Monday, November 25, 2013

SENTUHAN AL AKH #9



Satu hujung minggu kami ada daurah.

Tajuk nya Sayonara Jahiliyyah. Ah tidak kisah la apa-apa pun, di mana, berapa lama, makannya apa. Pokoknya, bukan isi daurah yang aku mahu tulis dalam bingkisan kali ini.

Tapi mahu berkongsi sama kalian, sentuhan ke Sembilan barangkali episode kali ini, bagaimana al akh itu menyentuh qalb akhnya. Ok la. Aku ceritakan sedikit, serba ringkas bicara daurah hujung minggu itu. Di sebuah masjid, baru siap dibina. Bahkan kami jadi pengguna pertama yang menginap di dewan masjid itu. Bukan kebetulan, bukan.


Muwajihnya diimpot khas dari India. Tapi of kos, dia omong dalam bahasa. Orang Malaysia, Cuma belajarnya di India. Waktu itu beliau pulang ke tanah air, cuti. Atau libur? Entah.
Binaan yang datang Alhamdulillah. Kalau tak sedikit ramai.
 
Tapi aku tidak mahu tertipu dengan angka.


Program nya berjalan cemerlang. Ada isi isi. Rohani dan jasmani. Isinya bagus. Penyampaiannya jelas. Yang mendengar kelihatan fokus. Dan mungkin sedikit terhibur. Walau tajuknya berbicara soal mahu menghabisi jahiliyah, beresi yang tersisa, tapi akh muwajih gayanya banyak buat mereka bergelak. Refreshment.

Aku dan beberapa teman yang lain turut serta.


Di satu slot, ada yang bertanya,

“Kalau kita main games itu kira jahiliyah jugak ke bang?”

Atau lagi.

“Kalau bersukan?”

Atau lagi,

“Sahabat sahabat dulu tak berhibur, bergurau ke bang? Tak kan serius je sepanjang masa?”



Menarik lontaran soalan soalan itu. Aku tidak mahu berkomentar sama ada bisa main games atau tidak, di mana dikira jahiliyah bagi seorang al akh. Bukan di sini dan bukan hari ini. Lalu di celah celah menjawab persoalan yang diajukan, akh muwajih selitkan satu kisah.

Yang aku sendiri tidak pernah dengar sebelum ini,


“Eh antum tahu, para sahabat dulu pun bergurau sesama diorang. Ada satu riwayat bagitahu, sahabat dulu pernah bergurau baling tembikai. Nakal kan. Tapi dia baling timun pun sungguh-sungguh la. Sahabat ini bila perang, perang sungguh sungguh, bila main pun main sungguh-sungguh… ”

“Nanti antum boleh cuba la game baling tembikai ni. Biar jadi sunnah game ikhwah. Time nak sambut birthday ikhwah ke, tak payah la baling telur ngan tepung, tu cliché, kita baling tembikai plak. Ke guane?”

Habis!


Panjang lagi kalau mahu ditulis skrip lengkap. Lalu aku biar sampai sini sahaja.


Mata yang mendengar bersinar-sinar. Entah apa dibayangi mereka. Perang tembikai di blok agknya. Habislah! Gawat.


-----------------


Di pertengahan bulan April atau May, aku kurang pasti,

Seorang akh terima panggilan adik adiknya. Mahu jumpa jumpa. Kumpul kumpul, makan makan. Biasa saja. Murabbi mana tidak teruja.

Lalu mereka bergerak bersama sama. Makan di kedai. Surprais gitu. Ada sebijiik kek atas meja. Terperangkap akh itu. Surprais. Sambutan ulangtahun nya entah ke berapa puluh. Mana mungkin dia tidak tersentuh. 

Makan-makan. Sembang-sembang. Pulangnya, mereka singgah di masjid biru. Baru mahu ditunai solat Isha’. Akh itu menjadi makmum hari itu. Solatnya dipimpin seorang akh yang lain, yang gayanya macam master plan of the day.

Usai, solat, mahu begerak ke kereta. Tiba – tiba !

Mereka benar benar praktis game sahabat! Menjadi sunnah games ikhwah yang baharu. Entah berapa biji tembikai dikorbankan. Beretakkan kesemuanya. Dibaling. Ada yang mengena. Memangnya bisa sahaja akh itu mengelak, tapi dia lalu akur dan merelakan sahaja.


----

Di saat dia lemah, lalu akh itu membayangkan antara detik detik manis atas jalan ini. Inilah dia antaranya. Kerana tidak mungkin di saat dia meneruskan pelayaran, hati kecilnya tidak mempersoalkan pelayaran itu. Kadang-kadang hati itu lebih dari sekadar mempersoal. Membuatkan akh itu ragu.


Namun, hari hari semalam mengembalikan dia ke perbatasan, kembali teguh. Terima kasih kepada al akh, kerana dengan sentuhan. Tidak ada penafian lagi, akh itu sering dan sekali lagi tersentuh.
Semoga Allah teguhkah hati aku dan engkau atas jalan ini.

Sentuhan al akh !



Bakr ibn ‘Abdullah menceritakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah radhiyallahu anhum bergurau membaling-baling tembikai sesama mereka. Tetapi apabila tiba urusan yang penting, mereka menjadi lelaki-lelaki yang sejati”
 [Al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari no. 266]



men behind the scene
 
Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar pengikut yang ditarbiyah (ribbiyun). Mereka tidak lemah kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah.

Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar

3:146

11 comments:

Anonymous said...

Nak tanya,kalau baling tembikai tu tak kira membazir ke?termasuk juga tepung dan telur kan?Cuma curiosity sahaja ^^

Inspector Saahab said...

hehe, saya dah agak soalan ini akan muncul.

jawapan nya memang membazir.
hakikatnya membazir. melihat kepada konteks dan keadaan, mungkin tak.

nk senang baling la bantal ke. tapi boleh control la kan. mungkin baling tembikai, pastu sambut sambut ke

err

Inche gabbana said...

Ke'Indon'an semakin terserlah... -..-"

Asyik tersentuh je. Bila pulak nak menyentuh..? Heh.

Cendol bakarrr jommm! :D

نور توفيقة ادريس said...


Memang minggu ni minggu tarbiyyah "nak buat something, sila buat sungguh2".

:'|

From the moment i reached ur last post sentuhan al akh 8 (ye kot. the one u quoted the writing of Uncle Abbas As Sissy about Uncle Hassan), it switched me on, n i've been trying my best to do things bersungguh sungguh.

"Iradah qawiyyah."

Not everything is easily done as much as how we easily have it spoken

When my so- called flaming spirit is weakening, there you come with kisah tembikai dan sahabat2 yang gagah perkasa sekali.

Jalan cinta para pejuang ni ramai pejuang, kan *senyum ikhlas- jangan risau, i'm a mother*



lemonaiss said...

Kolej cendana

Anonymous said...

salam.

jahiliyyah yang external, bagi akh to what extent kita kena tolak?

kan org label syadid apa segala bagai...

err, paham tak? mcm serabut sikit ayat ni ==

Inspector Saahab said...

at taqwa ha huna ;)

Inspector Saahab said...

lemonais : haah. cendana. anda dari situ ?

Anonymous said...

kolej cendana uitm ker?

Inspector Saahab said...

used to. why ?

Anonymous said...

penulis ni org indon ke ?