Telah sedikit qudwah yang memberi contoh
Telah menular sifat-sifat angkuh
Sampai bila kita mahu tetap jatuh
Andai terus-terusan mengangkat orang-orang bodoh?
-Abi
Noah
------------------
Antara
perkara yang paling saya nanti-nantikan dalam pertemuan usrah,atau dalam
halaqah mingguan adalah taddabur Quran yang sangat epic dari Abang Murabbi atau
daripada rakan sehalaqah. Kadang-kadang tidak pernah terlintas pun bahawa ayat
Quran itu boleh memberi pengajaran yang sangat dekat dengan kehidupan hari ini.
Maka,
saya akan kongsi satu hari ini.
Bahkan telah beberapa artikel tadabur telah dikongsi sebelum ini, semoga Allah meenrima picisan picicasn yang telah dan bakal ditulis. Amin.
Bahkan telah beberapa artikel tadabur telah dikongsi sebelum ini, semoga Allah meenrima picisan picicasn yang telah dan bakal ditulis. Amin.
Semasa
berada di kolej Antarabngsa dahulu, dalam satu pertemuan halaqah kami
berbincang tentang Nabi Ibrahim a.s yang boleh dikatakan seorang Nabi yang
mempunyai wawasan yang sangat jauh. Kenapa?
---
Dan ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku jadikanlah
negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada
penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari akhirat.
Allah berfirman, “Dan kepada orang kafir sekalipun Aku
beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan
itulah seburuk-buruk tempat kembali”
Al Baqarah :126
Perhatikan
doa Nabi Ibrahim ini dengan teliti.
Nabi
Ibrahim berpandangan jauh kerana mendoakan keamanan bagi negeri Mekah dan
sememang doa ini dimakbulkan. Yang menariknya, beliau meminta supaya
dikurniakan rezeki hanya kepada orang-orang yang beriman kepada Allah,
seolah-olah meminta Allah tidak memberi rezeki bagi orang yang kafir.
Jika
pengkhususan ini dimakbulkan, sudah pasti yang tinggal hari ini di atas muka
bumi ini hanya orang-orang yang beriman. Kebuluran dan pupus la kaum yang
ingkar kepada Allah. Begitulah jauh dan tinggi cita-cita Nabi Allah Ibrahim
ini.
Tetapi,
Allah tetap mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya yang ingkar ekoran sifat
rahmah dan kasih sayangnya yang melimpah ruah buat segenap makhluk ciptaaNya.
Point
saya adalah, begitu kehadapannya pandangan Nabi Ibrahim, dan inilah yang perlu
kita contohi. Sudah pasti doa doa ini bukan untuk kepentingan diri tapi untuk
kebaikan keturunannya, untuk kita hari ini.
Antara
reality dan masa hadapan.
Seperti
kata-kata yang sering didengari di cuping telinga kita dahulu, waktu mula-mula
berkecimpung dalam subjek penulisan penilaian akademik, jika kita ingin lihat
bagaimana umat hari ini lihatlah pemimpinnya, jika kita ingin lihat umat masa
depan, lihatlah pemudanya.
Apa
yang berlaku di ‘rumah’ kita hari ini, tidak dinafikan sedikit sebanyak kerana
ada factor kelemahan kepimpinan yang menerajui Negara ini. Pelbagai isu yang
timbul. Rakyat terus menderita dan ditindas secara halus. Sebabnya? Lihat pada
pemimpin. In a way, saya terpaksa bersetuju bahawa pemuda di zaman mak ayah atau nenek kita dahulu bukanlah yang
terbaik.
Maka
apa yang kita harapkan kepada masa hadapan adalah bergantung kepada apa yang
pemuda hari ini ada untuk ditawarkan. Hukum alamnya, pemimpin akan datang akan diangkat
dari kalangan kaum muda, dengan suara majority. Kerana kita hidup di dunia yang
mana prinsipnya ‘majority always wins’ walaupun majority itu di pihak yang
salah, maka kita terpaksa ramaikan golongan yang mahu ke depan, membawa
perubahan.
Meskipun
di Negara kita ada juga pengaruh prinsip “Cheating always wins”, hal ini
terpkasa kita letak ketepi kerana kita percaya kepada perancangan Allah s.w.t.
Maka apa yang boleh pemuda lakukan untuk masa
depan yang baharu?
Ye.
Mencontohi
nabi Ibrahim.
