Ikhwah dan
kedai Mamak tak dapat dipisahkan lagi. Bagi aur dengan tebing. Bagai cincin
dengan permata. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dan
sebagainya. Begitulah. Begitulah. Akan tetapi..
------
Kucing-kucing
jalanan bersiar-siar di kota raya. Pasaraya masih lagi belum beroperasi. Hatta
kabus yang melitupi gunung ganang nun di ufuk sana masih belum surut warnanya.
Atsmosfera kelihatan pudar.
Sepoi-sepoi
angin bandar bertiup.
Ke hulu dan ke hilir.
Ke hulu dan ke hilir.
“Sorry Wan,
aku tak dapat gi majlis kat rumah kau hari tu”
Ig mula
bicara. Teh O panas masih lagi berasap.
Ig hirup sikit-sikit. Nikmat.
Ig hirup sikit-sikit. Nikmat.
“Ala aku
tak kisah pun..”
“Betol?”
“Asalkan
kau doakan yang terbaik untuk aku, tu dah ok dah”
Roti nan
garlic sampai. Macam biasa. Untuk Wan.
Ig pula, tak habes-habes dengan Nasi Lemak.
Ig pula, tak habes-habes dengan Nasi Lemak.
“Wan kau
kena makan roti nan tu puas-puas.. Haa, kat sana tak dapat dah kau nak rasa
semua ni..” Ig berseloroh.
“Ah setakat
roti nan, aku boleh buat sendiri lah..”
Tertawa.
Tenggelam timbul
Tenggelam timbul
“Kau dah
start packing?”
.”Belum la
Ig, aku…entah la”
Wan cubit
roti nan tadi, perlahan-lahan. Dicicahnya leraian tadi dengan kuah dal Mamak.
Lalu masuk ke mulut. Dunia!.
Selepas dua
tiga suap, Wan meneguk teh tarik yang sudah suam.
Sekali dua. Dunia!
Sekali dua. Dunia!
Ig masih
bersemangat. Sesuap demi sesuap nasi lemak ditelannya.
Nikmat.
Nikmat.
“Kau risau
eh?”
Ig
bersuara. Dapat ilham setelah bertalu-talu nasi lemak disuap ke mulutnya. Sekadar itu, tisu putih
di penjuru meja ditarik sehelai. Ig lap mulutnya. Saki baki tumis disapu. Hmm.
“Tu la. Kat
sana tak ramai orang la Ig. Aku tak yakin la..”
“Habis yang
ramai-ramai belajar kat sana tu bukan orang?”
“Maksud aku
ikhwah. Tak ramai. Tak macam kat sini”
Luahan hati
Wan. Ig sambung makan. Sekali sekala dikacaunya Teh O tadi. Dah makin berkurang
asapnya. Makin suam. Kabus pagi pun mulai menghilang. Kereta lalu lalang makin
banyak. Mentari pula makin tampil. Setapak demi setapak.
“Mamak,
sirap satu!” Teriak Ig.
Tambah order. Tak puas barangkali sekadar teh O yang sudah makin suam.
“Laa, tak
cukup lagi Teh O kau tu?”
Ig sekadar
senyum. Sedar tak sedar roti nan Wan dah hampir satu perlima yang tinggal.
Dalam resah, dalam resah, lalu juga menjamahnya. Roti Nan garlic Mamak tidak
pernah mengecewakan. Nasi Lemak pun.
“Sirap,
siap!”
Kurang dua
minit. Cekap.
Mamak tak pernah mengecewakan.
Mamak tak pernah mengecewakan.
“Ada lagi?”
“Dah.
Terbaek la mamak” sapa Ig.
Wan lihat
sahaja. Seronok.
Dia bakal rindui babak-babak di situ.
Dia bakal rindui babak-babak di situ.
Ig minum
sirap tadi, serta merta. Sampai separuh tinggal. Kemudian dia sambung menyantap
Nasi Lemak tadi. Nikmat. Wan turut serta. Habiskan saki baki nan garlic.
Dua-dua berselera. Orang muda.
“Wan, kau
nampak air sirap ni?”
Tiba-tiba
Ig bertanya. Pelik.
Eh.
“Tak.
Apalah kau ni, mestilah aku nampak”
“Hmm, sirap
ni, kalau dituang dalam gelas oren ke, gelas hitam ke, kelabu ke, metallic ke,
turquoise, gelas kaca, emas perak atau platinum sekalipun, dia tetap merah”
Terdiam
Wan.
Berfikir.
Berfikir.
“Tak sama
Ig”
“Sapa
cakap? Kau boleh. Aku yakin”
Bunyi
kereta lalu lalang makin kuat. Perbualan tadi tenggelam. Makanan pun sudah
habis. Licin. Menjilat jari. Keduanya.
Wan segera
bangun, gegas ke sinki untuk basuh tangan.
Ig pula ke kaunter.. Usai basuh tangan, Wan ke kaunter. Takut-takut Ig bayarkan untuknya.dia tak sedap. Tak sedap hati.
Ig pula ke kaunter.. Usai basuh tangan, Wan ke kaunter. Takut-takut Ig bayarkan untuknya.dia tak sedap. Tak sedap hati.
“Aku dah
bayarkan, bila lagi kan” Ujar Ig.
“Eh kau
ni..”
“Takpe.”
“Ig.hmmm
terima kasih tau”
“Asal lak?
Kau emosi ke? Hehe”
“Tu..” Wan
memuncungkan mulutnya. Rujuk sirap yang masih berbaki separuh atas meja.
Pengajaran. Mungkin.
“Taukey,
sirap tu, bungkus boleh?”
--------
Dedikasi
buat ikhwah, dan rakan-rakan yang akan berangkat menyebarkan sayap dakwah ke
bumi Kangaroo dan bumi Koala. Eh betul ke?
Juga buat dua “Wan” yang aku cintai kerana Allah.
Juga buat dua “Wan” yang aku cintai kerana Allah.
11 comments:
maaf.tak faham.
“Hmm, sirap ni, kalau dituang dalam gelas oren ke, gelas hitam ke, kelabu ke, metallic ke, turquoise, gelas kaca, emas perak atau platinum sekalipun, dia tetap merah”
:)
jadilah seperti sirap. kat mana2 pun ia tetap sirap yg merah.
mcm ikan. walaupun laut itu masin,ikan tetap rasanya tawar :)
@inspector saahab, terima kasih :)
mendalam pengajarannya, boleh bagi dorongan kat sahabat lain macam ni jugak :)
jazakAllah khairan khatira.
sweetnye inspector
haha
xprnh pun sweet2 cmni dgn ana
=.=
ok abaikan
wan _______ dan ____wan. hehe
bumi kangaroo dan bumi koala. ok, bumi yang sama. bumi saya takde :'(
Habiburahim : la, mana tahu.
bumi kangaroo dan koala tu sama ke?
habis tu bumi Newzie panggil apa ? bumi panda ?
ah pape jela.
yg pasti untuk enta juga :)
nz = bumi burung kiwi, atau bebiri
Kesat air mata. RIndu Maulana. T.T
slamat memeriahkan bumi kiwi dan kangaroo! mereka sgt mmerlukan tenaga anda2.. bsangka baik dgn Allah dik sbb Dia akn letak kita pd tempat yg terbaek utk kita.. insyaallah.. SELAMAT BERJUANG!!
i miss bumi kiwi, bumi tpt kelahiran diri ini yang sbenar..
Allahu musta'an :)
Post a Comment