Sebuah panggilan hilang
maknanya,
pabila pengertian hilang daripadanya.
Apa erti panggilan 'mak',
pabila yang melahirkan dicaci sang anak.
Apa erti panggilan 'cikgu,
pabila yang mengajar dimaki sang pelajar.
Apa erti panggilan 'majikan',
pabila yang mengupah dihina sang pekerja.
Apa erti 'murabbi',
pabila yang mendidik diperlekeh sang mutarabbi.
Apa erti 'zauj',
pabila yang melindung diabai sang zaujah.
Apa erti semua ini,
sekiranya tiada yang memaknai?
Apa.
pabila pengertian hilang daripadanya.
Apa erti panggilan 'mak',
pabila yang melahirkan dicaci sang anak.
Apa erti panggilan 'cikgu,
pabila yang mengajar dimaki sang pelajar.
Apa erti panggilan 'majikan',
pabila yang mengupah dihina sang pekerja.
Apa erti 'murabbi',
pabila yang mendidik diperlekeh sang mutarabbi.
Apa erti 'zauj',
pabila yang melindung diabai sang zaujah.
Apa erti semua ini,
sekiranya tiada yang memaknai?
Apa.
-Afiq Sazlan
--------------------------------------------------
Kat atas itu gimik.
Apa yang ingin saya
kongsi hari ini mungkin ada kena mengena atau tiada kena mengena pun. Mungkin.
Rata-rata masih salah faham dengan term usrah, halaqah, bulatan gembira dan
sebagainya. Bagi anda yang terlibat dengan system usrah, apa yang anda faham
tentang usrah?
Dari
segi bahasa usrah bermaksud keluarga.
Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga. Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak. Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam. Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.
Dulu, para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa'idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.
Kini para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.
Lalu didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas.
Maka, dengan itu usrah masih lagi bermaksud keluarga.
Apabila kita kata ia sebuah keluarga, sebuah keluarga tidak mempunyai masa-masa
tertentu untuk berfungsi. Apabila kita dengar orang cakap, usrah sekali
seminggu atau sekali dua minggu, itu mereka merujuk kepada pertemuan usrah
yakni halaqah, atau liqo.
Usrah itu sesuatu yang mengambil tempat sepanjang masa.
Macam kat rumah. Tak kan Mak kita akan cakap,
“Ok buat dua jam pertama hari ini saya akan jadi Mak kamu”
“Ok dua jam sudah berlalu, usrah (keluarga) sudah berakhir,
kamu bukan lagi anak saya”
Pelik la pula kan.
Tapi hari ini terminalogi usrah telah diseleweng dengan
dahsyatnya. Sekarang sudah ada usrah radio. Sudah ada usrah umum. Usrah di
televisyen. Usrah peringkat nasional. Pening.
Boleh bayangkan satu Negara menjadi ahli keluarga kita.
Kenal pun tidak kebanyakan mereka, maka macam mana usrah itu bakal mendapat
ruh. Macam mana usrah itu berfungsi.
Kalau keluarga biologi pun paling ramai ahlinya tidak
mencecah ratusan. Itu pun si ayah perlu kahwin empat. Eh.
Tapi kenapa hari ini kebanyakan program kerohanian mengguna
pakai term usrah?
Di sekolah juga ada usrah. The so called usrah. Mengapa
rata-rata kita begitu berminat dengan menamakan aktiviti kerohanian ini sebagai
usrah?
Sehinggakan orang yang terperangkap dalam usrah yang hanya
pada nama ini tidak lagi berminat untuk bersama usrah yang benar ruh nya kerana
mereka sudah perit hidup dengan “usrah” yang tidak benar terlebih dahulu.
Inilah akibatnya apabila rata-rata mereka yang dipelawa kepada usrah yang
benar, mereka skeptikal, kerena usrah pada mata mereka begini dan begini.
Usrah bukan pada nama,
Tapi ruhnya yang penting.
