Friday, November 29, 2013

SENTUHAN AL AKH #10




“Dakwah adalah hidup. Suatu nikmat yang bukan semua manusia mampu rasai. Namun, selagi ada dakwah, selagi itu hidup akan menemani jalan dakwah itu sehinggalah ke akhir hayat. Aku tahu, kesusahan dan kesenangan adalah sebahagian daripada teka teki di jalan dakwah ini.

Kita akan terus dan terus berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi teka teki itu. Dan aku memilih kesenangan sebagai jawapannya. Selamat tinggal. Maafkan segala kesilapan aku sepanjang bekerja dalam jemaah ini. Andai kata ada hutang dengan kau, mohon PM untuk dilangsaikan”


Akhi ?


Tidak ada yang lebih kaget selain mendapat berita seorang al akh yang benar amal shalihnya, yang dahulu aku makan berdulangan dengannya, yang dahulu memimpin solat kami di medan ini, yang dahulu kami sama-sama tangisi sakitnya bila ukhuwah dihinggapi penyakit, memilih untuk meninggalkan gerabak ini, tidak ada yang lebih kaget dari itu.


Lagi lagi dari seorang akh yang dahulu pernah menjadi tempat rujuk, yang menjadi tempat aku mendapatkan sedikit kekuatan, sumber motivasi walau aku justeru faham bahawa tiada hamba yang dapat memberi manfaat mahupun mudharat kepada hamba yang lain melainkan dengan izin Allah..

Lagi-lagi al akh yang pernah menyentuh sudut hatiku yang paling dalam,


“Aku gamble je ni, tak nampak dah”

“Hmm, kau tahu asas thiqah binnafsi?”

“Tahu, asas yakin kepada diri kan?”

“Tu transalation dia, apa asasnya?”

“Ok. Tak tahu”

“Thiqah biLlah”



Terkesima aku dengan jawapan itu. Langsung memberi kekuatan. Ye, al akh yang mengajari aku perkataan ini, thiqah biLlah. Yakin dengan Allah.

Aku terus terusan kaget.


“Whatever it is, we’re still friends right? As persahabatan itu kerana Allah, bukan kerana dakwah, kan? Uhibbuka Fillah ”

“Apa masalah?”

“To forwarded message la”

Ya Allah.
Lihat la oleh kalian bagaimana akh itu menyentuh qalb akhnya.


“Realitinya memang ada ikhwah yang pilih untuk jadi alumni, walaupun dah lama atas jalan ini. Jadi syukurilah nikmat dakwah ini sebab tak ramai rasa dakwah ini satu nikmat, tapi dirasakan beban. And kalau kita bersyukur, sepatutnya syukur itu diterjemah dalam amal kita, maka sepatutnya semakin kencang kita berdakwah

Allah yang tsabatkan kita atas jalan dakwah, bukannya kita tsabat kerana amalan kita, langsung tak. Oleh itu perbanyakkan doa agar kita terus tsabat. Kerana tak mustahil satu hari nanti kita memilih untuk tinggalkan dakwah, juga tak mustahil, satu hati nanti kita akan……”

Kalian,aku tidak bisa sambung lagi.

Dakwah itu nikmat, syukurilah dakwah dan nikmatilah ia!

Terima kasih atas sentuhan mu,

Sentuhan al akh !

2 comments:

Anonymous said...

Sumpah sedih!! Knape nak jd alumni?

Inspector Saahab said...

itu forwarded msg