Tomato dah.
Timun pun dah. Daun salad sikit.
Jebat ambik, ikut list. Masuk plastic. Jebat ke kaunter. Nak bayar. Pelik. Makcik makcik kat pasar raya usha semacam. Entah dia pakai seluar terbalik. Eh tak kot.
Jebat ambik, ikut list. Masuk plastic. Jebat ke kaunter. Nak bayar. Pelik. Makcik makcik kat pasar raya usha semacam. Entah dia pakai seluar terbalik. Eh tak kot.
“Berapa
ye?”
“Jebat kan…
?”
Muka jebak
kaget. Tiba tiba je.
“Ya Allah
Udin…kau..kau sehat?”
“Eh aku
macam ni la” Udin. Ringkas. “Kau bila balik sini?”
“Dah
seminggu..” Ringkas, Jebat tak nak panjangkan bual.
“Din aku
nak cepat, berapa ni? ”
“Tak payah la..” Udin ikhlas.
Jebat buka
wallet. Belek-belek. “Eh jangan macam tu”
“Kau setel
malam ni, warung Kak Ros, ok?”
Jebat blur.
“Ahha boleh jugak, in sha Allah”
“Lepas Isha’
tau” Udin remind.
Jebat
bergegas pegi.
Warung Kak Ros. Dah lama tak pergi
In sha Allah. Jebat berdialog sendiri.
Warung Kak Ros. Dah lama tak pergi
In sha Allah. Jebat berdialog sendiri.
--------
Matahari
dah sejengkal nak terbenam. Jebat selesai makan malam. Lauk ikan goreng dengan
sayur ubi. Feveret. Selera kampong. Kena pulak dengan ulam raja. Petik dari
halaman rumah Peh. Segar segar lagi. Baja organic pula tu. Memang terbaik dari
laman.
Terdiam Jebat
di meja makan.
Dijilat jilat jari. Penangan air tangan ibunya.
Dijilat jilat jari. Penangan air tangan ibunya.
“Sedap ..?”
“Eh mestila
Mak, terbaik” Jebat masih duk jilat jari.
belum beransur dari meja makan.
belum beransur dari meja makan.
Mak Teh tengok saje kelibat anaknya. Pinggan
dalam sinki dibasuh. Sudu garfu disusun dalam bekas. Sisa makanan dikumpul
dalam plastic. Kasi makan itik belakang rumah.
“Mak…”
Sekali
sekala Mak Teh toleh kebelakang “Ada apa”
Ringkas. Banyak kerja nak dibuat.
Ringkas. Banyak kerja nak dibuat.
“Tak de
pape la..” Jebat segan silu pula.
Niat terbuku di hati. Tapi… Takpela.
Jebat
perlahan-lahan bangun. Meja dikemas.
Susun langkah bergerak ke sinki.
Susun langkah bergerak ke sinki.
“Mak..”
“Kau ni
kenapa Jebat” Mak Teh tutup pili air. Tatap anaknya. macam-macam
“Bila tukar
langsir kat luar tu?” Jebat melencong pula.
Mak Teh
tenung je kat Jebat.
Ah
takpelah. Lain kali jela. Jebat senyum senyum.
Macam kerang busuk.
Macam kerang busuk.
-------------
Balik dari
warung Jebat terus tidur. Pagi itu awal. Dia bertahajjud. Lebih awal dari
Maknya. Semalam pulang ke rumah agak lewat. Lama sudah, terlalu. Banyak pula
cerita silam dibuka kes di warung semalam. Udin.
Persoalan semalam
masih lagi terbuku.
Usai mengimami
ibunya solat Subuh berjemaah, Jebat capai mushaf al Quran di rak sebelah meja
televisyen. Sudah lama tak tersentuh. Dulu sering sekali jadi tatapan arwah
bapanya. Kegemaran arwah. Semenjak itu, mushaf tadi terkulai layu tanpa perhatian.
Jebat dulu pula liat sekali. Terlalu bahkan.
Jebat baca.
Ibunya memerhati.
Mulut terkumat kamit.
Bertahmid barangkali.
“Makk..”
Jebat
terhenti di situ. Hilang fokus. Disimpan kembali mushaf tadi. Persoalan semalam,
menggangu. Dia ingin tahu.
“Ada apa
Jebat”
“Entah la
Mak”
“Ish kau ni.
Ha nanti ikut Mak ke kebun nenas, banyak kerja nak dibuat”
“Asal orang
kat sini tengok Jebat semacam je Mak?”
Tiba tiba
terpacul jua. Jebat tertanya-tanya
Mak Teh lipat
kain sembahyangnya. Dilipat bersama sejadah. Dia sepi. Tiada jawapan. Mak Teh beransur-ansur
bangun dari ruang solat. Perlahan-lahan. Kudratnya makin kurang. Langkah diatur penuh cermat. Sebelum melangkah ke biliknya, Mak Teh menyahut pertanyaan
Jebat.
“Kau dah
lain Jebat”
10 comments:
ayat mula2 terasa lapar. heh.
ok. turning point mungkin. keep it up,!(suka suki simpulkan sendiri)
moga Allah redha.
mohon disambung secepat mungkin. kewriuuss. uhuk uhuk
Jebat?? wah! kekasih tcer tuu!! haha!
sila sambung ye?? nak tau ape benda yg dia nk ckp kat mak dia...hehe
PART 1?!!! mana yang lain, sambung cepat. Hahaha jebat betul2 wujud tak ;D
Hehehe.
Ini cool!
(y)
Sudahh! Nk exam ni. Ada part la plk.
*tggu sambungan* :)
Lupa.
Moga tulisan saudara menyentap hati2 jundullah.
May Allah bless.
aaaaargghhh
.cepat cepat sambuuung.
starting pon dah best.
Haishhh. HAng ni teruk la. Suka tak bagi habis cerita. >,<
This article is very interesting and I invite you to read to add knowledge and your insight.
Obat Ambeien Paling Ampuh
Salep Untuk Benjolan Di Dubur
Post a Comment