Monday, February 25, 2013

OF IRONY IN TWO MINUTES

“Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak.

Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?”

-Sayyid Quttb
-Mukaddimah, Fi Zilalil Quran


-----




Ouch.

Intro di atas mungkin tiada kaitan dengan repekan di bawah. Ada la kot, sipi-sipi. Ironi. Tahukah anda apa itu ironi? According to Concise Oxford Dictionary, tenth edition, irony means the expression of meaning through the use of language signifying the opposite, typically for humorous effect, a state of affairs that appears perversely contrary to what one expects.

Mungkin.

Tapi hari ini saya cuba memaknai ironi dengan situasi berikut;

Ironi adalah apa apabila seorang Muslim baik lelaki mahupun perempuan, yang mana tertera pada kad pengenalannya status keislamannya mampu mengeluarkan kata-kata seperti, “saya tiada masa nak dengar kuliah agama ini, saya tiada masa nak hadir majlis ilmu situ sini” dan pada waktu yang sama beliau sempat layan running man. Marathon pulak tu!

Apabila anda yang bukan ustaz mengajar dan bercakap tentang agama, pasti ada rakan-rakan yang kaget, pelik dan sedikit cuak. Mana tidaknya, anda yang belajar kaji cuaca tiba-tiba mengupas kitab hadis, bercakap pasal agama. “Mana kau belajar ni dowh”

Yang ironinyalah apabila seorang muslim itu bertanyakan soalan sedemikian. Sepatutnya dia pelik, terkejut dan cuak dengan diri sendiri yang tak tahu ilmu agama dan bertanya, “Macam mana aku tak tahu benda ni dowh” kerana ticket apa lagi kita nak pakai masuk syurga selain agama? Ironi.

Ironi apabila seorang lelaki kachak, bersembang hati ke hati dengan kawannya yang tidak kurang kacaknya bahawa dia mengimpikan seorang teman hidup yang mulia, solehah dan berjiwa tarbawi. Kemudian tiga minit selepas itu, beliau dengan bergaya mengeluarkan sekotak Semporna, sebatang hinggap di mulut dan dinyalakan mancis. Asap di hembus ke udara dengan rakus. Ironi.

Ironi apabila pelajar pelajar muslim yang dilanda musim exam, belajar berjemaah sampai tiga empat pagi, pulun habis, bersengkang mata, membanting tulang dan memerah keringat. Malangnya esok pagi subuh terbabas, terbabas secara berjemaah pulak tu. Dan dalam doa dipinta keputusan yang cemerlang dari Allah. Terbaek.

 Ironi apabila seorang yang bercita-cita nak membangkitan ummah, cakap berapi, terbang sana-sini, terlompat ke hulu ke hilir, last-last boleh pula mengeluarkan statement, “Ah bosannya”. Sempat pula seorang da’ie untuk berasa bosan.

Ironi juga melihat makcik makcik serta pakcik pakcik yang menghabiskan masa dan wang di pusat pusat hiburan, membaling bola yang bulat yang berat,tengok wayang dan seumpamanya kemudian apabila ditanya apa semua ni uncles and aunties? Dengan accents teraburnya mereka menjawab;

“Well, life begins at forty”

Adeh.


Kalau nak ditulis banyak lagi benda ironi dalam hidup ni. Cukup la setakat ini dahulu. Esok lusa kalau ada idea saya tambah lagi.

Mari ambik pengajaran


“Kita bagi bunga orang baling najis, itu biasa kerana seseorang itu dapat baling apa yang dia ada dan apa yang dia reti baling”