Wednesday, November 6, 2013

BUKAN TENTANG HIJRAH



Sempena cuti hari deepavali semalam saya dan bersama beberapa ikhwah yang lain telah dengan jayanya melaksanakan rancangan hujung minggu yang telah dirancang beberapa hari sebelumnya. Ahamdulillah. Kami pergi menziarah seorang akh di satu Bandar yang namanya dirahsiakan.

Cerita lanjut,

Akan dicerita di lain post, in sha Allah


“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin”
(Az Zariyat:55)


Tak tahu kenapa, tetibe sahaja saya rasa terdetik dan diberi ilham untuk berkongsi apa yang saya faham dari ayat ini. Banyak ibrahnya. Kita boleh taddabur dan ambil pengajaran dari dua sudut, pertama kita sebagai pemberi peringatan, kedua sebagai yang menerima peringatan. Mari lihat satu persatu.

Pada suatu hati di satu sesi bersama dengan ikhwah yang pulang bercuti, usai bertaaruf dan berkenalan, seorang akh diminta untuk memberi sedikit tazkirah, sebagai pelengkap kepada pertemuan tersebut sebelum acara seterusnya (aktiviti membakar ayam, mengihdangi bihun goreng dan memakan bihun goreng, menghabiskan beberapa Tupperware of sandwiches , ok cukup lah sampai di sini) diteruskan.

So akh itu memulakan bicara,

“Sebenarnya ana tak prepare apa-apa pun, tapi dah diminta untuk berkongsi sedikit, so ana akan cuba la. Apabila seseorang itu diminta untuk menyampaikan sedikit perkongsian, tu mungkin ditakdirkan Allah kerana kualiti content apa yang nak disampaikan itu paling kurang pada dia, so Allah nak tegur dan tarbiyah dia.

So kali ini, mungkin ana adalah paling lemah la dalam apa yang ana nak kongsi, sebab tu Allah nak suruh ana tegur diri sendiri dan sampaikan pada hari ini”


Satu sudut yang berbeza.


Ini satu scene, sebelum kita melihat pengajaran ayat di atas,

Dahulunya, di kolej antarabangsa tempat saya belajar, usai solat asar akan ada yang kedepan di surau untuk member tazkirah, membaca hadis atau apa apa bentuk perkongsian yang  relevan dengan keadaan semasa para pelajar. Yang menariknya, biasanya yang tampil muka yang sama. Kalau tak Carlos, mesti Roberto. Kalau tak diorang dua, mesti Lopez. Bukan nama sebenar.


Pertamanya, seruan untuk memberi peringatan ini adalah satu tawaran terbuka kepada semua orang. Siapa siapa pun boleh peringatan, tidak semestinya orang-orang beriman, atau orang Islam semata-mata. Kadang-kadang kita dapat peringatan dari kawan yang bukan Islam, itu juga merupakan peringatan.

Apa yang special tentang beri peringatan?

Disebabkan ia tawaran terbuka daripada Allah, sebenarnya orang yang tampil memberi peringatan sedang menyempurnakan satu haq ke atas Quran yakni beramal dengannya. Orang yang tampil memberi peringatan sedang menyahut tawaran dan seruan ini secara tidak langsung sedang berinteraksi dengan al Quran


Maka marilah kita terus terus member peringatan regardless siapa kita, sejauh mana ilmu dan seburuk mana kita sebenarnya. Peringatan ini tidak semestinya perlu ada perkongsian al Quran atau hadith, tidak semestinya kena buka kitab fiqh, tafseer dan sebagainya.


Sekadar mengajak kawan ke surau, menasihati teman sebilik untuk belajar, mengingatkan orang tentang menghormati ibu bapa, itu sudah dikira memberi peringatan. Benda benda yang orang sudah tahu, Cuma kita peringatkan kerana manusia ini fitrahnya pelupa.

Sangat skema.


Seterusnya, sebagai yang mendengar peringatan, ketahuilah bahawa setiap peringatan itu berguna. Ini tanda kita orang mu’min.

Kadang-kadang kita rasa ada perkara tertentu yang kawan kita ingatkan itu membosankan, lame, kebelakang, padahal bagi setiap mu’min segala bentuk peringatan adalah bermanfaat. Kalau kalau kita mengalami sindrom sindrom tadi, maka status mu’min kita la yang perlu diperiksa.


Ok itu sahaja.

For the sake of having something for November. Heh

In sha Allah nanti bila semua dah lupa apa tarikh calendar hijrah, saya akan berkongsi tentang hijrah. Biasanya first week of tahun hijrah, semua orang tahu tarikh calendar tu kan kan kan.

1 comment:

Qalamqudus92 said...

Bgus carlos, lopez dan Roberto..qudwah hasanah.