Dewasa
ini (cewah) kita sering digembar gemburkan oleh media massa tentang pergelutan(
dah macam wrestling) dan kes cakar mencakar antara orang agama di peringkat
dunia mahupun di peringkat kecil kecilan seperti di Malaysia yang aman damai
ini.
Ada kes
tuduh menuduh sesama mufti dan bekas mufti. Para asatizah kata yang ini betul,
yang ini tidak betul. Timbul buku buku bertopengkan agama yang betujuan
memburukkan individu individu itu dan ini. Gerakan gerakan Islam yang tidak
habis habis bertikam lidah. Diburukkan lagi dengan komentar komentar tidak
matang di alam maya oleh mereka yang buat-buat tahu.
Dan banyak
lagi. Akhirnya, rakyat yang marhaen, yang baru bertatih hendak melazimi membaca
al Quran, yang baru hendak beramal dengan agama ini keliru. Mereka kecewa
dengan orang agama yang seperti harapkan pagar, pagar runtuh. Kecewa dengan
golongan berserban yang indah khabar dari rupa.
Lalu Quran
ditinggalkan. Silap haribulan agama ini ditinggalkan.
Dek persengketaan ‘orang agama’.
Dek persengketaan ‘orang agama’.
Ni diperingkat
‘atas sana’.
Tidak kurang
meriahnya perang mulut, perang mukabuku, perang wassep, perang wechat, lines
dan macam-macam perang lagi yang berlaku dalam kalangan para duat, (atau bukan
duat pun in the first place?) di peringkat akar umbi. Cuma mungkin kisah mereka
ini tidak disiarkan di mana mana akhbar kerana tiada pihak yang berminat.
Atau bukan
politics-based issues.
Apa dah
jadi ?
Kata Malaysia aman?
Kata Malaysia aman?
Di mana
harmoninya Islam ?
Bukankah Islam itu sejahtera?
Bukankah Islam itu sejahtera?
Emosi.
Firman
Allah SWT:
Maksudnya: " Sekiranya kamu tidak
berperang nescaya kamu akan dikurniakan azab yang pedih dan Dia menggantikan
kamu dengan kaum yang lain"
(At Taubah :39)
Imam Ibnu
Taimiyah dalam mentafsirkan ayat ini berkata:
"Kemungkinan azab itu diturunkan daripada
Allah dan kemungkinan azab itu dengan tangan manusia sendiri. Apabila manusia
meninggalkan jihad di jalan Allah, kemungkinan Allah akan menguji mereka dengan
menjadikan permusuhan dikalangan mereka sehingga mereka terjerumus kedalam
fitnah sebagaimana yang berlaku.
Kerana manusia apabila sibuk dengan berjihad di
jalan Allah, Allah akan menyatukan di antara hati-hati mereka dan membina
kasih-sayang antara mereka dan dijadikan kepedihan kepada musuh Allah dan musuh
mereka. Apabila mereka tidak berangkat ke jalan Allah, Allah akan mengazab
mereka dengan menjadikan mereka berpecah-belah dan bermusuhan sesama
sendiri."
Terbakar.
Begitulah komentar Ibnu
Taimiyah tentang fenomena ini. Jawapan kepada permasalah yang timbul. Sebab apa
timbulnnya pergolakan dalaman ini, kerana orang agama sudah lari dari trek
asal perjuangan mereka. Mereka mungkin masih memegang status pendakwah, ustaz
atau apa-apa gelaran yang sesuai, tapi focus mereka sudah pun lari. Tugas utama
sudah dibuang ke tepi tepi sungai, di makan anak anak ikan. Heh.
Baiklah.
Ini pula huraian saya
seputar tafsiran ayat ini oleh Ibnu Taimiyah mengikut apa yang saya faham. Kalau
tak setuju dengan apa yang terkandung dalam blog ini , “Sila keluar dari blog
ini” Heh. In sha Allah kalau tak setuju kita sama-sama pindah ke mana-mana.
