Friday, February 1, 2013

USRAH ITU KELUARGA


Boleh bayangkan tak ?

Ok kalau tak boleh bayangkan, cuba imagine,

One day, baik-baik sahaja kita pulang dari rumah, Mak kita tanya bagaimana dengan mutaba’ah amal kita instead of tanya assignment yang lecturer bagi. Di meja makan kita bincang masalah, qhodaya amal dakwah dengan ayah kita. Adik-adik kita kongsi seerah para sahabat. Dengan bibik kat dapur pula sempat kita tasmi’ hafalan hafalan kita. Walaweh.

Dan kena pula nenek kita duduk serumah dengan ibu bapa kita, balik saja dari rumah kita minta taujih dari nenek. Hendak hendak terbakar juga.

Boleh bayangkan?

Indah bukan.

Mustahil?


-----------

 
Tak kalau kita buat kerja. Ouch. Saya rasa tiada hasil dakwah yang lebih manis melainkan dapat melihat ahli kerabat kita turut bersama berteduh di bawah naungan tarbiyah. Namun begitu, bayangan tadi tidak akan menjadi kenyataan jika kita terus menerus tidur dalam bayangan. Ia akan menjadi sesuatu yang mustahil jika kita sekadar berpuas hati dengan hasil dakwah kita yang tidak seberapa di tempat kerja, di tempat belajar dan sebagainya.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak mulakan dakwah dalam keluarga. Ramai yang merungut payah. Ramai yang sudah putus harapan. Hakikatnya kita sebenarnya tidak pernah mencuba. Dakwah dalam keluarga sebenarnya bukan tidak menjadi, tetapi tidak pernah bermula.

Kita sering ditewaskan oleh assumptions negative tentang usaha dakwah yang sedang kita rancangkan dalam minda kita. Ekoran itu, langsung perancangan tersebut terkubur. Kita terlalu takut untuk memulakan langkah pertama. Kita terlalu negative. Takut kalau-kalau dakwah kita ditolak dan hubungan dengan keluarga akan beretakkan.

Bila ditanya apa yang kita lakukan untuk sebarkan fikrah ini dalam keluarga, rata-rata menjawab hanya mampu berdoa.

Saya sendiri pun begitu sebenarnya. Itulah jawapan common dan escapism. Bukanlah saya berniat untuk menidakkan kuasa doa, benar doa itu senjata mu’min, tapi saya sangat yakin kita semua sebenarnya boleh pergi lebih jauh. Kita semua mampu untuk melangkah beberapa tapak ke hadapan. Doa tanpa usaha sebenarnya bukanlah doa yang sebenar. Dan sebenarnya banyak pula perkataan sebenar yang telah saya gunakan. Eh.

 Yang sepatutnya sudah lama kita lakukan adalah menjadi qudwah kepada ahli keluarga. Tunjukkan kepada mereka perubahan diri kita sama ada dari segi akhlak mahupun ibadahnya. Tujuan kita tunjuk ini bukan untuk menunjuk tapi supaya tempiasnya dapat mereka rasa. Sipi-sipi pun jadilah.

Saya optimist, ramai dalam kalangan kita lebih memilih untuk beramal senyap-senyap. Kat rumah terutamanya, kita menyorok bila baca Quran. Kunci pintu bilik bila baca al mathurat. Malah jika berupaya, kita hendak solat dhuha di bawah katil. Puasa senyap-senyap dan mahu sahaja terbang ke masjid untuk solat berjemaah supaya orang tak nampak. Kenapa? Well, supaya ikhlas, supaya tidak disalah tafsir?

Ini semua silap.

Adeh.

Mana pergi dakwah fi’iliyyah kita sekiranya kita terus membisukan dan menyorok amal-amal ini? Mana mungkin kesan tarbiyah yang berjaya merubah diri kita itu tempiasnya dirasai oleh ahli keluarga kita jika pada pandangan mata kasar mereka, kita sama sahaja?

Oleh itu, cewah dah ada penanda wacana sekarang, marilah kita semua bertukar. Kalau dulu kita baca Quran dengar tak dengar, sorok-sorok pulak tu, apa kata kita baca kuat sikit. Baca depan tv. Apa kata kita solat dhuha di ruang tamu, baca al mathurat di meja makan dan seumpamanya.

Saya optimis lama kelamaan kaum kerabat kita akan terasa lainnya. Paling kurang mereka akan berasa malu dan terdetik untuk berubah. Tujuan kita bukanlah itu menunjuk-nunjuk atau membuatkan mereka berasa malu, tapi supaya detik detik kesedaran itu timbul. Teruskan mencuba. Paling penting, iringi juga doa. Supaya hidayah turut mengetuk pintu hati mereka.

Ini pendapat dan pandangan saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Maklumlah, lagikan lidah tergigit, inikan pula pendapat yang tidak mendapat pengiktirafan. Eh.

Apa-apa pun sudah sudahlah membuat assumptions negative dan hypothesis yang tidak berasas sebelum kita membuat sebarang percubaan. Cubalah dahulu. Mana tahu, dah cuba pasti nak lagi. Kan.


-------

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..”
(66:6)

No comments: