Hari ni kita bakal mneyambung kisah sirah si pembekal. Heh
Di mana ye kita? Baiklah. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya? Tanya diri anda. Mana nak dapat sagunya. Ok la, mungkin sekarang sudah moden, nak sagu terus beli kat kedai, tak perlu susah-susah mencederakan badan untuk memecahkan ruyung itu. Ok full stop di situ.
Seperti yang sudah saya maklumkan saya ini seorang yang allergic bila datang bab-bab menulis. Namun perkenalan dengan blog membuatkan saya menukar pandapat, menukar persepsi itu tanpa kopromi, tanpa ragu-ragu dan tanpa membuta tuli. Eh macam mana tu. Namun pada awalnya jari jemari ini begitu ligat berdansa di atas papan kekunci berkoloborasi dengan minda separa sedar saya ini untuk memuntahkan kata-kata yang langsung tidak bermakana.
Seperti anda, saya asal dari kampong. Kejahiliyyahan yang berleluasa dan meleluasa dalam diri saya menyebablan saya tidak sedar akan serangan pemikiran yang telah diisytiharkan oleh musuh-musuh kita ke atas saya. Malah, saya begitu larut dalam larutan jahiliyyah itu. Bagai partikel monosodium glutamate yang larut dalam kuah meggi cap ayam belanda sambil menghasilkan bau yang menyentak liang-liang roma. Heh. Rosak akhlak.
Penulisan saya penuh karut dan marut. Tepampang jelas dalam setiap kata sifat sifat saya yang tidak tahu akan kepengtingan melakukan sesuatu untuk agama ini. Sebelum ini, saya faham Islam sekadar menjadi abid kepada Allah s.w.t, Tu pun tidak terlintas dalam fikiran saya yang kita perlu beribadah lebih daripada dua puluh empat jam dalam sehari. Sama seperti anda. Mungkin anda tidak seperti saya. Pembetulan di situ.
Pada mata saya, solat lima waktu sudah memadai. Puasa di bulan Ramadhan pun sudah memadai. Taddarus saya yang bagai hidup segan mati tak mahu itu pun saya kira sudah memadai.
Maka di mana saya menghasbiskan dua puluh empat jam saya sebelum ini? Ini persoalan yang saya tanya pada diri dan saya terduduk terkesima sambil merenung dan mencari jawapan yang mampu memenuhi skema pemarkahan. Adakah portion waktu yang digunakan kearah yang tidak betul itu akan menyumbang kepada pergerakan saya atas titian nanti? Soalan soalan sedemikian membunuh ego saya dengan kejam. Malunya wahai diri.
Berbalik kepada bab menulis tadi, saya mencari kepuasan yang tidak tahan lama. Sebenarnya apa point saya tulis ini? Baiklah. Setelah mendapat nikmat kefahaman, nikmat tarbiyyah saya mula sedar. Namun pada permulaan kesedaran saya memuncak muncak cumanya saya tidak tahu di mana mahu mulakan. Maka tika itu, waktu saya masih lagi diisi dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral, kegemaran masyarakat Malaysia. Heh. Pasti kena saman kali ini.
Setelah dibasuh-basuh, direndam dalam bahan peluntur dan dipansakan dalam ketuhar bersuhu paras berjaga-jaga akhirnya saya mencari alternatif untuk menggantikan hobi yang kurang sihat itu. Cuma kali ini mengambil contoh menulis sebagai salah satu daripada aktiviti itu. Maka adakaah saya behenti menulis?
Sunggunya tidak. Saya yakin di mana ada gula di situ ada semut.
Perkara pertama, saya tahu saya perlu mencari potensi diri dan gunakannya untuk agama saya. Saya dah kemaruk kat Islam ini. Maka pada saat bersejarah dikala bulan mengambang separa purnama, saya menarik dan menghembus nafas lega apabila saya buat blog ini. Buat waktu kini, saya yakin logam saya di sini. Mungkin tidak sebenarnya. Namun sekurang kurangnya saya jadikan pentas huruf-huruf ini sebagai medium untuk berkongsi kefahaman saya.
Semoga ini menjadi hujah kepada saya untuk mencium dan mengetuk pintu syurga Allah yang kekal abadi itu.
Ada kesinambungan dengan hadis logam di sini. Ini cereka saya. Bila kita menerangkan tuntutan hadis itu dengan mengambil contoh kisah perjuangan para sahabah sebelum dan selepas memeluk Islam, aura itu tidak terasa uhmmnya kerana senggang waktu yang jauh. Usai membaca kisah-kisa luar biasa mereka kita mengeluh, ah mereka sahabah, aku orang biasa. Maka kengkawan sekalian, saya pun orang biasa. Ok bukan nak meriak di sini
Cumanya ingin diperjelas bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sepanjang kita hidup ini, sejauh mana sudah kita laksanakan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini? Aim kita adalah untuk memimpin dunia dengan cara Islam, menjadikan Islam sebagai suatu rujukan kepada seluruh alam. Namun di mana hendak bermula?
Kita yang bilis-bilis ini ingin berdegang degung berbahas di parlimen dunia? Maka nescaya kita akan dihalau. Mulakan dengan langkah pertama. Diri kita, dan orang di sekeliling kita. Jika semua faham akan message hadis logam dan tuntutannya saya yakin anak-anak muda tidak lagi menghabiskan masa di celang-celah kota yang suhu tinggi melampu sambil menghembus asap rokok dan menyumbang kepada kemaslahatan kandungan karbon dioksida di atmosfera. Tidak lagi begitu.
Sekiranya kita semua faham akan agama, dengan hati.
Sampai di sini dahulu saya kira…
Bakal bersambung,
Biidznillah..
2 comments:
bagus lah sudah jumpa logam anda .. tajam kan agi untuk DnT ni .. =)
Inshaallah :)
doakan ana :)
Post a Comment