Baru-baru
ni semasa sitting dengan sorang ikhwah kat Bandar X ni, beliau tanya saya,
pernah dengar peristiwa yang Amerika Syarikat kena serang taufan, Taufan Cindy kalau
tak silap. Saya bagitahu pernah dengar, saya baca dalam paper. Dan memang
pernah kan, kalau tak silap pertengahan November yang lalu.
Kemudian beliau
tanya saya lagi, “Percaya ke paper tu bagitahu?”
Saya pelik.
Mestila kan.
Intro.
-------
Pertama-tamanya
post ni bukan nak ajar anda cara memilih info dari media yang boleh dipercayai.
Bukan ok. Lazimnya of kos la kita percaya sesuatu berita yang disiarkan oleh
media, lebih-lebih lagi yang mendapat liputan hangat. Macam kes ribut taufan
tadi, walaupun kita sekadar baca melalui newspaper tapi kita yakin hal itu
benar.
Contoh lain,
pernah juga ribut melanda Filipina beberapa minggu yang lepas. Tragedy yang
agak dahsyat. Kita baca melalui paper dan terus percaya. Kita tak pergi pun kat
Filipina tu, tapi kita percaya. Kita tak dengar pun berita daripada kawan-kawan
kat situ, tapi kita masih percaya.
Kadang-kadang
kepercayaan kita ni bukan sekadar meliputi pengetahuan, tapi kita come out with
action untuk membantu. Macam peristiwa yang berlaku di Ghaza hanya dengan
melalui media kita tahu apa yang berlaku. Kemudian kita mulalah sibuk boikot,
kutip derma, demo situ sini, flash mob bagai sebab nak tolong.
Ini kebanyakannya
kerana berita yang kita dapat daripada media.
Pernah tak
kita terfikir, mungkin berita berita ni palsu? Mungkin Ghaza tu tak kena serang
pun? Mungkin Amerika Syarikat tidak pernah mengalami pun taufan tadi? Mungkin sahaja
media ini tipu kita kan? Konpirasi ke? Sebab kita tidak menyaksikan sendiri, so
ada chance kita diitipu? Betol?
Tapi kita
tak pernah terfikir camtu pun.
Sebab?
Kita beriman
dengan newsapaper tadi.
Kita beriman dengan iman yang mendalam.
Kita beriman dengan iman yang mendalam.
Ironinya
Berita
dunia yang manusia sampaikan melalui media ni boleh saja disangkal. Tapi kita
terus terusan beriman.
Banyak berita
pasal akhirat yang diceritakan dalam al Quran tapi kita tidak beriman pun. Ironi
bukan? Berita berita yang dikhabarkan oleh Allah sendiri tapi kita tak percaya
sangat pun. Berita daripada manusia kita lebih percaya. Padahal situasinya
sama, kita tidak berada di tempat kejadian. Melainkan yang mengalami, tu cerita
lain.
Agak-agaknya
ada tak chance berita berita akhirat dalam al Quran tu palsu? Semua orang tahu
itu mustahil. Tapi still tak percaya. Pendek kata tak beriman. Ok la kita
beriman. Tapi iman yang macam mana? Adakah iman yang mendatangakn amal?
Dengar saja
umat Islam dianaiyai di dunia melalui berita berita manusia ni, kita ambil
tindakan. Hulur bantuan, buat misi dua tiga empat lima enam. Dalam facebook
kecoh kejap. Kejap jela. Tapi kenapa bila baca ancaman-ancaman di hari akhirat
kita kering tanpa amal? Ironi bukan?
Bila baca
perihal berita di akhirat kita tidak pula bertindak.
Aduh
Situasinya sekarang
seolah-olah iman pada newspaper lebih tinggi daripada iman pada al Quran
walaupun beriman dengan newspaper tidak disenarai dalam rukun iman yang enam. Adeh.
Saya terfikir
pasal benda ini setelah duduk duduk dengan beliau tadi. Ada logiknya. Hari-hari
kita terlalu banyak digunakan untuk mendengar berita-berita dunia. Bukak TV
dengar berita. Pasang radio dengar berita dunia. Kat facebook pun sama. Online news
lagi. Baca paper lagi. Pergi kelas lecturer ulas lagi pasal berita berita
terbaru.
Dan kita
jarang sekali luang masa untuk dengar berita berita akhirat apatah lagi nak
mengambil tindakan.
So saya nak
kongsi satu berita, semoga kita selepas ini hadhir dengan amal :)
Bersedialah….
6. Dan bagi
orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka
Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
7. Apabila
mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya
meraung-raung, sedang ia menggelegak.
8. Hampir-hampir
ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke
dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-penjaga
neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang pemberi
ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
9. Mereka
menjawab: "Ada! sebenarnya telah datang kepada Kami seorang pemberi
ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): Allah
tidak menurunkan sesuatupun, kamu hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar!
"
10. Dan
mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai
orang Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli
neraka".
[AL MULK :6-10]
Wallahu’alam
6 comments:
(o_o) erkk......
kenapa diriku begitu rasa terpukul dengan entri en.saahab kali nie...huhu.
tidak berniat untuk memukul mana-mana pihak :)
Betul.
Padahal checklist kita sebagai seorang hamba Dan khalifahNya pun masih pending,boleh pula untuk mendengar berita2 umpatan.
Ehem.
#Muhasabahdiri
sape masak cili ni..pedasnya...~
tidak berniat untuk mncederakan mana-mana jiwa :')
Post a Comment