Impak yang
sangat besar apabila sesuatu yang seakan akan sudah sahih menjadi milik kita,
tiba-tiba di saat akhir bertukar tangan, jadi yang sebaliknya. Lebih lebih lagi
apabila ia merupakan sesuatu yang kita perjuangkan sejak sekian lama.
Ada dua
contoh.
Jika anda
peminat bolah sepak, perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pasti
masih diingati. Kelantan telah mendahului dengan satu jaringan sejak minit ke
76 (kalau tak silap) dan berjaya mengekalkan kedudukan sehingga ke masa
tambahan. Tapi bahana yang berlaku dalam tempoh masa tambahan empat minit itu,
Terenganu berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Daudsu, dan
Terengganu memenangi perlawanan itu apabila akhirnya mata seri mengheret
perlawan ke masa tambahan 30 minit.
Impaknya,
sampai hari ini kekalahan saat akhir ini menghantui pemain dan peminat bola
sepak Kelantan. Eh yeke?
Andai jika
takdir Kelantan terus mengekalkan kedudukan satu jaringan di depan sehingga ke
wisel penamat, ia mungkin suatu kebahagiaan namun kenangan biasa-biasa sahaja. Kerana
kebahagiaan yang sudah dijangka. Bagi kem Terengganu pula, mereka menang di
saat besar kemungkinan mereka akan kalah. Lantas memori itu kekal lama. Sehingga
ke hari ini.
Lagi,
Pilihanraya
umum yang lalu, dari awal sudah digembar gemburkan bahawa Pakatan Rakyat
berjaya mendahului Barisan Nasional dan dikatakan bakal menerajui kepimpinan Negara.
Bersorak sakan mereka yang berdiri di belakang PR.
Namun,
entah magic apa yang berlaku, dipusingan akhir pengiraan undi, nasib
menyebelahi BN. Menyebabkan peristiwa hitam it terus segar dalam ingatan
penyokong PR hingga ke hari ini.
Kedua peristiwa
ini membenarkan satu prinsip mudah fizik dari sudut psikologi yakni prinsip
frequency, ataupun kekerapan. Dalam hukum fizik, kekerapan berkadar songsang
dengan masa, kerana formula bagi frequency ini ialah,
F= 1/T
Maknanya,
semakin tinggi kekerapan, semakin kecil masa. Semakin tinggi kekerapan untuk
menang semakin singkat masa keraian kemenangan tersebut. Dan semakin rendah
kekerapan untuk kalah, semakin lama dan panjang tempoh penderitaan pasca
kekalahan.
Di sebabkan
Kelantan dan PR mempunyai kekerapan atau frequency untuk menang yang sangat
tinggi, masa keraian sekiranya mereka menang tidak akan tahan lama. Dan disebabkan
keduanya mempunyai kekerapan untuk kalah yang rendah, tempoh penderitaan apabila
keduanya benar benar kalah berpanjangan sehingga ke hari ini.
Saudara,
Kerana
itulah, mereka yang menghabiskan begitu banyak masa berjuang, begitu Allah
izinkan kemenangan atau hasil pengorbanan mereka berbuah, biarpun baru beberapa
ketika, tapi jiwa mereka akan merasa bahagia yang tidak terhingga. Kerana
biarpun kemanisan itu baru menjelma sesaat berbanding penderitaan yang lebih
“kerap” menghiasi perjuangan mereka, namun, kerana masa itu berkadar songsang
dengan kekerapan, kebahagiaan itu seakan lebih manis berbanding kesedihannya.
Inilah
mesej yang hendak di sampaikan oleh Rasulullah
dalam satu hadis Riwayat Muslim
“….Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita
kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu
celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau
melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak!
Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak
pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Langsung, lelaki itu yang kerap kali, bahkan mungkin
sepanjang hidupnya menderita dunia, dan ditakdirkan dia masuk syurga, dengan
satu celupan sahaja, semua penderitaan di dunia seakan tiada membawa makna.
Begitu juga sebaliknya, dalam hadith yang sama, dikisah,
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat
kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu
celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat
kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah,
wahai Tuhanku!”.
Satu celupan neraka,
membuatkan lelaki itu terus lupa akan nikmat dunia. Kekerapan nya hidup
bersenang dan paling mewah dunia tidak lagi bererti.
(Rujuk Hadith ; http://drmaza.com/home/?p=552)
Maka
buat para du’at di luar sana yang hari harinya penuh dengan cabaran, mehnah dan
tribulasi, dicerca dan disisih, buat mereka yang ditindas semata kerana ingin
menegakkan agama, buat mereka yang disindir semata kerana hendak beramal dengan
ad deen ini, ketahuilah bahawa kekerapan itu berkadar songsang dengan masa.
Sabar
dan nantikanlah waktu keraian mu di syurga sana.
2 comments:
Mnemonic!
saya kurang mengerti :3
literal atau figurative meaning
Post a Comment