Maka hendaklah manusia
memerhatikan dari apa mereka diciptakan
Dia diciptakan dari
air mani yang terpancar
Yang keluar dari
antara tulang sulbi dan tulang dada
At Tariq :5-7
Perkara pertama
yang kita dapat daripada ayat ayat di atas ialah fakta Sains. Ye. Nampaknya al
Quran yang telah diturunkan lebih daripada seribu empat ratus tahun yang lampau
telah pun menyajikan kita dengan fakta fakta sains yang hanya dapat dibongkar
di era sekarang.
Betapa ke
depan dan futuristic nya al Quran.
Ajaib ?
Namun begitu,
Apakah sebenarnya
mesej yang hendak disampaikan oleh Al Quran ?
Sebagai umat
Islam, adalah menjadi kemestian bahkan kewajipan untuk kita merenung dan
mengamati isi kandungan Quran dari muka ke muka, kerana kitab inilah merupakan
panduan untuk kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim hari ini.
Berbalik kepada
pertanyaan saya tadi, boleh juga kita katakan bahawa al Quran hendak
membicarakan tentang sains. Apakah benar? Kalau kita tengok pada ayat di atas,
ada pointnya. Namun, sekiranya al Quran benar benar ingin mengajar kita tentang
sains, maka orang yang paling ahli dalam bidang Sains should be Rasulullah
s.a.w.
Sekiranya sains
menjadi pokok bicara Quran, para sahabat merupakan pakar sains yang sepatutnya
dimasukkan dalam buku teks sejarah Islam. Abu Bakar r.a mungkin patut digelar
Professeor. Ali r.a. mungkin sudah memiliki makmal mengkaji kuman-kuman, tumbuh
tumbuhan dan sel sel dalam badan. Aishah r.a mungkin sepatut diberi jolokan
saintis wanita Islam terkemuka dan gelaran gelaran yang selayaknya.
Hakikatnya tidak.
Maka apakah
pokok utama perbicaraan al Quran ?
Mungkin ada
yang berkata al Quran mengajar kita tentang rukun rukun Islam. Dengan itu kita
dapat melaksanakan rukun rukun tersebut dengan sempurna lalu menjadi umat Islam
yang beragenda, memimpin masyarakat, hidup harmoni dan mati tersenyum.
Ok,
sekarang cuba lihat sejenak,
Berapa banyak
pula daripada ribuan ayat al Quran berbicara tentang rukun Islam yang lima ? Kita
akan dapati tidak sampai separuh pun. Ayat tentang solat, puasa, kalimah
shahadah, zakat, dan menunaikan haji, hanya beberapa sahaja.
Ini juga
bermakna, Quran bukan sekadar hendak berbicara tentang rukun Islam. Maka,
memenuhi lima tuntutan Islam bukanlah kemuncak kepada kesempurnaan Islam
seseorang. Kerana ada ribuan ayat Quran yang berbicara luar kotak rukun Islam,
yang kita faham.
So apakah
yang selebihnya al Quran ingin sampaikan ?
Sebenarnya al
Quran menawarkan segala benda. Besar dan kecil. Terpulanglah kepada kita, apa
yang kita cari dari Quran. Sekiranya kita ingin tahu tentang sains, maka al
Quran akan kemukan fakta sains yang mengagumkan.
Sekiranya seseorang
itu mempelajari al Quran untuk mendalami ilmu keindahan bahasa al Quran, maka
ilmu bahasalah yang dia akan dapati. Sekiranya seseorang ingin mendapatkan ilmu
ilmu tentang perundangan, maka itulah yang al Quran akan bagi. Jika hukum fiqah
yang dicari, itulah hasilnya. Jika kaedah menggauli isteri, proses menanam padi,
cara menunaikan haji dan hal hal demikian yang kita cari, kita akan dapat
sedemikian rupa.
Tapi al
Quran pada waktu yang sama mahu mengajarkan kita beberapa perkara besar dalam
hidup manusia.
Namun,
perkara perkara besar ini hanya akan didapati oleh mereka yang ingin kepadanya.
Perkara perkara besar ini dapat dicari, setelah kita semua merenung keseluruhan
al Quran dan menggabungkan info-info lalu membentuk cantuman puzzle yang
membongkarkan ‘perkara besar’ tersebut.
Malangnya manusia
sudah tidak ada masa untuk itu semua. Lalu mereka membaca Quran untuk serpihan
serpihan ilmu, yang kecil dan cetek, tanpa mengetahui hakikat perkara besar
yang Quran sebenarnya tawarkan.
Para sahabat
yang bukan saintis, bukan pakar perekonomian Islam, yang tidak mahir ilmu Fiqah
sebagaimana ulmak hari ini, telah terlebih dahulu berminat dan mendapati
perkara perkara besar ini. Maka layaklah mereka digelar generasi al Quran yang
unik.
Apa sebenarnya
saya nak tulis ?
Hehe,
Alhamdulillah,
bersyukur kepada Allah s.w.t kerana as Syahid Sayyid Quttb telah sudi
merenungkan al Quran untuk kita semua, lalu menulis tafsir Fi Zilalil Quran
untuk membongkarkan perkara perkara besar ini. Beliau telah sudi untuk
berkongsi kenikmatan ini dalam karya agungnya. Semoga Allah merahmati ruh
beliau di sana.
Dan kesemua
perkara besar ini boleh kita dapati dalam muqaddimah tafsir beliau, yang in sha
Allah saya akan kongsi sedikit demi sedikit di sini. Yela, meskipun As syahid
telah menulis dan menafsirkan seluruh kitab untuk kita, kita sebenarnya sibuk dengan
kerja dan belajar, terus tiada masa untuk membaca keseluruhan kitab yang
sebanyak 17 jilid itu!
Maka,
Post ini
merupakan trailer kepada perkongsian muqaddimah fi zilalil Quran yang akan
ditulis dari semasa ke semasa dengan izin Allah.
Sekian
Inspector
Saahab | 13 January 2014
No comments:
Post a Comment