Tuesday, February 26, 2013

"SURAYA, HAAZA ABUKI"

Pabila hendak menyentuh hati,
perlu diingati,
bahawa hati yang kotor,
tiadalah membersihkan hati yang lagi satu,
bahkan mengotorinya pula.
-A.S

-----------

“Suraya..Suraya.”

“Ya Abi, haaza Suraya, lima za?”

“Aina enti?..Suraya.”

“Hazaa…Abi..”

------------


Alahai. Tak reti arab. Kalau tak, satu post ni saya tulis arab. Kat atas ni, entah betol ke tak apa yang saya merepek. Haha. Commercial break.



Nama diberi Suraya. Kawan sekolah rendah panggil Sue. Kawan sekolah menengah panggil Yaya. Pape jela. Abi panggil Suraya.

Ini diari Sue.

Hari ni Sue nak cerita pasal Abi dan Umi. Masa sekolah menengah dulu Sue belajar kat sekolah berasrama penuh. Walaupun nama dia asrama penuh, tapi asrama dia tak penuh. Tapi tak kesah la. Masa awal-awal dulu, Sue tak nak pun duk sekolah tu, tapi Abi dan Umi suruh.

Malam tu pahit rasanya.

Abi dan Umi berkeras suruh Sue sambung belajar kat situ. Ironi. Sue ingat mereka berdua nak masukkan Sue kat sekolah agama ke, jadi ustaz dan ustazah macam depa, boleh cakap arab sekali sekala,sweet gitu. Tapi takpelah, Sue tak nak kecewakan Abi dan Umi. Sue satu-satunya permata Abi dan Umi.

Kat asrama, Sue asyik teringat Abi dan Umi.

Awal-awal tu Sue asyik menangis. Sue tak bagitahu Abi dan Umi. Sue tak nak menyusahkan keduanya. Sue tak nak mereka fikir pasal Sue. Sue belajar hidup berdikari. Lama-lama Sue mula adapt dengan keadaan kat asrama. Sue ada ramai kawan. Sue kawan semua, ada yang ok, ada yang so so. Sue tak kesah. Yang penting Sue ambil yang jernih.

Sue belajar bersungguh.

Macam orang lain, Sue tak nak hampakan harapan Abi dan Umi. Lima tahun berlalu, pantas sekali. Alhamdulillah Sue kekal prestasi belajar dengan cemerlang. Sue tahu Abi dan Umi happy tengok peningkatan dan kemajuan akademik Sue. Bila habis SPM Abi dan Umi tanya Sue nak sambung dalam bidang apa, mulanya Sue cakap Sue nak sambung dalam pendidikan, nak jadi macam Abi dan Umi.

Tapi entah, Abi dan Umi macam tak sokong. Last, Sue ikut cakap mereka. Sue ambil perubatan. Dua tahun Sue belajar di kolej persediaan. Belajar dan belajar.

Sejak di kolej, Sue kawan dengan macam-macam jenis orang. Sue, entah la,rasa diri dah makin liar. Sue dah jarang call Abi dan Umi. Balik rumah pun kadang-kadang. Kalau ada cuti panjang pun Sue ragu-ragu nak balik rumah. Tapi Abi dan Umi macam ok je. Papepun Sue maintain pelajaran Sue. Habis dua tahun, Sue sambung belajar ke luar Negara.

Pahit lagi.

Kali ini betul betul jauh dengan Abi dan Umi.

Sebelum tu, Sue nak cerita, masa kat kolej ada satu cuti Sue balik rumah. Umi masak lauk kegemaran Sue. Sue makan sampai lupa nak simpan untuk Abi sekali. Kemudian Abi masuk, katanya dia dah makan. Tapi malam tu Sue bangun pagi tengok Abi dan Umi bangun, ada kat dapur makan nasi kosong.

Abi dan Umi.

Satu lagi, sejak Sue mula belajar kat luar, tinggalkan rumah, rumah dah sunyi. Abi dan Umi pun dah semakin senyap. Satu hari Sue balik mengejut. Sue tak bagi tahu pun Abi dan Umi. Sue masuk bilik Sue kemudian Sue tengok Umi tidur atas katil Sue sambil pegang gambar Sue. Masa tu Abi tak ade kat rumah. Sue sedih tengok Umi. Rindu Sue. Sue pun rindu Umi.

Sekarang, belajar dah habis.
Tapi Sue sibuk dengan kerja.
Abi dan Umi ? Dah pergi.

Dah pergi buat selamanya. Satu hari Sue duduk.
Sue pikir apa Sue buat selama ni. Tak kan ni je erti hidup Sue ?

“Suraya, haaza Abuki..”

Sue rindu nak dengar suara Abi.
Macam-macam Abi dan Umi buat untuk Sue, tapi Sue?

Nanti Sue sambung lagi.....

3 comments:

Mat Salah said...

:').... oh wait im back!

Inspector Saahab said...

Mat Salah :')

after so longggggggggg >.<

Anonymous said...

arabicway.tumblr.com :)