Bagi
sesiapa yang pernah belajar Biology mesti tahu la kan, antara proses yang
penting dalam tubuh badan manusia ialah proses mitosis. Sebab ada process
mitosis la kita boleh membesar, jadi gemuk, sel sel badan berkembang seterusnya
di spesifikkan sel sel ini setelah menerima arahan daripada gene yang di’on’
kan lalu membentuk part of bodies. Berbelit tak ?
Dalam process
tersebut, ada beberapa fasa dan step yang akan berlaku. Antaranya interphase,
prophase, metaphase, anaphase dan telophase. Semua phases ini maklumat detail
dia boleh google kalau nak tahu. Kalau tak nak tahu takpe.
Dengan rendah hatinya, hari ini saya nak
cerita tentang interphase.
Interphase pulak
terbahagi kepada beberapa subphase. Ye. Antaranya G1 phase, S phase, G2 phase
dan sebagainya. Setelah kita tahu semua ini, kesimpulan kecil yang kita dapat
buat, memang scientist dahulu semasa buat kajian ini tidak ada kerja hendak nak
dibuat serta kebosanan dan kesunyian, lalu dikaji sehingga up to this detailed.
Dalam fasa
interphase, perkara utama adalah membuat persiapan untuk duplicate sel yang
bakal di’mitosis’kan. Tujuan mitosis adalah untuk duplicate sel, kan?
Dalam fasa
persediaan ini, sel sedia ada, akan membesar dari segi saiznya. MRNA dan
protein akan dihasilkan dengan mencukupi. Organelles sell akan dihasilkan. Antara
organelles ini ialah mitochondria, dan sebagainya. Kiranya banyak benda la yang
akan dihasilkan.
Semua benda
yang dihasilkan ini adalah komponen yang penting untuk satu sell. Protein, dna,
organelles, ini semua sangat penting supaya cells dapat serve it task. Kalau cell
tu tidak penting, maka tidak relevant la process synthesis dan duplication ini.
Cell seperti
yang kita tahu merupakan basic unit of life. Maknanya kalau tiada cell seolah
olah tiada life la kan? Dari sudut saintifiknya begitulah, tapi of kos semua
ini dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t.
Maka, tidak
hairanlah process mendupliket cell sangat leceh, memerlukan banyak persediaan,
kerana cell ada ‘benda’ yang perlu dilakukan. Ada tugas sendiri.
---------
Lama sebelum
diciptakan manusia pertama yang kemudian dihantar ke bumi, Allah telah pun
mempersiapkan bumi dengan pelbagai persiapan dan kelengkapan.
Bulan dan
bintang, matahari, gunung ganang, dataran bumi yang terhampar luas, langit yang
tidak bertiang, masa, cahaya, burung burung, tumbuh tumbuhan renek, semua nya
diciptakan, menghiasi bumi bukan atas dasar main-main.
“(Dialah) Yang
menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu, dan langit sebagai atap, dan Dialah
yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan itu buah-buahan
sebagai rezeki untukmu..”
Al Baqarah :22
Al Baqarah :22
Sebelum manusia,
dari sudut sainsnya kita tahu sudah ada ciptaan lain yang menghuni bumi ini. Antaranya
dinasour dan rakan-rakan mereka. Walaupun manusia tidak pernah hidup sezaman
dengan haiwan unik ini, pasti dinasour dan rakan rakan tidak diciptakan dengan
sia-sia. Kerana sememangya tidak ada suatu pun yang Allah ciptakan secara
sia-sia.
Bahkan, ada
lojiknya dari sudut akal dan pengetahuan sains. Tanpa dinasour yang jarang dikenang
jasa mereka, mungkin hari ini kita tiada bekalan minyak yang mencukupi untuk
menampung keperluan manusia menghidupkan kenderaan beroda masing-masing. Kerana
bangkai mereka setelah ribuan tahun, akan termendap ke dalam perut bumi menjadi
fossil fuel.
Dan Kami tidak
mencipatakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dengan
main-main
Al Anbiya’ :16
Al Anbiya’ :16
Kesimpulan kecil
yang kedua kita dapat buat, semua ciptaan ini dicipta dengan ukuran yang rapi,
atas alasan yang telah ditetapkan, bukan main main.
Seterusnya,
dengan mentadabburi ayat Quran kita akan dapat tahu bahawa semua ciptaan ini
adalah untuk kita. Haiwan ternak, bulan dan matahari sekalipun untuk kita. Dinasour
pun untuk kita. Rumput, system suria, air hujan, perigi, laut dan sungai, ikan
ikan, pokok pokok, hutan belantara, pendek kata seluruh alam untuk kita.
Sebagaimana
firman Allah s.w.t;
Dialah (Allah) yang
menciptakan segala apa yang ada dibumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit,
lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.
Al Baqarah :29
Al Baqarah :29
Inilah
antara lain, point point penting, besar, benar, syumul lagi luas dan sempurna
yang mana Al Quran cuba sampaikan kepada kita, yakni hakikat kewujudan alam al
wujud, hakikat kewujudan alam secara kesseluruhannya. Yakni matlamat penciptaan
alam ini ialah;
Untuk kegunaan
manusia.
Lihatlah betapa
agungnya manusia. Darjatnya tinggi. Sehingga seluruh alam diciptakan untuk
menjadi khadam manusia. Seluruh alam tunduk pada arahan Allah untuk berkhidmat
kepada manusia. Malangnya, manusia hari ini menghambakan diri untuk alam ini. Ye.
Dunia sudah terbalik.
Dia telah meninggikan
bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya (gelap gulita),
dan siangnya (terang benderang)
Dan setelah itu Bumi
dihamparkan. Darinya Dia pancarkan air mata dan tumbuh tumbuhannya. Dan gunung
gunung Dia pancangkan dengan teguh
(Semua itu) Untuk
kesenanganmu dan haiwan ternakmu
An Naziat :28-33
Sekali lagi
dibawakan ayat Quran yang menyokong fakta ini. Untuk kesenangan manusia keseluruhannya.
Inilah perspektif dan tanggapan yang Quran cuba ajarkan kepada kita tentang
kewujudan alam ini.
Baiklah,
sebagaimana persiapan yang dilakukan semasa interphase untuk kemudahan cell
yang akan didplicate,
Begitulah bumi
dipersiapkan untuk manusia.
Sekarang,
kita tahu bahawa cell merupakan basic unit of life yang sangat penting, sebab
itu cell ini memerlukan kesemua persiapan yang dilakukan semasa interphase.
Nah, apakah
cell itu lebih sukar tugasnya berbanding manusia yang disiapakn seluruh bumi untuk
memudahkan tugasnya ?
Bahkan persiapan
bumi untuk manusia ini lagi sukar daripada penciptaan manusia itu sendiri.
“Apakah penciptaan
kamu yang lebih hebat ataukah langit yang telah dibangunkanNyA?”
An Naziat:27
An Naziat:27
Dengan kemudahan
yang pelbagai ini, pasti manusia ada tugas yang sangat besar yang perlu dilaksanakan.
Jauh lebih besar daripada terciptanya cell cell dalam hikayat hikayat para
saintis.
Soalnya,
apa kata al Quran tentang hakikat penciptaan manusia pula ?
Bersambung…..
2 comments:
1st :
rasa macam belaja bio semula setelah berzaman tinggal.
2nd :
dunia sudah terbalik. fuhh. dan tanggugjawab semakin berat bagi yang sedar atau mahu tunggu semuanya diterbalikkan.
T.T
jzkk!
ALhamdulillah, miinta di share dengan rakan rakan
Post a Comment