Secara umumnya,
beliau cuba menafsirkan ada dua azab yang bakal menimpa para duat, yang sudah
diajak untuk “berperang” dalam ayat itu, atau
dalam konteks sekarang buat kerja dakwah, beramal dengan amal yang
sama-sama difahami oleh para duat, tetapi apabila mereka tidak melakukan hal
sedemikian mereka menolak.
Azab pertama
adalah yang di akhirat sana, yang hanya Allah sahaja yang tahu. Allahu’alam.
Azab yang
satu lagi pada tafsiran beliau adalah pergaduhan dan perbalahan sesama para
duat di dunia lagi, akibat banyaknya masa lapang, akibat meninggalkan medan
jihad dakwah, akibat menolak seruan beramal.
Ada logiknya.
Sebelum itu,
para ikhwah dan akhawat yang membaca, sila relatekan isu ini dengan situasi
akar umbi, bukan melihat kepada drama-drama kafir-mengkafir, syiah-mensyiah,
dan kagum-mengkagumi peringkat kebangsaan yang layak mendapat Grammy awards itu sahaja.
Yang logiknya,
Apabila kita
yang banyak masa terluang ini, mulalah kita melihat kepada amal orang lain. Mulalah
kita cemburu. Lalu kita memasang zhon, atau prasangka-prasangka yang banyaknya
adalah dosa. Maka prasangka ini disebar dari mulut ke mulut, kemudian dengan
bantuan teknologi habis satu dunia tahu. Boo.
Selain itu,
dek banyaknya masa terluang, mulalah kita libatkan diri dengan jidal atau
perdebatan yang melucukan serta tidak pernah habis antara puak-puak dan
aliran-aliran. Mulalah kita semua menjadi pahlawan papan kekunci dan
mengeluarkan hujah hujah bernas di alam maya, seolah-olah kitalah yang paling
betul.
Di samping
itu, akibat banyaknya masa terluang, kita mula melabel label. Ada golongan yang
kita label sebagai radikal. Ada yang dilabel syadid, ekstremis. Ada juga yang
kita label asyik tarbiyah je, gila usrah, kemaruk politik, dan banyak lagi. Ada
yang kita label tak sabar-sabar nak naik tangga, eh. Nastagfirullah.
Lagi parah,
Sempat pula
kita compare, timbang tara, hakimi dan kritik amal amal da’wi orang lain. Walhal
kita pula, sekadar duduk di depan laptop dan buat buat bising. Buat buat
beramal.
Mulalah ada
dialog dialog seperti;
“Geng tabligh tu tak berape kena dengan
masyarakat kita”
“Alaaa, yang muslim pun tak cater lagi, terus
nak sasar non-muslim”
“Depa ni, tak muntij!”
“Ni buat dakwah senyap-senyap, mesti nak
jatuhkan kerajaan ni!”
“Diorang ni demo semangat, subuh fail” (yang ni
macam releven)
“Ni pejuang Islam ke pejuang Melayu?”
Dan banyaaakkk
lagi dialog dialog sumbang yang menjatuhkan satu sesama yang lain.
Nastaghfirullah. Banyak nya masa kita. Sempat pula kita layan semua ini. Sempat
pula kita berkomentar tak tentu fasal. Tak sedar kah kita orang orang yang memandang
tinggi akan keilmuan agama kita melihat kita?
Tak sedar
kah kita dalam diam kita sedang menjadi fitnah buat agama ini?
Dan paling
penting, tak sedarkah kita setiap huruf tu akan dihitung dan dihisab. Setiap like
itu akan dipertontonkan. Setiap segenap kecil perkara akan Allah rekod dan
khabarkan kepada kita pada suatu hari nanti.
“…Kitab apakah ini?! Tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang
besar melainkan tercatat semuanya.”
-Al Kahfi :49
Lucu sungguh.
Kata Mat
Luthfi,
“Jika anda
rasa kurang bijak, sila lawati dan baca komen komen di page page politik alam
maya, anda pasti rasa bersyukur kerana lagi ramai yang....”
Lebih
kurang.
