Dari seseorang yang saya baru kenali,
dan kami berdua baru cuba mengenali dakwah dan tarbiyah
“Seronok
buat benda ni. Tapi sayang dapat kat sini je. Bila kita lepak lepak dengan
member lain, diorang mesti ajak pergi enjoy, tengok movie, main games dan macam
lagi. Tapi diorang tak tahu, benda ni pun enjoy jugak sebenarnya”
‘Benda ni’
‘Enjoy’
Tempoh hari,
tangan dari batang tubuh yang sama berkongsi di muka buku, usai membaca
beberapa halaman majalah JOM yang dihadiahkan oleh sahabat beliau yang baru
beliau kenali dan mereka berdua yang baru cuba mengenali dakwah dan tabiyah,
Tulisnya,
[ "Thanks for
entertaining me in dakwah". Fuhh mahal ayat sorang reader ni.. Tapi cukup
tepat untuk gambarkan isi hati aku sekarang.. ]
Saya memilih
untuk bersyukur dan bergembira. Dan saya berharap kegembiraan ini tidak akan
berakhir di sini. Namun saya akan terus mencuba untuk bersyukur. In sha Allah
Katakanlah,
“Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya
untuk hamba-hamba Nya dan rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semua itu bagi
orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka
sahaja) di hari kiamat”
Demikianlah
kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui
7:32
Ramai yang
menggunakan ayat ini sebagai dalil bahawa Allah tidak mengharamkan perhiasan
untuk hambaNya, tidak menghalang kita untuk berhibur dan enjoy. Cuma, sering
saya tertanya apakah neraca yang Allah cuba sampaikan mengenai perhiasan,
berhibur mahupun enjoy sama dengan apa yang kita fahami?
Tapi kali
ini, saya makin memahami maknanya.
Membaca dan
cuba mentaddabur ayat cintaNya bersama teman teman seperjuangan di saat kita tahu usaha itu diperhati dan in sha Allah diganjari, bukankah itu suatu hiburan? Bangun
di sepertiga malam tatkala yang lain masih tidur, hanya kita dan Rabb, mengadu dan merintih bukankah
itu suatu yang menghiburkan?
Merangkak,
berjalan dan berlari bersama mereka yang mempunyai matlamat yang sama dengan
kita, atas panduan al Quran dan Sunnah, merempuh segala cabaran dan rintangan,
mehnah dan tribulasi, ujian dan fitnah, bukankah itu suatu yang cukup
menghiburkan?
Sedar bahawa
kita punya tujuan hidup, bahwa kita bukanlah diciptakan sia-sia dan lebih manis
kita sedang berusaha untuk memenuhi tuntutan tuntutan tersebut di muka bumi
ini, bukankah itu cukup mengujakan?
Bertemu dan
berjumpa, berkenalan dan bermesra dengan figura figura yang hebat, yang setiap
detiknya seharian digunakan untuk menegakkan kembali ad deen di muka bumi ini,
yang saban hari lelah berfikir seputar menghidupkan jiwa umat yang makin tandus
dan gersang, yang hamassahnya besar, bukankah itu suatu yang cukup
menyeronokkan?
Belajar mengenali
ad deen ini, cuba memahami nya, cuba memenuhi tuntutannya, memperdalam sunah ar
Rasul dan berusaha berjalan atas jalan sunnah, berusaha memenuhi tanggungjawab
sebagai umat Muhammad dan belajar untuk mencintai baginda, apakah ada hiburan
yang lebih jiwa dambakan dari itu?
Benar,
“Demikianlah
kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”
Hanya yang
merasai, mengetahui lalu memahami.
Kita semua,
perlu kembali memaknai perkataan ‘enjoy’ kerana memang tidak ada salahnya jika
yang kita fahami itu berada di bawah naungan al Quran
Di
lautan nikmat dua makhluk berpisah
Yang satu menyelam yang lain tenggelam
Kau tahu apa bedanya ?
-Salim a Fillah
Yang satu menyelam yang lain tenggelam
Kau tahu apa bedanya ?
-Salim a Fillah
No comments:
Post a Comment