Seorang mad'u datang dan bertanya pada seorang akh,
"Akhi, kenapa antum sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak buat kerja dakwah je?"
Akh itu lagian bingung. Apa mahu dijawab.
Dia sendiri tidak pernah terfikir soalan itu.
"Ana pun berharap dapat peluang bertanya kepada
Rasulullah
dan para sahabat soalan macam ni"
dan para sahabat soalan macam ni"
Lalu akh itu tuntas kan,
Kenapa ye?
Ana pun tak faham.
Tapi setiap kali berdakwah, ana akan rasa manis dalam hati.
Tangis di mata,dan segar di minda.
Tapi setiap kali berdakwah, ana akan rasa manis dalam hati.
Tangis di mata,dan segar di minda.
Ana pun tak tahu dan tak faham kenapa ana sanggup buat semua ni hanya kerana
Dia.
Patutlah orang kata cinta itu buta.
Mungkin sebab cinta.
Mungkin ana sedar yang ana perlukan Dia..
Kemudian baru ana teringat yang Dia dah jawabkan soalan ni untuk ana..
Mungkin sebab cinta.
Mungkin ana sedar yang ana perlukan Dia..
Kemudian baru ana teringat yang Dia dah jawabkan soalan ni untuk ana..
“Terima Kasih Ya Allah”
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana
mencari keRedhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan
hamba-hambanya "
(Surah al Baqarah: 207)
(Surah al Baqarah: 207)
Mungkin kerana ini.
Redha Allah
Redha Allah
"Seandainya ditangan kananku diletakkan matahari, dan ditangan kiriku diletakkan bulan, aku kan tetap menyampaikan risalah ini " - (Rasulullah s.a.w.)
-------------------
Begitula kisah itu yang satu. Bagaimana seorang akh lagi-lagi, terus-terusan menyentuh qalb akhnya. Sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Seperti mutiara dan lautan. Seperti malam dan rembulan. Seperti mawar dan haruman. Seperti salju dan keputihan. Jemari dan tulisan. Hati dan ketulusan. Seperti itulah.
Begitula kisah itu yang satu. Bagaimana seorang akh lagi-lagi, terus-terusan menyentuh qalb akhnya. Sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Seperti mutiara dan lautan. Seperti malam dan rembulan. Seperti mawar dan haruman. Seperti salju dan keputihan. Jemari dan tulisan. Hati dan ketulusan. Seperti itulah.
Ingin
aku kongsi kali ini, bagaimana seorang akh bukan sahaja menyentuh sudut hati
akhnya yang paling dalam, bahkan telatah al akh tidak juga gagal menghadirkan
senyuman buat akhnya.
Sebagaimana
tersenyumnya Sulaiman a.s tatkala mendengar suara sang semut yang memberi
amaran kepada semut semut lain supaya awas akan tentera Sulaiman yang boleh
sahaja memijak mereka, langsung tanpa sedar.
Lalu
tersenyumlah Sulaiman melihat telatah sang semut.
Dan begitulah al akh, tersenyum dek telatah akh yang lain.
Dan begitulah al akh, tersenyum dek telatah akh yang lain.
Agaknya
inilah ni’mat di jalan ini, beginilah jalan dakwah mengganjari kami.
-----------------
Satu
hari akh di hujung minggu, cuacanya baik. Petang, ba’da asar. Udaranya nyaman.
Tidak terlalu panas dan tidak pernah sejuk. Suam suam gitu. Cuaca hutan hujan
tropikal Malaysia. Seorang akh datang menziarah mutarabbinya yang dahulu.
Lalu
aku sempat merakan dan menyunting beberapa potong perbualan mereka.
“Abang
nak air?”
“Hmm
boleh jugak. Tapi kalau susah susah tak payah la”
“Eh
tak susah pun. Air masak ke air teh ke air apa?”
“Kalau
air teh masak tak? Kalau tak masak nak air masak je, hehe”
“Hehe
mestila masak”
Memang
sedikit pelik suntingan dialognya. Lalu akh itu duduk di meja. Sembang sembang
dengan yang lain. Sudah habis entah berapa banyak topic disembangkan, airnya
belum nampak batang hidung. Asalnya seorang sahaja di pantry. Kemudian, dua.
Kemudian tiga.
“Eh
kalau susah tak payah la”
“Dah
nak siap dah bang, kitorang nak touch up sikit”
“Leh”
“Sebenarnya
ni first time buat air teh, sebelum ni tak belajar dalam liqo”
Aduh.
Terukis
segaris senyuman di wajah akh tadi.
Mungkin tiada nilai estetikanya bagi kalian. Tapi hal ini justeru terlebih
cukup untuk membuat hari
akh it. (made his day)
Ya.
Mungkin
sahaja sedutan sedutan sebegini dalam hari hari seorang akh agak remeh. Namun
di saat dia mula rasa keberjauhan, sudah tidak lagi bersama-sama dengan wajah
wajah yang dahulu acap kali dia tatap, rentetan rentetan dan episode episode
inilah yang menguatkna dia.
Kenangan
itu sejarah.
Dan sejarah itu tentera yang menguatkan hati.
Dan sejarah itu tentera yang menguatkan hati.
Akan
aku cuba karangkan lagi.
2 comments:
gambar bergerak itu cantik ^^
",
Post a Comment