“Tiga ya?”
“ Hmm. Oh saya tak nak ais”
“Aih, tak jadi la coconut shake kalau tak de ais”
“Eh tak pe pakcik, kat rumah saya ada banyak ais”
“Betol ni dik, nanti tak best plak”
“Ala pakcik, untung la pakcik kalau tak letak ais, sekarang ais harga mahal, susah nk dapat, cepat cair kan, pemanasan global” Heh
Pak cik jeling, tajam
“Dik, bila last makan kulit kelapa?”
Err.
Ini adalah perbualan imaginasi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah kematian bapa saudara Abi Talib, Baginda ar-rasul diselebungi perasaan sedih yang teramat kerana ahli kerabat yang berdiri teguh dibelakang baginda yang memastikan keselamatan baginda kini telah pergi. Lebih menyedihkan Abi Talib pergi tanpa sempat menyaksikan bahawa tiada Illah selain Allah.
Pada tahun yang sama, selang beberapa hari setelah kematian Abi Talib, ujian datang bertalu-talu buat Rasulullah s.a.w. Kini giliran Saidatina Khadijah pula menemui Sang Pencipta. Subhanallah. Tidak hairanlah pada tahun tersebut, Nabi menggelarnya Tahun Dukacita.
Kenapa tiba-tiba je?
Entah. Mungkin hari ini juga saya ingin menamakan hari berdukacita. Kerana apa yang dihajati tidak kesampaian bahkan yang mendatang jauh lebih teruk, tiada dalam bayangan. Berita yang menggoncang iman, kononya ini menyentak diri sejenak. Tapi ketahuilah ini masalah yang agak besar. Buat diri.
Dikongsi bersama sahabat-sahabat kemelut ini, mudah sahaja nasihat dilontarkan. Kata-kata disusun untuk membangkitkan semangat. Tapi, entah. Yang merasalah yang merasa dan terus merasa. Apabila difikirkan balik, ada benar juga. Muhasabbah diri.
Ujian sekelumit cuma sudah aku tersungkur. Malu. Bercita-cita untuk membina manusia, membentuk al fard muslim, tapi diri sendiri masih terkapai di lautan. Gagal menjadi qudwah. Mana mungkin mereka ada thiqah pada diri ini. Tamparan yang hebat juga rasanya. Takut jadi fitnah.
Tapi apa-apa pun, ayat-ayat chentaNya dan sirah Ar-Rasul menjadi penenang.
Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman
(Ali Imran :139)
Tidak hairanlah syed Quttb begitu bahagia hidupnya, kerana inilah nikmat hidup di bawah naungan al Quran.
Kemudian ingat pula bagaimana peristiwa dakwah Rasulullah s.a.w di Thaif. Baginda di sana selama sepuluh hari dengan harapan ada yang berminat untuk memeluk Islam namun harapan tinggal harapan. Bahkan baginda dicemuh, dianiyai sekeras-kerasnya. Mereka bahkan berbaris di sepanjang jalan keluar Thaif untuk melontar batu ke arah baginda. Subhanallah.
Kaki Baginda pecah-pecah dan luka. Darah mengalir dan memenuhi kasut baginda. Kemudian baginda didatangi Jibril a.s dan penguasa gunung gunung untuk diminta kebenaran menghempap penduduk Thaif dengan Bukil al-Akshabain. Tapi Baginda tidak mengizinkannya bahkan berdoa semoga zuriat yang lahir dari Bumi Thaif akan menyembah Allah yang Esa
Subhanallah.
Kekasih Allah diperlaku sebegitu rupa.
Malu la wahai diri. Ujian seberat sayap nyamuk pun sudah ditangisi
Kenapa tiba-tiba je ?
Entah
Jumaat yang hening
6 comments:
banyaknyanya habuk. Terlupa nak vacuum bilik la minggu ni. Eh, bukan sebab habuk. Mak masak ikan pedas kat dapur rupanya. Janganlah bagi saya nanges juga. Uhuk. T__T,
Terus kuat akhi. Kita bukanlah penyeru yang sempurna seperti malaikat. Kita juga bukanlah penyeru yang maksum seperti baginda Rasulullah yang dicintai lagi dirindui.
Tapi akhi, kita adalah penyeru yang sentiasa membaiki diri dari hari ke hari. Yang sentiasa berusaha menuju kesempurnaan di tahap tertinggi walau terjatuh berulang kali.
Akhi sayang. Biar kita jatuh berulang kali. Tapi kita tetap tegar untuk bangun kembali.Untuk mendaki dan terus mendaki.
Semoga untung di sana. *dakap sambil usap belakang*.
Eheh.
Moga ujian yang menimpa menjadi stepping stone ke arah mendekatkan diri kepada Pencipta.
If Allah brings you to it, He'll bring you through it. in Sha Allah.
Hope you're doing okay. Smile :)
eh, poojaan hati lari ke???
hohoho. bahasa kau sngatlah tinggi. aku spm b+ je bm. haha.
*gud job!
trma kasih. post yg lma ini mc bkesan buat pmbaca baru ini. Bru dpt kputusan bio yg fail dan diri jg yg mbuat ksilapan atas ke'fail'an result tersebut. tak best. serious tak best. tapi siapa kt utk mgubahnya. nyata, saat gembira DIA ada, saat berduka juga, ayat cinta-NYA lah yang memujuk jiwa. dan post ini. Ujian seberat sayap nyamuk, tak kiralah ujian akhi apa, tapi yg ana rasa juga adalah ujian. apapun. moga ALLAH redha.
Jazakumullahukhairan katheera :)
Barakallahu fiikum :)
Post a Comment