malaysia cakap Melayu, loghat Kelantan versi pekat pulak tu. Memang salute. Ok lari topic lagi.

Pulangnya pak cik saya ke Tanah Air, didambakan hidupnya berjuang atas jalan dakwah dan tarbiyah. Dia ni bapa tarbiyyah di Kelantan. Pas menamakan beliau sebagai Murabbi Sepanjang Zaman. Kalau nak ditulis jasa beliau, memang makan masa tiga purnama. Bukan isu Pas atau Umno, Dap, Perkasa, Petir atau Parti Obama atau apa-apa sahaja, bukan isu parti yang hendak saya ketengahkan tapi ibrah perjuangan nya, semangat nya yang tak pernah pudar hinggalah ke akhir hayat beliau.

Biodata ringkas beliau, anda bole tengok dalam video tribute ini;


So pulangnya saya ke rumah, memasanag niat untuk menuntut dengan beliau, sikit-skit. Saya pernah ke rumahnya dalam tempoh cuti ini, kemudian dihadiahi saya sebuah buku Tarbiyyah karangan beliau sendiri. Saya ada berkongsi cerita dan situasi di pusat pengajian tinggi. Dia pun ada tanya perkembangan dakwah dalam kalangan pelajar. Macam tu la beliau. Percakapannya bahkan diam nya hanya untuk dakwah.

14 JUN 2012

Pada tarikh ini, saya sedang berdaurah bersama rakan-rakan sefikrah di Pahang. Bonda saya message saya, mengatakan beliau, pak cik saya tadi sudah pulang ke rahmatullah. Saya kelu. Tak tahu nak balas pesanan tu macam mana. Sang Murabbi sudah pun pulang kepada Murabbi kepada segala murabbi. Tamat la kisah perkongsian saya di sini.

Ustaz Yahya Othamn, namanya mungkin tidak begitu popular dalam kalangan kita, tapi ketahuilah perjuangan dia sangat besar. Pemergiannya disifatkan satu kehilangan yang sangat besar buat ummat ni, buat rakyat Kelantan khususnya. Dia seoarng ulamak, seorang murabbi, seorang pemimpin, seorang sahabat yang telah berbakti untuk jalan dakwah dan tarbiyah. Dan saya mengenali beliau sebagai seorang pak cik yang garang, err tapi ada sifat-sifatnya yang menyentuh hati ini.


Solat Jenazah yang diimami MB Kelantan

Kenapa saya tulis ni, saya pun tak pasti.

Sekadar berkongsi. Saya Cuma ingin mengajak rakan-rakan seangkatan yang berada dalam gerabak ini mengenali lelaki luar biasa ni. Dalami riwayat hidup beliau. Tanya sahaja pak cik google, pasti keluar bermacam-macam perihalnya. Kerana apa, kita sering mendengar cerita hebat-hebat di zaman dahulu, kisah para sahabat yang dekat dengan Rasulullah.

Di situ ada alasan, alah, mereka sahabat, boleh la berjuang bermati-matian untuk Islam. Namun hari ini saya perkenalkan seorang hamba yang telah benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah s.w.t. sebagai motivasi kepada kita untuk terus thabat atas jalan ini.

Saya sudah hilang bicara

Al- Fatihah


4 comments:

Anonymous said...

dari DIA kita datang pada DIA kita kembali,..

bidznillah bakal ada penyambung perjuangannya, kan gen bekeng ada pada diri anda? moga anda mampu menjadi hebat sepertinya!! YOSH!

yeah moga thabat di siaratulmustaqim!!moga terus ranacak di arena D&T ini ,,

btw jazakallahu khairan jaza' untuk segala sharing , jangan terlalu lama hilang patah bicara, teruskan berniaga,, ekk?

barakallahufik!!

Inspector Saahab said...

mujahidah :
jazakillahukheirr :)
in sha Allah
mohon didoa smoga trus thabat atas jalan ini :)

in sha Allah, patah bicara mula bercantum

Anonymous said...

nice one akhi..

Inspector Saahab said...

AP
in sha Allah :)
jzkk