Pernah
tengok cerita-cerita kartun atau separa kartun adiwira? Of kos la kan. Saya
pun. Once upon a time. Saya dulu peminat tegar cerita-cerita yang memerlukan
imaginasi tinggi ni. Yela, semua plot cerita ini misinya adalah nak
menyelamatkan dunia. Kagum weh. Kalau tengok ultraman tu seakan percaya bila
raksasa datang menyerang, dunia dalam keadaan bahaya. Gelisah sekejap. Sekejap
jela.
Banyak
cerita berimaginasi dan bercita-cita tinggi ni yang mengambil tempat di
rancangan televisyen tempatan. Sambutan hangat. Dan mendapat tempat di hati dan
di sanubari kanak-kanak pra-matang. Kadang-kadang yang dah tua pun perasan
kanak-kanak, join sekaki.
Antara yang
berada pada rangking teratas adalah Power Rangers, Dragon Ball, Sailamoon, err,
Ultraman, Maskid Rider dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga kartun animasi
adiwira tempatan seperti Kluang Man dan, err ok Kluang Man je kot.
Yela yela.
Wonder Pet pun tidak boleh dilupakan.
Setiap
benda ni kalau kita lihat dari sudut positif banyak ibrahnya. Cewah. Tapi saya
tak nak cakap pasal ibrah cerita-cerita ni pun, kebanyakan ibrah ni adalah
KBKK. Haha. Kalau dulu anda belajar
pendidikan rendah, saya pasti boleh sama-sama fikir-fikirkan.
Cuma, satu
saja yang saya terfikir dan ingin kongsi bersama. Tak kisah dalam cerita mana-mana
pun, walaupun misi mereka untuk menyelamatkan, dunia kot, daripada raksasa
gorgon dan anasir jahat tahap gaban sekalipun, hero-hero nya tak ramai. Tak
sampai satu percent penduduk dunia pun. Hoho.
Kenapa ek?
Kerana
ragamnya memang begitu. Sebenarnya kita tidak memerlukan bilangan hero yang
ramai, cukuplah sorang Tok Imam dan Tok Bilal untuk menjayakan misi kita. Eh.
Begitu juga
dalam misi menaikkan balik martabat Islam untuk menyinari dunia sekali lagi
dengan kalimah agung yang mensucikan Allah s.w.t. Kita tidak memerlukan
bilangan yang ramai. Itu point penting.
Hal ini ada
dikupas dalam buku al Muntalaq.;
Untuk
menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada
berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada
berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan
mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka
dan memperkenalkan kepada
mereka
jalan amal dan fiqh da'wah.
Haa. Kan. Kalau kita lihat pada
sejarah, kebangkitan Islam di zaman Rasulullah sekalipun, golongan awal yang
popular dengan gelaran Assabiqun Al Awwalun tidak ramai, tapi mereka ni mahu
dan mampu memperjuangkan Islam sehingga ke hari ini.
Maka boleh la kita buat
kesimpulan kecil, boleh jadi penerbit kartun-kartun ni jugak belajar sirah ar
Rasul dan menelaah buku Muntalaq. Eh.
Baiklah, sekarang kita bercakap
bukan soal kuantiti tapi kualiti pendokong jalan da’wah yang didambakan.
Mereka-mereka ni bukan calang-calang orang. So yang gi mana tu?
Saki
baki orang-orang mukmin, bilangan mereka sudah mencukupi untuk menegakkan
kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi dengan syarat apabila mereka mengenali
tajarrud
(menyerahkan
diri hanya untuk Islam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri
dari
fitnah, sabar atas segala mihnah dan memahami seni memimpin ummat
Keratan di atas juga dipetik
dari al Muntalaq.
So saki baki Mukmin yang
diperlukan cukup cantik sekiranya mempunyai lima ciri-ciri yang telah disebut
senaraikan.
Apa point sebenarnya ni? -_-
Kalau kita hari ini sudah mula
berkecimpung dengan bendalah dakwah dan tarbiyah ni dan menaruh harapan untuk
menaikkan balik Islam ke persada dunia, maka cuba kita nilai dan muhasabah diri
kita. Sebelum kita gelar diri kita sebagai seorang da’ie yang mampu menegakkan
kebaikan yang dicita-citakan, adakah kita telah capai lima ciri-ciri ini?
Huhu.
Perjalanan masih jauh. Tajarud.
Tak mudah. Zuhud terhadap dunia? Peh lagi la tak mudah. Jauhkan diri dari
fitnah? Hmm anda punya reaksi sendiri. Sabar? Ini lagi la. Tahu seni memimpin
ummat? Ok ini mungkin boleh develop dari masa ke masa.
Soalnya, kita semua hendak
menjadi pejuang Islam yang sebenar, tapi ironi, kita masih mampu berpangku
tangan dan duduk bergoyang kaki. Ini belum lagi dikupas bab jahiliyah yang
masih tersisa.
Perjalanan masih jauh.
Sekali lagi, bukanlah menulis
untuk mematikan motivasi, Cuma sebagai peringatan buat semua. Dan of kos la,
sebelum anda baca ni, sayalah orang yang pertama-tama membaca picisan ini.
Cikgu Bahasa Inggeris saya waktu
darjah enam pernah pesan
“Goyang kaki senang. Tapi nak
senang jangan goyang kaki ”
Ada kaitan tak?
8 comments:
Tertinggal satu. Geki Ranger. Ehe :D
Kau asyik sebut Muntalaq, Muntalaq. Boleh bagi tajuk full dengan nama author? Ada jual kat kedai buku ke?
bagi yg nak tahu apa itu tajarrud, ahha, baca sini
http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/09/tajarud-bukan-sejenis-kuih.html
aish.agak la.asyik sebut munthalaq.
ada org bgtau ana yang munthalaq tu rahsia ummah.
heh??
-nawal
Huh.Menanti lama post camni.
Yup.Tajarrud bukan sekadar kacau tom yam kat dapur.
^^
tom yam tom yam jgn sebut
sensitip
eheh
Muntalaq itu dari segi bahasa tempat bertolak
boleh jadi juga titik tolak
Aman tanpa perang :)
Al-Munthalaq tu rahsia Ummah, wahai Nawal.
:)
Tom yam se jom?
Aku belanja.
Okaaaay akhi :)
-nawal
heyy rakan rakan yang dah tumbuh bulu pelepah semua.
sila kekalkan momentum anda :)
peace
tak tahu nk reply mcm mana, so mngarut jela Y_Y
Post a Comment