Setakat
hari ini, setakat saat ini, belum ada lagi walau seorang manusia yang berjaya
berhadapan dengan kematian dengan bergaya, selamat dikebumikan, menetap dalam
kubur dua tiga bulan, kemudian check out dan kembali ke dunia, datang kepada
kita dan ceritakan apa yang sebenarnya-benarnya berlaku kat sana.
Belum ada.
Setakat
saya hidup, dah berpuluh tahun ni, belum pernah jumpa manusia ni. Kot kot ada
anda dengar kes ni berlaku kat kawasan perumahan masing-masing, bolehlah segera
bagitahu saya, teringin jugak nak berkenalan dengan mereka-mereka yang terpilih
ni. Tapi sebelum berkenalan dan minum teh serta bersembang kencang dengan
mereka ni, kena check dulu akidah salim ke tak, kerna hakikatnya perkara itu
msutahil.
Kita tak
tahu apa yang benar-benar berlaku kat alam sana.
Sebab tu
hari ini orang ramai hidup kat dunia dah tak ingat nak mati. Bina kehidupan di
dunia seolah-olah nak tinggal di sini selama-lamanya. Seolah-olah tiada lagi
kehidupan setelah mati. Time tengah musim perayaan ini banyak ibrah boleh
ambik, orang makan, minum, bergelak tawa, bergembira, lompat kijang sana sini,
berbelanja dan segala bagainya bagai nak rak. Rak pun tak macam tu.
Peringatan-peringatan
tentang hari kematian sudah semakin jauh.
Dan manusia
itu hakikatnya memang pelupa.
Tapi
sebenarnya, peringatan telah pun sampai bahkan telah lama sampai, dekat dengan
kita. Kita yang menjauh.
Dalam al
Quran diceritakan kepada kita;
Sesungguhnya, Kami
memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu
hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan
berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah ."
An Naba' :40
An Naba' :40
Kata-kata ini dilontarkan oleh orang
yang kafir di sana nanti.
Orang kafir ni macam mana?
Orang kafir ni macam mana?
Bila sebut ornag kafir, kita buat
tak peduli, tak ambil port sangat kerana kita yakin yang kafir tu bukan kita. Kita
ni Islam. Tapi mari kita tengok apa lagi yang dimaksudkan dengan kafir melalui
al Quran.
Maka ingatlah
kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu
kufur
(Al Baqarah:152)
(Al Baqarah:152)
Kufur. Kafir. Tak bersykur. Saya bukan
nak mengkafirkan siapa-siapa. Saya Cuma nak mengajak kita semua berhati hati
dan berfikir. Bila kita tak bersyukur, maknanya kita sedang kufur. Bila kita
tak bersyukur dengan ni’mat yang Allah bagi tu, dalam senyap kita sedang
menempah azab di sana.
Yang paling tragis,
Bila seseorang tu tidak bersyukur,
di dunia ni Allah mungkin tidak akan berhenti menghujani mereka dengan ni’mat. Ada
orang yang tidak bersyukur tapi terus dihujani ni’mat. Mereka kemudian
beranggapan Allah sayang mereka, pilih mereka lalu Allah bagi ni’mat, melimpah
ruah. Padahal dalam Quran disebut
Dan ingatlah ketika
Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah
ni’mat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, maka pasti azabKu sangat berat”
(Ibrahim:7)
(Ibrahim:7)
Dalam ayat di atas Allah tak cakap,
jika kamu kufur, Aku akan kurangi ni’mat mu. Tidak. Tapi Allah postpone azab. Dan
ramai la dalam kalangan kita tertipu dengan ni’mat ni’mat ni.
Maka, mari kita refleks diri masing. Sudah cukupkah syukur
kita kepada Allah?
Persoalannya, bagaimana cara nak bersyukur?
Selain daripada meningkatkan ibadah seharian, jaga hubungan
dengan Allah, puasa, solat sunat dan segala bagai tu, selalunya cara bersyukur
yang kita kita sering terlepas pandang adalah dengan berkongsi ni’mat tadi.
Ni lah sebenarnya antara cara untuk memanifestasikan rasa
syukur, yakni dengan berkongsi ni’mat ni’mat tadi.
Orang yang rezekinya
banyak bersyukur dengan memberi sedekah, membayar zakat dan seumpamanya. Orang yang
dikurnai kepandaian bersyukur dengan berkongsi ilmu. Orang yang dipilih untuk
bernaung di bawah ni’mat tarbiyah wajib bersyukur dengan kongsi ni’mat ini
dengan cara tidak lain tidak bukan dengan mentarbiyah orang lain.
Pendek kata buat dakwah.
Rata-rata dalam kalangan kita, saya optimis ramai yang sudah
disentuh. Sudah di sapa dengan hidayah. Sudah bertemu taufik. Tapi sejauh mana
kita kongsi kesemua ni’mat ni dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana iman
yang kita tanam itu, mampu berkembang biak menjulang ke langit, memetik kasih
dan sayang dari atas lalu menghasilkan buah yang ranum dan dapat dikongsi
kepada orang lain?
Ok panjang la pula. Sebenarnya saya nak cakap, tazkirah yang
paling baik itu kematian. Yang lain pandai-pandai la anda semua kaitkan.
Peace.
Tergantung gantung,
Tak bertali pula tu
Tak bertali pula tu
2 comments:
syukur atau kufur ?
)'=
tahu mati tu pasti....
tapi...
masih memilih untuk leka.alpa. fuhh.
pembukaannya sangat menarik , cayalah insepektor .. :)
Post a Comment