Friday, January 10, 2014

BELAJAR DARIPADA TUKANG SIHIR






Kisah Nabi Musa a.s merupakan kisah anbiya’ yang mendominasi Quran atas banyak sebab yang antaranya telah kita sama-sama hadam dalam artikel bertajuk, Apa Lagi Yang Dai’e Mahu. Antara Kisah Nabi Musa a.s yang sering menarik perhatian kita adalah semasa beliau beradu upaya dengan tukang tukang sihir firaun.


Acap kali kita baca dan tadabur kisah perdebatan dan peraduan tenaga ini. Setelah dibaca-baca, ada lagi beberapa scene menarik saat perlawanan itu berlaku, yang jarang-jarang dibincang, atau kita mungkin terlepas pandang. Begitulah al Quran, tidak pernah kering dengan pengajaran jika dihayati dengan tekun.

So, baru baru ini saya mengamati sesuatu yang baharu dari kisah Musa a.s dan para pesihir itu yang sedikit sebanyak jadi headshot jugaklah, melalui ayat ini;


“Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir. Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”


20:70



Lalu tukang sihir itu bersungkur dengan bersujud seraya berkata, “Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa”


20:71


Allah.

Tersungkur sujud dan insaf para tukang sihir. Dengan keimanan yang begitu mendalam. Kerana mereka beriman kepada Allah lantas bermaksud bersedia berhadapan siksaan firaun selepas itu.

Yang part headshotnya, sekali sahaja, ditunjukkan kebenaran kepada mereka, terus mereka bersungkur sujud dan menyatakan keimanan. Kita yang ditarbiyah ini, yang sudah lama belajar agama, yang sudah lama membaca al Quran, yang sudah tahu sangat akan kebesaran Allah, bila pula mahu sujud dengan penuh keimanan ?

Sekalipun kita sujud, benarkah kita sudah sanggup berhadapan dengan ancaman dan siksaan yang sangat dekat demi mempertahankan iman dan akidah kita?

Terima kasih wahai tukang sihir.


Dari sudut pandang yang lain, dapat saya taddabur di sini akan kepentingan ilmu pengetahuan atau kefahaman sebagai asas akidah yang teguh dan mantap.

Kerananya, dalam ayat tadi yang saya faham, yang tersungkur sujud hanyalah para tukang sihir, tidak termasuk para penonton, orang awam. Walhal peraduan itu disaksikan oleh banyak orang. Tapi al Quran merujuk khas kepada perubahan keimanan para tukang sihir setelah mereka melihat ular ular jadian mereka ditelan.

Saya pasti kejadian ini turut dilihat oleh orang awam dengan penuh keajaiban. Tetapi mereka tidak turut sama bersujud, kenapa ?

Ye.

Yang membezakan tukang sihir dengan orang awam adalah ilmu, ilmu dalam industry sihir menyihir.
Mungkin pada mata orang awam, Musa pada hari itu ialah bapak kepada segala tukang sihir. Mereka kagum dan takjub, tapi ia tidak memberi kesan apa apa pun kepada kepercayaan mereka. Tetapi lain pula kesannya kepada tukang sihir.

Para tukang sihir, mereka tahu apa yang dipamirkan oleh Musa bukan calang calang sihir. Satu kuasa yang tidak pantas dimiliki oleh manusia. Mungkin keajaiban tongkat Musa tidak ada dalam silibus sihir, lalu mereka terus yakin ada kuasa yang Maha Besar, hebat dan perkasa disebalik itu semua.

Maka yakinlah mereka bahawa Musa a.s. itu dipihak yang benar.

Ilmu!

Begitulah pengaruh ilmu dalam keimanan seseorang. Tidak hairanlah agama ini asasnya adalah ilmu dan kefahaman. Banyak ayat Quran yang menginsafkan, tetapi tidak semua dapat merasai ruh keinsafan itu. Kerana memangnya ayat Quran itu meminta kita untuk berfikir, merenung sejenak.

Sebab itu lah mungkin, banyaknya ayat diakhiri dengan syarat  “Jika kamu mengetahui” “Jika kamu orang yang berfikir” “Untuk orang yang berakal” “Untuk Ulul Albab” dan banyak lagi frasa yang seumpamanya.


Cerita ahli sihir yang beriman ini lantas menambahkan kefaham kepada kita tentang ayat ini;


“..Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah orang orang yang berilmu (ulama’)..”

Al Fathir :28



Ilmu ahli sihir telah menjadikan mereka hamba-hamba yang takut kepada Allah. Takut yang menyebabkan mereka bertaubat dan beriman serta sanggup berhadapan dengan kekejaman firaun yang menanti mereka.

Bagaimana pula dengan kita?

Ilmu yang kita pelajari saban hari kian bertambah. Tapi malangnya, kenapa takut kita makin berkurang ? Makin berilmu makin angkuh.

Allah.

Malu pula kalau nak dibandingkan kita dengan tukang sihir tadi.
Di mana silapnya ?

4 comments:

Azery said...

Prof Muhaya ketika ditanya bagaimana mahu menolong orang yang sukar ditegur, mengatakan;

"Kita tidak boleh tolong orang. Tetapi kita boleh tolong dia dengan ilmu. Beri dia kefahaman..."

Btw, jzkk.

Kannn? Sebenarnya dari setiap perkara di dunya ni ada pengajaran yang boleh diambil. Cumanya, kita kurang berpikir je.

T_T

Inspector Saahab said...

Abg : Memang die hard fan of Prof M ^^"

Azery said...

Sebenarnya tak pon. Cumanya semua kata-kata Prof Muhaya yg pernah share tu ada dalam satu slot Celik Mata Hati di ikim fm yang bertajuk:

"Orang yang Hidup dengan Kesedaran."

okbai.

Anonymous said...

apa kah mh370 telah berakhir di tengah tengah lautan hindi.
subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah walla huakbar.