“Akhi, ana
rasa kurang la. Ana rasa lemah. Ana dah tak feel la. Betul ke apa kita yang
buat ni akhi? Macam tak ade efek pun. Ana rasa macm sama je.”
“Sheikh,
enta kenpa ni?”
“Entah la
akhi. Enta rasa rasa kenapa enta buat kerja ni? Join halaqah ni semua?”
“Sheikh,
kita ada hadaf dan matlamat yang sangat besar. Enta pun dah tahu sangat kan? Kita
bukan suka-suka saje ni, isi waktu kosong bawak adik-adik, bagi perkongsian
situ sini. Kita nak bina individu muslim kan. Kita nak tegakkan balik Islam ni
kat tempat kita ni, kat Negara kita ni.”
“Betul la
tu akhi. Tapi macam tu la, ana dah tak yakin la ana boleh buat semua benda ni. Ana
macam bukan orang yang sepatutnya. Lagipun kenapa kita guna kaedah ni, perlahan
sangat. Boleh guna cara lagi cepat kan? Usrah-usrah ni semua, kecil, restricted
la ana rasa.”
“Sabar sheikh.
Ana rasa tak yakin tu tak yakin dengan sape? Eh ana pulak. Enta tak yakin tu
tak yakin dengan sape? Tak yakin dengan Islam? Tak yakin dengan janji Allah? Dengan
pertolongan Dia ke? ”
Adakah patut
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan
serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),
sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya:
"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
kepada ugama Allah).
(2:214)
(2:214)
“Eh enta
ni, mesti ana yakin. Tapi macam tu la. Macam lambat sangat je. Betul ke cara
kita ni? Macam tepis je nak kembalikan kegemilangan Islam”
“Tu la
sheikh, ana suruh pergi ISK enta tak nak. Ana promote jap eh. Hari ni dah ramai
sebenanrya sedar, kena buat kerja ni. Dah ramai dah offer nak buat. Semua tahu
para Rasul, para Sahabat, tabi’ dan tabi’I berkorban, bergolok gadai atas jalan
ni. Dah ramai nak ikut jejak mereka, tapi tak ramai yang ikut method deme,
kaedah yang sama”
“Maksud
enta? Tapi still mereka buat kerja ni kan, tak salah pun”
“Nabi dulu
pun buat halaqah tahu? Memang lambat. Berapa ramai ikut nabi? 13 tahun di
Mekah, tak sampai satu ribu pun sheikh. Tapi tu la kaedah nabi. Method yang terbukti
berjaya. Dalam seerah semua cerita benda ni.”
“Haiseh,
entah la akhi. Ana ni lemah la. Kita ni banyak merungut kan? Nak jalan pintas
saje. Ana rasa kurang makan la. Ruhhi dah kurang ni. Kena buat kerja banyak
sikit kot”
“Betul la
tu sheikh. Cuma ingat la, ni wasilah kita. Bab ruhhi ni memang kita kena isi. Ironi
la kalau kata kita ni dapat tarbiyah, nak didik orang tapi diri sendiri pun
kering. Kosong. Bab kata Najwa latif pulak. Kosong kosong.”
“Ana
beruntung la akhi”
“Pasai apa
pulak? Tetibe je enta ni sheikh”
“Entah la,
sebab dapat kenal enta kot”
“Sheikh,
kita semua beruntung, sebab kenal tarbiyah. Ye dok?”
---------------------------------------------
Ramai sudah
yang hendak mengikut jejak langkah para Nabi, berdakwah. Tapi tidak ramai yang
ikut kaedah sebenar. Jalan ini tampak lambat, tapi jalan dakwah mengikut manhaj
kenabian ini sebenarnya merupakan jalan pintas, bukan sahaja untuk buat dakwah,
tapi jalan pintas ke syurga.
“ Sekiranya kita ingin mendirikan solat tetapi wudu’ tiada,maka
wajib mengambil wudu’
Sekiranya kita ingin mengambil wudu’ tetapi air tiada,maka wajib
mencari air
Sekiranya kita ingin mencari air tetapi tidak jumpa,maka wajib kita
bertayammum
Sekiranya kita ingin bertayammum lalu debu tanah tiada,maka wajib
mencari debu tanah ”
Nak tegakkan
system Khilafah kembali, tidak boleh tidak mesti mula dari bawah. Macam nak
buat rumah. Mesti start dari tapak. Setakat saya hidup belum pernah tengok
orang buat rumah siapkan bumbung dahulu, sangkut kat helicopter ke macam mana. Belum
pernah. Kalau ada kat mana-mana boleh bagi tahu, nak tengok jugak. Haha.
Sebelum ada
system khilafah, kena ada dahulu Negara dan kerajaan Islam yang sebenar, yang
syumul. Sebelum itu, masyarkat Islam perlu dipersiapkan, sebab masyarakat ini
la yang menentukan kepimpinan sebuah Negara. Dan masyarakat itu lahir daripada
keluarga-keluarga Muslim yang sejati dan sahih. Baitul Muslim ini tidak lahir
melainkan daripada dua individu Muslim yang bersatu menjadi satu, cewwah.
Dan pembentukan
Individu Muslim, asas yang paling asas bermula dengan
Krik, krik,
krik…..
sebab ini blog saya tulis so saya nak cakap ia bermula dengan halaqah Usrah, sebagaimana kaedah awal yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Kalau tak setuju nasib la. Maka, sudahkan anda menghadirkan diri bersama halaqah-halaqah ini?
sebab ini blog saya tulis so saya nak cakap ia bermula dengan halaqah Usrah, sebagaimana kaedah awal yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Kalau tak setuju nasib la. Maka, sudahkan anda menghadirkan diri bersama halaqah-halaqah ini?
4 comments:
Ustaziyatul alam tidak boleh dicapai tanpa pembinaan individu muslim terlebih dahulu.
moga Allah redha.
Sheikh, enta kenapa ni update post mcm ni sheikh? Enta naik sheikh ea? Hihi. ;D
Individu Muslim.
Next stop tuk hang,
Baitul Muslim.
Peace yaw!
Anonymous : :) moga Allah redha :)
Inche Ramadhan : ahha -_-
Akhi :
-_-
Post a Comment