Seorang murabbi
menanyakan keadaan binaan atau seorang mutarabbinya yang sedang bercuti di
kampung selama satu minggu. Di kesempatan yang baik itu juga dia menanyakan
bagaimana status halaqah yang dibawa oleh si mutarabbi, kerana ditakdirkan
Allah, medan amalnya itu di kampus lain dan tidak bercuti.
“Akhi, bagaimana dengan
halaqah yang anta bawa minggu ni?”
“Nampak macam tak dapat
nak proceed la huhu”
“Innalillah. Bila anta
plan mahu pulang ke medan?”
“Hujung minggu ini insya
Allah!”
“Oh. Tak boleh awalkan? Supaya
sempat untuk kelola halaqah minggu ini ?”
“Dah beli ticket bus. Huhu.
Lagipun mutarabbi sorang je, berbaloikah?”
Jawapan si mutarabbi
ternyata mengundang perasaan pelik, gundah gelana dan boleh juga dikatakan
kecewa pada si murabbi yang prihatin itu. Dia berasa respon ini sesuatu yang
ajaib. Berbaloikah? Tidak patut kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang yang
sudah ditarbiyah hampir dua tahun lamanya dan telah menghafal sekelian banyak
ayat-ayat tentang kewajipan berdakwah. Hampir-hampir sahaja dia meluahkan
perasaannya seperti berikut.
“Akhi, anta tanya
berbaloikah? Bukankah anta telah hafal matan beserta sanad hadis unta merah? Yang
bahawasanya jika seorang itu mendapat hidayah atas asbab usaha anta, itu lebih
baik dari unta merah? Adakah harga tiket bus itu lebih mahal daripada unta
merah yang nabi sabdakan? Yang dakwah minta hanya satu hari lebih awal daripada
sekalian banyak hari cuti yang anta
habiskan. Adakah itu juga lebih berharga sehingga anta tidak sanggup untuk korbanannya
lagi?”
Ternyata ayat ini tidak
diluahkannya secara direct kerana maknanya terlalu berat dan sedikit keras. Cuma
dia berharap si mutarabbi memikirkan kembali keputusannya yang tidak logik itu.
Mengapakah generasi dakwah hari ini diwarisi oleh para pelapis yang sudah tidak
nampak unta merah?
Ini merupakan satu soalan
untuk ditanya kepada semua.
Akhirnya akh murabbi
mengambil jalan bermuhasabah. Kerana seorang akh telah memberikan satu
kata-kata yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.
“Sebaik-baik metod
mentarbiyah adalah dengan qudwah akhi”
Ya.
Tidak ada yang tidak
benar akan nasihat akh itu. Jika kita ingin meminta satu hari daripada
hari-hari mutarabbi, maka hendaklah kita memberikan dahulu barangkali seminggu
daripada masa-masa kita. Jika kita meminta pengorbanan wang berupa sekeping
tiket pulang ke kampung daripada si mutarabbi, maka kita hendaklah terlebih
dahulu mengorbankan lebih daripada yang itu.
Mulai hari itu dia tidak
membebel panjang lagi. Sebaliknya akh murabbi ini terus memacu laju dan menjadi
qudwah yang dibangga-banggakan oleh ikhwah setempat. Semoga kita semua mampu
mencontohi beliau.
No comments:
Post a Comment