Monday, December 10, 2012

KEAKRABAN YANG HILANG




Tatkala matahari berlegar legar di singgah sananya
Sambil samudera berombak lembut
Dan hujan turun menyirami bumi
Deruan simfoni membangkit memori lalu

Aku duduk memencilkan diri
Mengenangkan sejarah dahulu
Cerita suka dan duka antara kita
Terpapar jelas di kamar ingatan

Tersimpul rapi oleh masa yang berlalu
Seraya aku bersihkan debu-debu itu
Jernih...memori kembali segar dalam pandangan
Keakraban itu semakin dekat

Namun tidak mmpu kucapai
Kerana kita masing-masing mengejar kemahuan diri
Bingkas aku bangun dan menarik nafas sedalam-dalamnya
Lalu aku hembuskan bersama tekad mencari keakraban itu

Akhi,

Dalam pentas hidupmu dan diriku, manusia datang dan pergi. Bersama dan berjauhan. Namun cinta itu yang tinggal. Apalah nilai kecintaan jika tidak didasari iman. Aku dan engkau ketahui hakikat alam ini. Tapi mengapa akhi, saat masih di sisi, saat masih dekat sudah terasa keberjauhan. Baru semalam kita menyemai kasih bersulamkan janji. Hilang pergi beretakan.

Aku lihat dirimu begitu mencintai Allah. Tunduk penuh ketaatan. Aku terpesona. Lalu aku iltizam untuk mencintaimu kerana cintamu itu. Cinta ini, ciptaanNya. Andai cintamu padaNya sudah layu maka ketahuilah cintaku padamu juga mulai goyah.

Dan aku bersaksi cinta kita mulai pudar. Aku sedar. Tidak bukan kerana cintaku kepadaNya sudah longlai. Bukan engkau yang menjauhi tapi diriku yang mencemari. Aku juga sedar engkau juga memerhati namun dibisukan sahaja. Aku sedar engkau juga mengamati namun dibiarkan sahaja.

Lalu aku karangkan di sini kerana aku ingin cinta itu terus bersemi. Kerana aku yakin kalian turut merasa. Bukankah kita ini melayari laut yang sama?

Penat sebenarnya, kecewa dalam harapan. 
Aku silap kerana memikirkanmu sempurna
Bahkan aku pun jauh tidak

---------
Si Kidal

4 comments:

KID said...

sigh.memori lama terungkap kembali

ENCIK MUSAB said...

masyaAllah

NasiGorengTomyam said...

ukhuwah didasari dengan iman. bukan semua sahabat yang kita ada ada dasar macam tu. hanya orang tertentu itu yang ada. dan, yang tertentu itulah, Allah takdirkan untuk kita berpisah. Supaya kita belajar, tiada yang kekal. Hatta seorang sahabat yg kita cintai kerana Allah. Kita beriman, suatu hari nanti kita akan jumpa di syurga kelak. InsyaAllah.

Inspector Saahab said...

KID : :')


Mister Engineer :

Alhamdulillah

NasiGoreng Tomyam :

lawan nasi lemak nampak -_-

benar :)
dituju khas kpada yang tahu akan dasar itu :)

Subhanallah, indah. bersahabat hingga ke syurga :')