Aku terkesima.
Seluarnya agak ketat. Dia
menutup aurat tidak begitu sempurna. Lengannya terdedah. Tetapi dalam bas,
tatkala ada yang tua naik ke dalam bus, dia yang terlebih dahulu bangun memberi
tempat duduknya pada yang tua. Mengalahkan rakan-rakan yang lebih baik penampilannya,
yang terus duduk tanpa rasa apa-apa melihat makcik makcik sudah berusia
berdiri.
Aku terpegun.
Di tangannya ada
sebuah gitar. Entah lagu keras apa yang dimainkan. Larut dalam mimpi di luar
tidur. Di bibirnya sepuntung rokok. Disedut dan dihembus asap berkali-kali. Seolah-olah
puas. Tapi bila diajak bersolat, terus dia akur. Wudhuk diambil. Sejadah dia
yang bentangkan. Iqamahnya penuh syahdu.
Aku kaget
Datang ke kelasnya
lambat. Mulutnya sering berbau asap rokok. Jeans nya koyak-koyak. Baju nya
singkat. Terangkat-angkat waktu duduk di bangku. Lalu terdedahla yang di dalam.
Tapi di bangku makan, saat aku mahu bayar makan tengah hari ku, dihalangnya,
katanya dah bayar untuk aku. Hari Jumaat. Sedeqah sikit katanya.
Aku terpesona
Gelaknya bagai jin
lapar. Carutan keluar bagai air terjun. Yang
lain berkata, sepuluh yang keluar darinya, sebelas tak boleh percaya. Sembangnya
kencang. Tapi suatu ketika di meja makan, datang penjaja keropok yang sudah
uzur, puluhan tahun usianya, pantas, dia
yang terlebih dahulu menghulur wang, melegakan wajah si penjual.
Aku terkejut
Bagaimana bisa aku
boleh berasa takjub?
Kerana aku menilai
pada luaran lantas bersangkaan.
Dan paling aneh, masih
ada kemuliaan di sudut dalam mereka ini, dan aku yang kononnya mencari
hati-hati yang perlu diisi, entah kenapa aku sia-siakan kesempatan ini.
Yang paling membekas,
walau dengan kefahaman hari ini, belum tentu ada kebaikan kebaikan tadi dalam
sudut paling dalam, dalam hatiku ini. Lantas aku merenung jauh ke dalam diri,
melihat satu sudut, ada atau tidak sensitivity ini.
Aneh sungguh manusia
manusia ini.
Benarlah kata Syed
Quttb;
“Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan
dapati di sana kebaikan yang banyak yang barangkali mata tidak dapat melihatnya
pada awal pandangan”
“Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani
sehingga ke peringkat yang kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras
luaran yang manusia gunakannya untuk menghadapi kehidupan demi untuk bertahan.
Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu,
zahirlah buah manis yang menyelerakan.. buah manis ini hanya tersingkap kepada
sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya.. dengan keyakinan
terhadap kasihnya.. dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan,
kesilapan dan kebodohan mereka..dengan sedikit berlapang dada pada peringkat
awal menjamin untuk merealisasikan itu semua.
Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang..”
9 comments:
sungguh kita ini banyak bersangka-sangka.
kata Prof Muhaya, jangan kita pernah rasa lebih baik dari orang lain. Setiap orang ada potensi untuk jadi baik.
lihat pada yang belum muslim, semua ada potensi utk jadi baik. Hari ini dia ucap syahadah, esok meninggal, bulat-bulat syurga untuk dia.
Sedang kita yang muslim ini pun, belum tahu.
-seperti kata-kata Prof Muhaya dalam slot ikim fm.
Wallahua'lam.
Zassssss
k sambung stdy
dalam diri setiap manusia itu punya kebaikan. dan serius hati yang indah sahaja mampu melihat keindahan.
dan berapa ramai sebenarnya yang menanti untuk disantuni tetapi kita terlebih dahulu menghakimi.
oh homosapien ini teramat pelik. astaghfirullahalazim.
moga kita tak lupa. kita semua manusia. yang sama2 pernah silap
terkadang, kerana sangkaan kita itu akhirnya bukan hanya mematikan hasrat manusia lain tetapi turut mematikan hati sendiri. wallahualam.
manusia :
ok anda memang nk attack saya.
salam, inspector.
mohon jadikan ilham utk menulis.
benar.
apabila kita melihat manusia itu secara dekat, kita sendiri akan malu dengan diri sendiri.
what a beautiful life which is full of colours...
;)
setiap orang ada potensi..pernah suatu ketika nabi saw ditegur sendiri oleh Allah kerana xlayan dahulu orang buta dek kerana nk buat dakwah khususi kat pemimpim rom(rom ke) dalam surah Abasa(kalau xsilap)..:)
#mfibangi
enonimos ; betul :)
Post a Comment