Saya rasa
kata-kata yang sama applies untuk situasi kali ini.
No offense.
No offense.
Risiko juga
untuk sambung entry ini.
Saya rasa selebihnya sama-sama la kita fikirkan.
Saya rasa selebihnya sama-sama la kita fikirkan.
Sebagai pengakhiran,
mari kita renung ayat di bawah,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al Hujurat :12)
Ayat ini di mulai dengan seruan,
“Orang-orang yang beriman”
Dan akhirnya di suruh mereka itu,
“Bertakwalah kepada Allah”
Dan bertaubat.
Nastaghfirullah.
6 comments:
ntahlah. sometime rasa diri sendiri hipokrit habis. fuhh!
benarkah dah masuk islam secara keseluruhannya? haih .
nak berdebat pun punya adab.
tapi manusia kini. bukan mahu mencari kebenaran. tetapi saling mejatuhkan. alahai
masing2 menyangka mereka benar. sibuk menghakimi yang lain. tak sedar. kiri kanan sedang mencatat.
astaghfirullahalazim.
Allahu Rabbuna
T_T kadang kadang hairan, orang agama ada yang suka salah menyalahkan org lain, mengaibkan dan merendah-rendahkan org agama yg lain. suka nak menang.
bak kata prof Muhaya, "orang yg kesedaran keegoan ni sombong. bila sombong dia suka bersaing (yg tdk betul caranya). bila bersaing nak menang, bila nak menang dia dengki. bila dengki dia benci. lepas benci dia dendam. bila dendam dia marah. lepas marah dia tamak."
Lalu bila semua kita akan menang.TT_TT
Jzkk ahi.
Jujurnya . Apa yang berlaku depan mata sekarang agak memeningkan. Terutama bagi orang yang baru sahaja nak mengislahkan diri. Join "geng" ni dicakap tak betul. Yang betulnya jemaah mereka shaja . Lalu berlakulah perdebatan dan sangkaan-sangkaan kami lebih baik dan blah-blah. Sebenarnya, apa yang kita mahu? Itu belum termasuk dari page ustaz yang menyuarakan pendapat mereka dialam maya tntg ustaz lain yg akhirnya timbul pula perdebatan druangan komen mereka mn yg mbnrkn dan mn yg tdk. Blaku pula ptelingkahan pnjg engkau sesat engkau tidak.
Hmmm.. Kita ini, benar-benar mahukan redha Allah atau sekadar mnnjukkn my jemaah is the best forever! Anda pnya tak brada dijln yg btul2. Asyik thu usrah sj err.. fkir. Think deeply.
Islam nowadays telah ditimpa bala sebab para du'at mengajak manusia kedalam tanzim mereka,bukan mengajak manusia kedlm Islam.
statement diats diambil dlm salah satu buku karya Fathi Yakan.
perdebatan juga dikatakan satu wabak penyakit sekarang.al-Quran m'sebut permslhn perdebatan dgn m'jelaskan bahwa ia adalah satu cara yang tidak mendatangkan hasil,tak m'hasillkan kebenaran dan tak m'bawa kebaikan.
firman Allah:
And if they dispute with you, then say, 'Allah knows well what you do'.(surah al-hajj 22:68)
Ayat diatas antara bukti yang menunjukkan al-Quran melihat p'mslhn p'debatan secara berhati-hati.Dlm ayat tersebut juga Allah memerintah Rasulullah s.a.w tidak menuruti p'debatan mereka,dan menutup pintu p'debatan dgn ringkas ,dgn mengatakan:Allah amat mengetahui apa yg kamu lakukan..
(^-^)"
sekadar perkongsian
wallahu'alam
Nastaghfirullah wanatubuilaih. Muhasabah besar buat para du'at. Moga amal dakwi dan tarbawi yang kita lakukan tidak disia-siakan Allah kerana dosa du'at itu sendiri. Moga dijauhkan juga drp segala penyakit hati yang menyebabkan kita tergelincir dan akhirnya menjadi fitnah kpd dakwah. Nastaghfirullahal adzim
Post a Comment