Baru baru
ini saya sempat pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Tahun Baru
Cina di negeri X. Untung tinggal di Malaysia yang berbilang kaum dan kaya dengan
suku kaum Bumipuetera yang pelbagai, macam-mcam tahun baru diraikan, banyak la
pula cutinya. Walaweh, cuti, indah, yummy. Kening-kening.
Maka, tidak
terlambat untuk saya menggunakan ruang dan peluang ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pendengar dan pembaca setia laman ini. Peh,
ini ayat muntah blue black.
Saya optimis,
ramai dalam kalangan kita pulang ke kampung halaman, menghabiskan cuti
berkenaan bersama keluarga tercinta. Ramai juga yang mengambil kesempatan cuti
untuk melangsungkan perkahwinan, sama ada perkahwinan sendiri, perkahwinan bapa
saudara, jiran, kawan rapat, pembantu rumah mahupun cikgu tadika . Alhamdulillah.
Pandai mereka ini mengambil kesempatan cuti.
Namun, ada
juga yang tidak pulang kerana masalah tertentu, buat anda, syabas dan tahniah
diucapkan. Eh.
Kepulangan orang
ramai yang berpusu-pusu ke gagang masing-masing menyebabkan jalan raya
merentasi seluruh Negara sesak, lemas dan merimaskan. Saya sendiri terpaksa
bertarung dengan kemelut ini untuk menjejakkan kaki ke bumi tercinta. Perjalanan
yang secara normal nya mengambil masa lebih kurang lima ke enam jam telah menjadi
tidak normal yakni melebihi 10 jam. Homaigad.
Walaubagaimanapun,
ada ibrah yang menarik.
Walaupun terpaksa
beratur panjang, bergerak sedikit demi sedikit, setapak demi setapak mendekati
kampung halaman masing-masing, tiap tiap pengguna jalan raya berada pada
situasi yang berbeza. Ada orang naik kereta Mercedes, luas dan mewah. Dalam kereta
ada peti ais. Bila lapar boleh terus makan. Bila penat boleh terus
baring-baring. Perjalanan yang lambat dan perlahan tidak lah menjadi hal yang
susah buat mereka.
Ada orang
yang naik lori. Angkut anak bini, jiran tetangga dan sahabat handai semua. Tidak
dilupakan juga limau mandarin dan sup ginseng bersama. Mereka ini bergerak
lebih perlahan kerana muatan banyak. Dan keadaan yang agak panas.
Ada orang
naik kereta yangs sudah uzur. Pendingin hawanya berfungsi sekejap-sekejap. Kadang-kadang
tidak berfungsi terus kerana sudah lama tidak diselenggara. Pengguna kereta
berkenaan tahap kesabaran mereka lebih diuji kerana cuaca yang panas dan tarffic
yang teramat perlahan dan menyakitkan hati.
Ada orang
keretanya sudah baharu. Memecut laju dan bergaya. Namun ada yang melanggar
divider jalan dan terbabas ke dalam gaung. Ada di kalangan mereka ini tidak
sempat pun pulang ke kampung. Alih-alih tersangkut di hospital.
Kalau nak
diceritakan, banyak lagi situasinya. Contohnya mereka yang naik bas, naik MPV,
yang
mengalami tayar pancit, yang terpaksa menahan kencing, yang kena rompak dalam
perjalanan dan sebagainya. Kalau nak ditulis semua, in sha Allah Tahun Baru
Cina akan datang baru siap.
Apa yang
menarik, semua mereka ini dalam perjalan pulang ke kampung masing-masing.
Tahukah anda?
Kampung kita
semua, yang sebenarnya adalah syurga. Jannah. Paradise. Dan nama-nama lain yang
sewaktu dan sekufu dengannya.
Kita semua
bercita-cita untuk kembali ke syurga. Kerana di situlah asal usul kita yang
sebenar. Saya kira, boleh jadi perjalan kita nanti, ke sana, ada persamaannya
dengan perjalanan pulang ke rumah tatkala musim perayaan.
Di padang
Mahsyar nanti, kita semua akan menunggu untuk dihisab. Beratur dan menuggu
giliran dengan penuh debaran. Ada orang menunggu sambil dinaungi awan. Ada orang
semasa menuggu tersebut, matahari berada sejengkal di atas kepala.
Perjalan di
titian juga berbeza. Ada orang berjalan dengan perlahan. Ada orang yang akan
merentasi titian tersebut dengan merangkak, berlari, menaiki kenderaan dan
sebagainya.
Dan tidak
dapat dinafikan juga, ada juga orang yang tidak pun berpeluang singgah ke
syurga. Ada yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Kemalangan di pertengahan
jalan, kandas dan terpelosok ke neraka. Na’uzubillah.
Persoalannya,
bagaimanakah agaknya keadaan kita nanti ?
T_T
AGAK AGAK
-Abi Noah
-Abi Noah
Agak-agak kalau kita mati kejap
lagi, apa yang kita tinggalkan dah cukup ke untuk tolong kita?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi, kita banyak tinggalkan kebaikan atau banyak kejahatan yang kita biarkan?
Agak-agaknya bila kita mati nanti kita akan terus menerus dapat pahala, atau terus menerus dapat dosa?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi orang marah ke orang redha?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi orang gembira ke orang sedih?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi, kita gembira ke kita sedih?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi...
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi, kita banyak tinggalkan kebaikan atau banyak kejahatan yang kita biarkan?
Agak-agaknya bila kita mati nanti kita akan terus menerus dapat pahala, atau terus menerus dapat dosa?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi orang marah ke orang redha?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi orang gembira ke orang sedih?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi, kita gembira ke kita sedih?
Agak-agak kalau kita mati kejap lagi...
Dah ready?
No comments:
Post a Comment