Begini.
Secara umumnya
saya berasal daripada sebuah keluarga yang hidup cukup terancang. Apa yang
berlaku dalam hidup kami, sejak dari nenek, pakcik makcik, sepupu sepapat
semuanya seakan berlegar di sekitar plan jangka masa panjang yang telah
ditetapkan. Ewah.
Terutamanya
apabila perancangan masa depan ini berkaitan dengan kerjaya. Dan termasuklah
bab kahwin, bina rumah dan sebagainya. Namun, apabila tiba-tiba yang berlaku
jauh diluar perancangan, semua akan panic dengan masa depan. Apabila yang
berlaku jauh menyimpang daripada rancangan asal, seolah olah dunia sudah
berakhir.
Soal kerjaya,
Apabila terkeluar
dari trek asal, mulalah isu cerah atau gelap masa depan dipersoal. Soal berjaya
atau tidak dijadikan isu. Seolahnya apabila terkeluar dari plan asal, sudah
tidak lagi ada harapan. Musnah.
--------------------------
Bercakap soal
berjaya, ianya suatu yang sangat subjektif.
Bagaimana ‘berjaya’
itu ditafsirkan bergantung kepada posisi individu atau entiti tersebut. Dalam mentality
orang kita biasanya berjaya berkait rapat dengan kerjaya. Kalau seseorang itu
memegang jawatan yang hebat, maka dia berjaya la jawabnya. Itu pun masih
bergantung kepada posisi asal mereka.
Kalau yang
bercakap itu dari masyarakat kelas biasa, mungkin biasa sahaja takrifan
kejayaan bagi mereka. Kalau yang asal dari lingkungan masyarakat yang memang
melihat kejayaan itu dari segi kebendaan, maka itulah neraca pertimbangan
mereka.
Tapi bagi
kita umat Islam, ada satu takrifan ‘berjaya’ yang sangat jelas yang telah
diperincikan oleh Allah s.w.t dalam al Quran.
“Sungguh berjayalah
orang-orang yang beriman”
(Al Mu’minun:1)
(Al Mu’minun:1)
Ringkas.
Pertamanya orang
beruntung atau berjaya itu ialah orang orang yang beriman, yang mana ciri ciri mereka
diterangkan dengan jelas dalam ayat-ayat seterusnya. Namun dalam ayat ini, erti
kejayaan masih samar sehinggalah kita ke ayat berikut;
“Mereka itulah orang
yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi Firdaus. Mereka kekal di
dalamnya”
(Al Mu’minun:10-11)
(Al Mu’minun:10-11)
Berjaya yang
cuba Allah terangkan (pada fahaman saya) ialah mereka yang mewarisi Firdaus,
bukan calang-calang, syurga yang paling tinggi tingkatannya.
Perhatikan dalam
ayat ini Allah tidak menggunakan frasa “Mereka akan masuk Syurga” tetapi
menggunakan perkataan “Mewarisi”. Seolahnya, sekiranya syurga itu ada geran
pemilikan, maka nama pemilik itu ialah mereka yang berjaya tadi.
Apa bezanya?
Kita tahu,
semua orang yang beriman dengan Allah akan masuk syurga, tapi belum tentu
terselamat daripada jilatan api neraka. Tapi apabila seseorang itu telah pun
diiktiraf akan mewarisi syurga, dapat kita simpulkan mereka ini bila-bila masa
sahaja boleh masuk syurga, tak perlu singgah ke neraka dahulu.
Secara tuntasnya,
Erti kejayaan
yang sebenar adalah apabila seseorang itu dapat masuk ke syurga tanpa disentuh oleh
api neraka. Itulah kejayaan yang sebenar. Itulah sepatutnya erti kejayaan yang
kita semua, umat Islam patut hadam dan imani.
Persoalannya,
Nah,
sekarang kerjaya apa yang dapat menjamin kejayaan ini?
(
__________________ )
Saya tinggalkan
ruang kosong di atas untuk anda isi.
Tapi masih,
pemikiran kita masih berlegar dengan erti kejayaan yang bersifat duniawi,
material semata. Mesej tulisan ini bukanlah bererti tak usah belajar, tak usah
merancang, tak usah ikhtiar, tidak sama sekali, tapi anda faham maksud saya
bukan ? -,-
Apa apa
pun, sampai hari ini, kita yang kononnya nak membawa agenda Islam terpaksa
menolak ketepi takrifan ini kerana tidak selari dengan sisi pandang masyarakat.
Saya tidak kisah kerana besar manfaatnya buat dakwah ini, namun janganlah
mereka yang berada dalam system tarbiyah turut memandang serong orang-orang
yang telahpun ‘gagal’ pada mata masyarakat am.
Bahkan sebenarnya,
tidak ada istilah kegagalan,
Yang ada hanya keputusan.
Yang ada hanya keputusan.
-Inspector
Saahab
2 comments:
Once in a while or well, maybe frequently we'll feel diverted or lost in the current path that we take. The most important thing is to not feel sorry for yourself, but to get up and rise above yourself. Okay, why don't we just take the road, see what's like in the corner, and sure enough there'll be light at the end of the tunnel waiting for us.
I guess something that didn't turn out the way we wanted is a blessing after all. A life lesson that is so valuable it only happen to certain people. And someday we gonna talk about it like nobody's business. Heh.
Thing is, just give yourself a chance first. Cheers bro.
^^
Post a Comment