Siapa sangka.
Aku bertemu
dengan seorang al akh hari ini. Di saat pagiku yang penuh dengan kemalasan,
usai solat Jumaat aku pamit meninggalkan masjid itu. Pada awalnya berniat untuk
ke kelas. Namun setelah hampir dua puluh atau barangkali tiga puluh minit
menunggu bas, tiada tanda tanda ia bakal muncul.
Lalu aku
ubah direksi nya.
Ke Masjid
Jamek!
Tempat kegemaran
di waktu lapang. Ke kedai kedai kedai buku yang berlambakan di satu bangunan
yang tidaklah indah pada permukaannya, atau pada pandangan mata kasar tapi
cukup menyediakan material mengisi jiwa. Adapun bangun malam itulah aktiviti
yang paling mengisi. Sebenranya memang aku ada hajat mahu membeli sebuah buku
fikrah.
Ok.
Entah kenapa
kali ini aku menulis terlalu jujur.
Di saat aku
asyik meneliti sebuah buku tulisan Abu Ammar, sarat dengan mesej dakwah sekitar
pengalaman beliau yang sudah lama menapaki jalan ini, mesej sekitar
hambatan hambatan di jalan dakwah, di saat itu ruh aku bangkit, ada satu ruh
lain yang menyapa dari belakang lalu ruh kami bersatu. Epic!
Subhanallah
!
Apa lagi
kalau bukan takdir.
Ketemu al
akh seorang ini yang aku rasa tiada kepentingan untuk aku garap di sini
siapakah gerangan beliau. Akh yang dahulu kami bersama-sama belajar mengenal
perkataan dakwah di kolej. Namun dia setelah itu menyambung kuliahnya ke
perantauan. Dipilih Tuhan untuk berbakti di negeri orang.
Sudah agak
lama.
Dan entah
kenapa. Entah kenapa pertemuan singkap ini begitu hangat. Aku dan dia dahulu
tiada la selalu sangat bersembang. Yela, walau aku ligat menyusun abjad abjad
huruf di alam maya ini, hakikat di dunia reality aku ni boleh tahan pemalu.
Oh entah
kenapa aku jujur lagi.
Lalu kami
bersembang. Jujur aku kata, walau bertemu dengan figura yang aku kenal atas
jalan dakwah, tapi belum tentu pokok bicaranya seputar dakwah dan tarbiyah. Tidak
kurang bahkan sering, pertemuan pertemaun sebelum ini dengan sekelian banyak al
akh, berakhir dengan omong kosong juga.
Atau mungkin
aku yang buta menghitung.
Persetankan.
Tapi kali
ini, atau memang tiap kali, akh ini memang aku kagum dengan intipati bicara
dia. Tidak tersasar jauh merewang ke negeri Sembilan atau ke istana kayangan. Pasti
dakwah dan tarbiyah. Kami berkongsi cerita, pengalaman dan perkembangan. Sudah pastinya
diawali dengan soalan soalan formality bertanya khabar, setelah sudah sekian lama tidak
bertemu.
Berbicara isu
isu yang hangat di tanah air dan di negeri sana.
Dari sudut
itu, sudah cukup untuk menyentuh aku. Keraiannya dan bicara dia. Atau aku
memang asyik asyik terlalu mudah tersentuh ?
Entah.
Yang pasti,
ada biacara beliau yang mahu aku sampaikan kali ini.
Diajukan kepada
aku satu soalan, aku ditanyanya soalan?
Memang silap lah!
Memang silap lah!
“Aku
tertanya tanya. Macam mana nak tahu kita dah ditarbiyah. Ada tak buku yang cerita
pasal apa itu tarbiyah, cabang-cabang dia, materi materi dia?”
Begitu bergelora
semangat di matanya.
Mungkin pada
kalian entah apa punya soalan, tapi ia buat aku berfikir sejenak. Entah. Aku tiada
jawapan untuk itu. Kerana secara jujur, beliau cukup arif apa itu tarbiyah dari
sudut teorinya. Aku yakin soalan itu mahukan jawapan yang hidup. Yang membumi.
Lalu aku
diam. Sediamnya.
Kami setelah
itu berangkat ke suatu tempat.
Makan makan. Sebelum aku berangkat ke kelas. Sempat la berkongsi sedikit atau tak banyak apa yang berlaku sekitar waktu antara dua pertemuan.
Makan makan. Sebelum aku berangkat ke kelas. Sempat la berkongsi sedikit atau tak banyak apa yang berlaku sekitar waktu antara dua pertemuan.
Entah. Ia cukup
menghidupkan.
Diakhiri dengan
mesej ringkas sebelum berpisah lagi,
“Kau jaga
diri kat sana”
Terharu.
Biasanya akulah
yang ucap dahulu sepotong ayat ini. Tapi kelihatannya kali ini aku lebih
memerlukannya. Dan ternyata kata kata keramat itu sampai kepadaku. Dari seorang al akh yang tidak
kurangnya berbisa. Lagi-lagi akh itu menyentuh qalb akhnya.
Jaga diri.
Besar maknanya.
Aku ke
Kampung Baru, dia ke Nilai.
Laluan yang
bertentangan, tapi destinasi kami sama.
Ke syurga!
2 comments:
TT_TT baguus sekali. siapa kah al akh itu? negeri manakah dia berbakti?
gaya penulisan sudah semakin mirip salim a fillah. ewah.
Hmmmm.
Post a Comment