Walaupun baru setahun jagung dalam gerabak dakwah ini, saya
sudah bertemu dengan banyak individu lejen yang telah terlebih dahulu menapaki
jalan ini dan memberi impak yang sangat besar. Banyak juga cerita lejen yang
sampai ke telinga saya mengenai tokoh yang belum sempat saya ketemui.
Yang saya dengar, cerita dari seberang ada ikhwah yang bawa
lebih sepuluh halaqoh. Masha Allah. Ada yang dibuang solo ke tengah lautan lalu
dakwah tumbuh bagai Pulau Tioman dengannya. Ada yang baru singgah sehari dua,
puluhan anak binaan menjadi dan menggoncang masyarakat.
Apa rahsianya?
Rasulullah s.a.w. sendiri mendidik Abu Zhar al Ghifari,
sekejap sahaja setelah beliau memeluk Islam, namun dengan didikan itu, Abu Zhar
pulang kepada kaumnya dan mengIslamkan hampir atau seluruh Puak Ghifar yang
diberitakan puak gangster, ataupun umpama yakuza abad moden ini. Apa yang
Rasulullah dah lakukan?
Incredible man!
Ok la. Anda mungkin kata, Rasulullah, mesti power.
Ok fine.
Ok fine.
Pernah dengar cerita Uwais al Qrani ? Seorang tabi’ yang sering
digelar sebagai manusia yang tidak dikenali di bumi tapi popular di kalangan
ahli langit. Uwais al Qarni tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah, tapi
Rasulullah tahu tentang sosok tubuh ini, bahkan pernah memberi pesanan kepada
sahabat tentang kemunculan Uwais.
Ada apa pada Uwais?
Ok fine la. Dia tabi’.
Mengambil contoh peribadi abad moden pula. Hassan al Banna.
Usianya tidak mencecah separuh abad pun. Tatkala umat dalam kepincangan,
golongan agamawan makin kebelakang, beliau hadhir mengislahkan agama ini,
memberi nafas baru dalam urusan dakwah dan jihad.
Dakwah moden yang dipeloporinya mendapat sambutan hangat
khusus dalam kalangan pemuda, sehingga menarik jutaan duat dalam tempoh yang
pendek. Banyak juga kisah luar biasa tentang beliau. Tiap kali berceramah,
ribuan yang hadhir.
Gerakan yang diasaskannya, tersebar ke seluruh pelosok bumi,
walau ditentang, walai ditindas. Fikrah Islam yang diberi nafas baru, sampai ke
telinga kita hari ini. Dia hanya seorang guru biasa.
Tapi apa rahsianya?
Lagi kisah lelaki tua yang lumpuh seluruh badannya yang
paling digeruni Israel laknatullah. Syeikh Ahmad Yassin. Tubuhnya ibarat tempat
percambahan virus. Penuh berpenyakit. Tapi pengaruhnya cukup kuat dalam
membangunkan jiwa jiwa muda di Palestin.
Diceritakan, suatu hari beliau meminta anak didiknya berpuasa,
lalu keesokannya kesemuanya berpuasa, sehingga para ibu berang kerana anak-anak
mereka tidak sarapan pagi. Apabila beliau meminta anak didiknya bangun malam,
maka cepat-cepatlah mereka tidur, dan menunggu nunggu saat untuk bangun malam,
merintih di hadapan Tuhan.
Bersahaja. Tapi effeknya luar biasa.
Dia lumpuh. Sudah tiada upaya mengangkat senjata.
Dia lumpuh. Sudah tiada upaya mengangkat senjata.
Tapi apa rahsianya?
Dan banyak lagi kisah figura yang mungkin tidak diketahui
kalian tapi cukup berbisa. Cukup banyak menabur bakti atas jalan dakwah.
Walaupun mereka ada yang lemah fizikal, gagap bicara, tiada harta apatah lagi
nama. Tapi tetap berbisa.
Apa rahsianya! ?
------------------------
Sentuhan.
Ya, inilah jawapanya.
Saya percaya setiap orang mempunyai sentuhan tersendiri.
Sentuhan seorang Murabbi agung, tidak mengenal bagaimana
sosok tubuh dia, tapi hasil binaanya menjadi. Bukan durasi masa. Tapi sentuhan.
Tatkala dia sentuh, maka luar biasalah sejarah tercipta.
Dakwah itu penuh dengan seni, antaranya adalah sentuhan.
Ada orang mampu berpidato hebat, memungut tepukan gemuruh,
tapi hasilnya meleset. Dia gagal menyentuh pendengarnya. Ada orang sudah
segunung emas dibelanjakan untuk memantapkan binaan manusianya, tapi masih
gagal, kerana tiada elemen sentuhan yang benar.
Mengapa sentuhan kita berbeza?
Keduanya menyentuh tapi hasilnya tidak sama,
Mengapa?
Untuk membongkar rahsia ummah ini, mari kita renung hadis di
bawah,
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah
s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang
memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya.
Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan
melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah
Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan
diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan
mencintainya.
Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia
mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang
dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan
dengannya.
Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya
dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”
[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]
[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]
Hadis ke 38
Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi
Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi
Nampak permainanya di situ?
Inilah rahsia sentuhan mereka yang berjaya. Hubungan dengan
Allah. Allah mencintai mereka. Apabila mereka berbicara, Allah yang berbicara
bagi mereka. Apabila mereka mendidik, Allah di situ mendidik untuk mereka.
Apabila mereka menyentuh, itu sentuhan Allah.
Tidak hairanlah !
Dan kita yang gagal,
Renung sejenak, bagaimana amal fardhu kita?
Bagaimana amal sunnat kita?
Bagaimana taqarrub kita dengan Allah ?
Bagaimana amal sunnat kita?
Bagaimana taqarrub kita dengan Allah ?
“ Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia
mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang
dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan
dengannya.”
Carilah bekal itu saudaraku,
Dan ayuh sama-sama kita sentuh hati di luar sana !
2 comments:
Ada apa pada Uwais?.
Salah satu cerita sentap dia sanggup dukung ibu dia masa buat tawaf.
Oh mann.Tu baru Uwais.
Ana ni?
Malu oi malu.
Hmmmm. deep
Post a Comment