Berwawasan,
Berfikir
jauh ke hadapan, bukan untuk kepentingan diri semata.
Pemuda
atau suka saya sebutkan golongan mahasiswa perlu hidup untuk berjuang.
Maaf
terlebih dahulu saya ucapkan, tapi sudah masanya untuk kita semua, saya dan
anda mula serius membuat anjakan paradigm. Peh ayat kau. Kita tidak mau lagi
mahasiswa, golongan yang menjadi tulang belakang masa depan Negara ini larut
dengan hiburan yang melampau.
Kita
tidak mahu lagi golongan mahasiswa yang tidur sepanjang hari apabila kuliah
batal. Cukuplah, cuti cuti yang lampau dihabiskan di hadapan televisyen. Sudah-sudahlah
orang muda buang duit di panggung wayang dan di stadium stadium sukan untuk
keseronokan sekelip mata.
Usahlah
kita bazirkan waktu ummah yang berharga ini dengan menonton drama unsur cinta
murahan, aksi aksi kurang sopan di alam maya, perdebatan minda kelas entah ke berapa
di laman social dan bermacam lagi aktiviti aktiviti riang yang kurang sihat. Jauhilah
ini semua.
Sudah-sudahlah
golongan mahasiswa habiskan masa larut membaca novel novel berunsur cinta dan
bermacam genre tidak matang lain. Hentilah membeli majalah majalah hiburan. Melanggan
bahan bacaan seperti komik kanak-kanak dan bermacam lagi. Permainan games, ah,
anda tahu apa yang saya akan tulis.
Sebaliknya,
kita semua perlu mula banyak melibatkna diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Datangi
penduduk untuk merasai penderitaan mereka. perlu mengkaji sejarah dunia,
sejarah Islam dan Negara kita khusunya. Banyakkan menghadiri kelas kelas agama
supaya minda kita lebih terbuka. Kajilah. Bacalah. Dalamilah ilmu.
*Tetibe malam ni*.
Suka
saya untuk berkongsi satu keratan artikel;
“Contohilah
mahasiswa di mana pun, yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Bukan
mahasiswa yang hanya menongkah dagu melihat keasyikan dunia hiburan luar. Bukan
mahasiswa yang hanya ingin mengejar CGPA dalam pendidikan formal mereka. Bukan
mahasiswa yang hanya tidur sepanjang hari jika tiada kelas. Bukan mahasiswa
yang hanya ‘bias’ kepada sebelah pihak apabila mendapat sesuatu berita tanpa
selidik asal usulnya.
Bukan juga mahasiswa yang hanya membaca ketika musim
peperiksaan. ”
Golongan pemuda harapan Negara. Tiada yang salah
tentang itu. Persiapkan diri dengan kelengakapan yang sepatutnya. Kerana suatu
hari nanti, kita akan tamat kuliah, bertebaran di merata tempat. Pada waktu
itulah akan berguna segala kesiapan ini, kita akan menjadi agen pengubah dalam
masyarakat.
Namun, ada satu perkara yang tidak saya sebut di
atas. Jika perkara ini ditinggalkan, hasilnya akan tetap sama. Generasi pelapis
tiada bezanya jika tiada eleman ini. Jika tiada benda ini, maka usahlah kita
mengharapkan Malaysia yang lebih cerah. Jika tiada elemen ini, maka akan
berpanjanglah gerhana ini.
Maka, berusahalah untuk tetap teguh wahai kalian
yang sudah bersamanya. Yang belum merasai kenikmatan dijaganya, maka carilah. Cubalah.
Apakah ia?
Ya, Tarbiyah.
Kalian,
Ketahuilah kalian adalah Ibrahim dalam harapan ini.
3 comments:
"bukan juga mahasiswa yang hanya membaca ketika musim peperiksaan."
ok tengah study lalu tertidur dan tersentak lalu terjatuh. auchh!
sibuk mencari semangat . padahal dalam al-quran dah ada banyak pelajaran.
King Louis Xll pernah kata,
"Nak lawan org Islam, hendaklah memisahkan mereka dari Alquran."
ok.sekian jzkk!
bangkit. err
Tarbiah bakal angkat kita yg lemah
Bakal rungkai jiwa yg gundah
Selesaikan yg tak sudah
Hidup tak bermakna tanpa tarbiah.
Maaf menyibuk kat ruangan komen ni.
Huhuu
Post a Comment