Tapi ruhnya yang penting.
Persoalan yang masih belum terjawab, kenapa usrah?
Ini kerana, setakat hari ini, gerakan Islam yang berusaha
mengembalikan kemuliaan Islam sepakat bahawa usrah merupakan cara atau wasilah
yang paling efektif untuk menjalankan kerja-kerja mentarbiyah, mengisi
jiwa-jiwa yang kosong seterusnya membina individu individu muslim.
Disebabkan keberkesanan system usrah yang sebenar, ramai
aktivis kerohanian berminat dengan term usrah. Kononya lebih menarik minat.
Atas sebab itu di sekolah adanya usrah. Dengan harapan usrah itu dapat mendidik
pelajarnya.
Itu cukup baik. Tapi malangnya usrah yang diimplementasi
hanyalah nama semata. Tapi ruh dan pengisiannya jauh menyimpang. Sehinggakan
usrah di sekolah dijadikan tempat para senior membuli junior. Usrah di radio
jadi tempat menemani pendengar tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas.
Usrah mingguan dijadikan aktiviti selingan di hujung minggu.
Usrah dijadikan aktiviti masa lapang semata-mata. Tempat menuntut sedikit ilmu
agama. Walhal pada asal hakikatnya, bukan itu tujuan system usrah yang hendak
diperkenalkan.
Namun penyelewengan ini akhirnya membina mind set yang
pelbagai tentang usrah.
Apa yang ingin saya tekankan di sini,
Usrah sepatutnya berfungsi sebagai satu keluarga. Tempat
kita berkenalan, memahami sesama yang lain dan membantu mana yang perlu. Tempat
memeriksa amal, memberi peringatan dan menyusun gerak kerja untu kebangkitan
Islam. Tempat di mana ukhuwah dijalin.
Bukan sekadar tempat yang tiada tempat di hati kita.
Mereka yang benar benar ingin berjuang atas jalan dakwah ini
mengikut manhaj kenabian perlu mengimani fikrah bahawa usrah merupakan cara
dakwah yang tetap, dan merupakan nucleus, yakni yang paling penting dalam
mentarbiyah seseorang di samping cara-cara lain.
Perlukah ikut usrah?
Haha.
Jika anda tanya saya, of kos saya akan cakap perlu sebab ini
blog saya.
So sapa nak ikut usrah boleh la pm fb saya nanti. Hihi.
So sapa nak ikut usrah boleh la pm fb saya nanti. Hihi.
Tapi saya tidak boleh kata ia wajib. Cuma saya secara jujur
dan peribadinya setuju ia merupakan cara yang paling efektif. Pun begitu masih
banyak cara lain.
Cuma hadaf saya memberi pencerahan ini adalah untuk kita
semua menepis tanggapan bahawa usrah itu seperti yang ada di sekolah.
Malam-malam minggu kumpul ramai-ramai dan mulalah sesi yang so called ‘tarbawi’
itu. Bukan itu. Usah menghukum usrah dengan penilaian itu.
Dan jika anda diajak untuk berusrah, cubalah dahulu, jika ia
usrah yang benar, ada nilai kekeluargaan, raikanlah ia. Dakwah ini penuh kasih
sayang.
Dan bagi yang sudah bersama system usrah yang benar ini,
semoga kita tidak jadikan usrah sebagai aktiviti di kala waktu kita ada
lebihan. Semoga usrah bukan tempat kedua dan ketiga dalam hidup kita. Jangan
kita korbankan pertemuan usrah kerana ada party, kerana mahu keluar tonton
wayang dan sebagainya.
Do not judge usrah based on what you heard, what people say
and whatnot, but experience it first, on your own. Belum cuba belum tahu, sudah
cuba, ketagih bak hang. Eh.
2 comments:
Akhi..sesungguhnya enta tersangatlah aktif..mengalahkan ana yg ada kat rumah..
It's good..keep it up my brother..
hehe.
in sha Allah
Post a Comment