Selamanya bersama
dakwah.
Baru baru
ini saya sempat meneliti satu artikel berkenaan betapa tepat dan cocoknya al
Quran dalam pemilihan kosa kata untuk menerangkan sesuatu. Adjektif yang
digunakan bukan disebat secara random melainkan ada nilai nilai dan mesej yang
tersembunyi untuk kita, umat yang baru cuba bangun dan berkenalan dengan kitab
agung itu pelajari dan teladani.
Ini adalah
salah satu daripada mukjizat al Quran yang tidak terperi banyaknya, dari sudut
bahasa, yang sentiasa membuatkan para pengkajinya terpukau dengan keindahan
tanda-tanda kebesaranNya.
Sebagai contoh,
Dalam memberitakan
kelahiran dua orang putera yang diangkat menjadi Rasul daripada zuriat Ibrahim
as, al Quran menggunakan dua adjektif yang berbeza kepada kedua-dua zuriat ini.
Berita tentang
kelahiran Nabi Ishaq as melalui perkongsian Ibrahim as dan Sarah dikhabarlan
dalam Surah Al Hijr ayat 53;
“Mereka
berkata, ‘Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira
kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak lelaki yang ‘alim’ ”
Al Hijr :53
Al Hijr :53
Manakala berita
kelahiran Nabi Allah Ismail melalui perkongsian Ibrahim as dengan Hajar pula
diceritakan dalam surah As Saffaat ayat 101;
“Maka kami
beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang halim”
As Saffaat: 101
As Saffaat: 101
Bi ghulamin
‘alim
Nabi Ishaq
as digambarkan dengan perkataan ‘alim, yakni berilmu, bijaksana, mengetahui dan
adjektif yang seumpamanya. Daripada Nabi Ishaq ini lahirlah banyak nabi nabi
lain yang mempunyai kualiti ‘alim ini. Lahirlah Nabi Ya’qub as dan daripada
beliau lahirlah 12 anak termasuk Nabi Yusuf as yang mana mereka semua menatijahkan 12 etnik
bangsa Israel.
Sehingga hari
ini Bani Israel yang degil itu masih mewarisi genetic ‘alim yang digambarkan
dalam al Quran sehinggakan hari ini walaupun populasi mereka tidaklah besar,
namun hampir segenap bidang dikuasai mereka, dari sudut ekonomi, pendidikan,
teknologi, pemerintahan dan sebagainya.
Bi ghulamin
Halim
Nabi Ismail
as pula digambarkan dengan perkataan halim yang membawa maksud penyabar,
penyantun, patuh atau beberapa translation bahasa Inggeris menjelaskan sifat
halim sebagai humbly patient or docile, overly submissive, gentle, kind dan
sebagainya. Tidak dapat dinafikan lagi,
Sifat halim
ini tertonjol pada Nabi Ismail as dalam peristiwa penyembelihannya;
“Maka
tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,
(Ibrahim) berkata, “Hai anakku sesunguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
menyembelihmu, maka fikirkan pendapatmu”
Ia menjawab,
“Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintah kepadamu, in sha Allah kamu akan
dapatiku termasuk orang-orang yang sabar”
As Saaffat :102
Begitulah, lejen
dan epiknya sifat halim yang ada pada Ismail as, tidak memberontak bahkan
merelakan dirinya dikorbankan demi menjalankan perintah Ilahi. Daripada susur
galur Ismail as ini lahirlah junjungan besar kita Muhammad saw yang tidak dapat
disangkal lagi pewarisan gene halimnya.
Sudaraku,
Kedau dua
sifat ini, ‘alim dan halim sangat dibutuhkan oleh para du’at. Dan kedua kualiti
ini boleh ada pada seseorang individu sama ada melalui pewarisan (genetic
factor) atau didikan (environmental factor).
Mereka yang
lahir daripada gene ‘alim tetapi jika tidak dituntun kebijaksanaanya dengan
baik, tidak diasuh mindanya, sebaliknya dibesarkan dengan suasana suka tidur
sahaja, malas belajar, menghabiskan masa di depan laptop menghabisi koleksi
drama korea yang tidak berkesudahan itu tetap tiada gunanya gene ‘alim yang
diwarisi.
Manakala,
mereka yang lahir daripada baka halim pula, jika membesar dalam suasana yang
terumbang ambing akhlaknya, sejak dari kecil lagi sudah pandai mencarut, memaki
orang, tidak menghormati yang lebih tua, panas baran, tidak ke mana juga gene
halimnya itu.
‘Alim dan Halim
Kebutuhan pada
sifat ‘alim dan halim ini semakin intense atau semakin urgen kepada du’at
terutamanya pada hari ini. Dengan sifat ‘alim inilah lahirnya seorang da’ie
yang mampu berfikir jauh untuk dakwahnya, merancang aktiviti tarbiyah dengan
cemerlang, mencuba segenap cara untuk melasso target dakwahnya, memikirkan ide
ide untuk memeriahkan halaqahnya dan banyak lagi.
Kerana dakwah
ini sentiasa perlukan strategi, dan perlu sentiasa tersusun untuk mendepani
agenda jahiliyyah yang begitu rapi susunannya.
Sifat halim
pula dapat menarik minat lebih ramai manusia yang belum menggabungkan diri
dengan gerabak asing ini. Dengan sifat halim yang merangkumi segala jenis nilai
nilai murni itu, sudah pasti ramai akan jatuh cinta dengan kumpulan da’ie ini. Meskipun
perancangan dakwah sudah tip top, tetapi kalau akhlak caca merba, konfem lari
juga orang yang didakwahnya.
Maka marilah
kita didik diri kita untuk memiliki kedua sifat ini.
Yang menariknya,
Entah bencana
alam apa yang berlaku, hari ini ada sekumpulan manusia yang sudah
mendeklarasikan diri sebagai pendakwah sibuk beragumentasi sesama mereka,
berhujah siapa yang lebih betul. Mereka menghabiskan masa bertingkam lidah di
alam maya untuk menjatuhkan satu sama lain. Padahal kedua puak ini sudah
berjanji untuk sehidup semati dengan islam.
Namun,
akibat berbeza pendapat itu, habis tertonjol sifat ketidak ‘aliman atau bahasa
mudahnya tidak berapa cerdik atau bahasa yang lebih mudah anda boleh namakan
sendiri. Lebih malang, pergaduhan alam maya yang melampau ini menyebabkan
terkeluar daripada mulut mereka (atau jemari mereka) tuduhan yang tidak
berasas, pelabelan yang menyimpang yang menggambarkan kemunduran akhlak.
Entah di
mana ‘halim’nya.
Walhal kedua
mereka membaca kitab Quran dan tahu benar ‘alim dan halim yang diwarisi dan
dididik itu untuk kemaslahatan bersama. Kekeliruan apakah ini ? Syaitan manakah
yang mempengaruhi golongan ini?
Aku tidak
mahu meneruskan komentar ini, takut-takut diriku terkeluar dari daerah ‘alim
dan halim meskipun kedua kualiti ini belum mengakar dalam peribadiku. Cuma saudara, daripada adjektif yang begitu tepat digambarkan oleh al Quran ini, marilah kita sama-sama embrace begitu banyak tips dan pelajaran yang berguna yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sebagai seorang hamba.
Artikel ini bukanlah untuk menuduh mana-mana pihak sebaliknya sebagai ketukan yang meluruskan diri kita semua.
Wallahu'alam
ps : Ghulam bermaksud budak
No comments:
Post a Comment