Tawakal.
Satu perkataan
yang cukup besar pengaruhnya dalam kehidupan manusia. Sejak dari kecil lagi
sudah kedengaran di gegendang telinga kita, saya sendiri tetang perkataan ini,
namun setelah sekelian banyaknya hari, minggu,bulan bahkan tahun kita mendiami
bumi Tuhan ini, masih lagi kita gagal memaknai dan menyelami erti bertawakal
kepada Allah.
Tawakal,
secara kasarnya mewakilkan atau mengembalikan urusan kepada Allah s.w.t, kerana
setiap perkara itu tidak akan berlaku melainkan dengan kehendak dan izin Allah.
Biasanya kita sering dengar kata-kata, dah usaha kemudian kita tawakal.
Tapi kata
murabbi dulu, sebelum usaha lagi kita kena bertawakal. Tidak bermakna kita
bertawakal tanpa usaha, tapi kita mengimani bahawa usaha kita itu bukanlah satu
kuasa yang dapat memberikan hasil. Hasil di kemudian hari tidak boleh
disandarkan pada usaha. Maka, kita bertawakal.
Suatu ketika
dahulu,
Saya tersentak
dek status murabbi dahulu;
“Burung-burung
keluar pagi balik petang mencari rezeki. Tawakkal mereka kepada Allah begitu
tinggi. Tiada pernah ku dengar burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan
minggu hadapan. Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap
hari. Kenapa aku tidak setawakkal itu?”
Hmm.
Saya kira para daie la orang paling
membutuhkan tawakal kepada Allah berbanding orang-orang kebanyakan. Kerana sepanjang
meniti jalan dakwah ini, kita berhadapan dengan hati hati manusia yang mana
kita tidak ada sedikit kuasa pun untuk menarik dan memenangi mereka. Meskipun
segunung emas kita tawarkan. Ok kalau segunung mas mungkin kena consider balik.
Heh.
Dalam surah al Ankabut Allah berbicara tentang
ganjaran syurga buat orang yang beramal, bekerja. Saya rasa ayat ini cukup tepat
menggambarkan kondisi seorang du’at.
Dan
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya
akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang
mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah
sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,
(yaitu)
yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.
Al
Ankabut:58-59
Sabar dan tawakal, kombinasi yang cukup menarik yang mana mungkin Allah semborono padankan kedua dua elemen ini.
Usah berbicara soal sabar dalam kehidupan da’ie, kerana kita cukup masak dengar sifat sabar yang sangat indah yang dipamirkan oleh generasi yang terlebih dahulu melalui jalan ini.
Tapi mari kita hari ini merenung sejenak,
seputar perkataan tawakal dalam beramal.
Ya. Juga mana mungkin kita mampu beramal atas jalan ini tanpa ada sifat tawakal, tanpa pergantungan yang seratus kepada peratus kepada Allah s.w.t. Ini kerana selain daripada berhadapan dengan jiwa jiwa manusia yang kita langsung tidak berkuasa ke atas mereka, akan tiba juga masa-masa dakwah meminta kita untuk memberikan lebih daripada yang kita ada.
Hanya orang mampu berkorban mampu beramal atas jalan ini. Pengorbanan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Bahkan Ibnu Jauzi menyimpulkan dengan kata-kata yang cukup membekas,
“Langkah pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa”
-Muntalaq
Nah !
Maka apa pula yang harus dikorbankan untuk langkah seterusnya?
Dan, dan orang yang benar benar hebat tawakalnya mampu berkorban ke tahap itu. Ada masa dakwah meminta waktu kita, lebih daripada yang kita mampu beri. Sehingga kita terpaksa meletakkan urusan di kantor ke tepi. Sehingga kita tidak punya banyak masa untuk menelaah pelajaran. Sehingga kita tercari cari waktu untuk dinafkahkan kepada keluarga.
Di saat kita itu, kita dilemma. Kerana biasa sahaja kita hilang kerja. Bisa sahaja belajar kita merosot lalu dibuang kuliah. Bisa sahaja keluarga kita berdemontrasi dan flash mob bagai menentang kita. Lalu kita ragu ragu dan akur. Kita tinggalkan medan ini. Kita bukan lagi orang beramal.
Ada masa kita terpaksa korbankan wang lebih daripada apa yang kita ada. Wang saku makan harian kita harus dikerdilkan jumlahnya. Wang untuk beli alat tulis di kuliah harus diperhalusi. Wang gaji usai penat lelah bekerja harus dilabur untuk program tarbiyah. Seterusnya kita bingung.
Kereta yang belum tamat berbayar. Bil bil keliling pinggang. Wang yuran yang tertunggak. Nafsu makan yang sudah lama tidak disantuni. Kita tersepit. Lalu akur dan memilih untuk meniggalkan sahaja gerabak ini.
Rasanya, hubungan paling dekat aplikasi tawakal adalah dengan rezeki yang ada. Kita dilemma. Kalau kalau gara-gara ingin beramal, rezeki justeru bakal berkurangan. Kita risau kalau semata kerana memilih untuk beramal di medan yang muntij, kita tolak satu peluang pekerjaan, atau memasuki bidang yang mungkin tidak menjanjikan peluang pekerjaan atau gaji yang lumayan kita bakal mati kebuluran.
Kita risau untuk berinfaq lebih dari ala kadar. Kita risau untuk meminjamkan motor, rumah, kereta dan segala kelengkapan yang kita ada untuk dakwah. Kita risau untuk turuti permintaan permintaan dakawah, hilanglah mata pencarian kita.
Di akhirnya, kita memilih untuk tidak beramal kerana tiada tawakal.
Tidak hairanlah,
Tidak hairanlah sambungan kepada ayat surah Al Ankabut tadi Allah mengajari kita untuk belajar bertawakal dengan binatang. Belajar bertawakal soal rezeki supaya kita terus dapat sabar untuk beramal.
Dan
berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya
sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Al
Ankabut:60
Cukup cantik saya kira.
Status mukabuku dan ayat Quran ini, keduanya mengajari kita untuk bertawakal di saat kita berada atas jalan ini. Supaya kita jadi orang yang beramal. Supaya kita bisa meraih gelimang pahala lalu menempah sebidang tanah di syurga.
Maka saudaraku,
Bertawakal lah kepada Allah !
2 comments:
T.T
wei semo' ?
:O
Post a Comment