Orang yang hatinya luhur
Kata-katanya membekas
Luhurnya kerana iman
Membekasnya kerana haq
Kata-katanya membekas
Luhurnya kerana iman
Membekasnya kerana haq
Aku melihat di luar sana, nafas-nafas dakwah semakin segar
berhembusan. Nafas dakwah berterbangan bersama kebenaran, melikat di udara
sekitar. Nafas dakwah yang jelas lagi hakiki ini meresap masuk bersama mahabbah
dari satu corong ke corong yang lain. Nafas yang membersih dan membangkitkan
ini bertiup bersama semangat perjuangan yang tidak kenal erti bermalas-malasan.
Kata, pena dan tinta berteriakan mengajak manusia kembali
berpaut di bawah cahaya Tuhan. Kata, pena dan tinta ini mengisi ruang kosong
alam buana. Kata merentasi samudera. Pena merentasi pasak-pasak bumi, tinta
bergema dan bergempita tanpa suara, menghubungkan titik titik jambatan antara
manusia dan Pemilik Alam ini. Semangat kebangkitan yang semarak ini aku lihat
bukan sekadar bertiup setempat dan bermusim, tapi berselerakan dan berterusan.
Patah tumbuh hilang berganti, sebatang demi sebatang tubuh
jasad bersama roh mengangkat tangan dan melaungkan azam untuk bersama bertiup
dengan semangat kebangkitan.
Insan-insan ini bukan malaikat sifatnya. Walau semangat yang
diusung ada perjuangan namun aku lihat masih ada kealpaan dan kelesuan. Bila
masa musuh halus datang menyengat. Kealpaan yang hinggap di laut dalam
bersembunyi disebalik laungan kata dan gema sorak membawa bersama fitnah
perjuangan. Aku melihat ini dilitupi hal-hal remeh yang yang tidak butuh
sekelip perhatian pun. Yang gajahnya adalah kealpaan namun tidak disadari
kerana virus yang sekecil zarah bikin semangat pudar dan sakit lalu pinta
perhatian.
Ukhuwah dan mahabbah
adapun bisa tercetus dalam kebersamaan namun kualitinya bukan pada kebersamaan.
Berukhuwah itu aku melihat sebagai satu ibadah apabila Tuhan alam buana
merakamkan ukhuwah dalam Mukjizat teragung yang dikurniakan pada kekasihNya.
Ibadah itu juga jika tidak dibawa bersama dalam semangat perjuangan maka
sia-sia lah ia. Tidak mungkin tempat dan pengakhiran yang dicita-cita oleh
semangat perjuangan bisa digapai walau segaung usaha diperjudikan.
Ukhuwah itu mulia, namun kemuliaannya hari ini dikotori dan
tercemar. Bukan masam muka yang mencemarkan. Bukan kealpaan bertanya sihat yang
menjadi punca. Bukan ketiadaan momen momen tawa yang mengotori ukhuwah. Tapi
hakikat iman yang kian menjunam. Apabila jahiliyah dan bisikan halus yang
menyengat dan meniupkan bara api, ukhuwah tersungkur. Iman yang harus diteliti.
Jahiliyah yang tersisa pada amal yang harus diperangi. Sengatan bisa mahkluk
Tuhan yang tidak kelihatan, membisik ke dalam dada, yang senantiasa mencari
peluang, itu yang harus dipohon perlindungan.
Namun sekali lagi
kealpaan yang busuk dan bernanah itu mengaburi mata. Di saat semangat bertiup
semerbak bersama haruman perjuangan, satu tika nanti wangian kemenangan seakan
jauh dari harapan. Bila mana semangat tidak lagi bergerak seiring dengan
ukhuwah dan mahabbah, bukan lagi satu haruman sebuah perjuangan. Bahkan kesan
sakitnya melahirkan kelesuan. Kealpaan dan kelesuan yang berterusan. Di mata
zahir, tampak ada semangat namun dari laut dalam itu, api sedang marak. Satu
persatu batang tubuh patah. Patah tumbuh, datang yang berganti. Aku melihat
ini.
Adapun yang patah tumbuh lagi, yang hilang ada pengganti,
namun andai pintu jahiliyah, kerendahan iman dan bisikan musuh perjuangan tidak
dibendung, mana mungkin cita itu terkecap. Maka aku tuliskan ini supaya
perjuangan bukan sia-sia. Supaya yang berjuang bukan dalam kerugian. Maka aku
berpesan dengan kebenaran yang diilhamkan, berpesan dengan kesabaran yang
datang dalam diam.
Baik pulih imanmu.
Kembali pada Tuhan
Sujudlah wahai insan
Merendahlah
Kembali pada Tuhan
Sujudlah wahai insan
Merendahlah
2 comments:
bangkit.
in sha Allah :)
Post a Comment