Monday, December 2, 2013

BAYANG BAYANG




Hangat mentari kian mengganas. Kelihatan sosok tubuh itu kian gusar. Butir butir jernih terembes keluar dari kalenjar peluh dia dari tadi. Makin laju. Makin membasahi batang tubuh itu. Jelas terpapar di bahagian bajunya, makin membasah. Seolah olah baru meredah hujan musim tengkujuh.

Rimas.

Usai penat melarikan diri dari bayang-bayang itu, dia lantas berhenti sejenak di perhentian bas. Orang ramai di situ memandang serong pada wajahnya, seolah terpapar jelas keburukan nya di mata manusia awam. Entah. Entah di mana silapnya. Entah di mana mahu disorokkan nya muka itu. Dan. Dan bayang-bayang itu makin menghampiri, mengekori rapat. Kian jelas.

Makin rimas. Langkah disusun lagi. Terus mara ke hadapan. Nafas yang sudah tercungap cunggap tidak diendah. Makin dekat bayang bayang itu. Makin membusuk pula. Sekuat hati dia terus melangkah, melarikan diri. Dari bayang bayang yang tidak pernah lelah mengekorinya. Mengekori rapat. Entah sampai bila dia mahu hidup begitu.


Kelu dia.
Tidak tahu bagaimana mahu melepaskan diri dari bayang bayang itu.

Mujur.

Mujur mentari makin menegak di atas kepala. Bayang bayang makin mengecil. Makin mengerdil. Namus masih mengekori rapat. Tidak mahu berpisah walau sesaat. Walau setengah sesaat. Kini bayang bayang bersemayam tenang di bawahnya. Hitam. Hitam pekat bayang bayang itu. Dan bau nya, busuk yang tidak terhingga.

Entah apa lagi cara yang dia harus cuba, untuk lenyapkan bayang bayang itu.

Lari sekuat hati?

Langsung tidak berkesan.

Melompat ke atas ?

Juga gagal.  


Satu sahaja lagi, tamatkan sahaja riwayat, dia dan bayang bayang. Ya. Itulah cara terakhir. Tapi hati kecil masih membisikkan sedikit nasihat. Masih tersisa sekelumit cahaya pada hati kecil itu. Cuma. Cahaya yang tersisa tidak cukup untuk menghalau sang bayang bayang.

Bukankah bayang-bayang dan cahaya itu hidup bertentangan. Dari kanan datangnya cahaya, dari kiri tebitnya bayang bayang. Dari atas datangnya cahaya, dari bawah keluarnya bayang bayang. Maka hanya satu solusinya. Carilah cahaya dari segenap penjuru. Kerana hanya cahaya yang mampu tamatkan riwayat bayang bayang hitam itu. Yang busuk , berbau hanyir, yang kian membaluti tubuhnya.


Dia masih buntu.

Busuknya bayang bayang itu, sudah tidak tertahan lagi.

Di mana harus dia pergi untuk dapatkan sumber cahaya. Dia cuba, namun cahaya yang diketemui malap. Tertewas dek bayang bayang yang mengganas itu. Akhirnya.

Saat kerehatan datang. Mentari kian beransur pulang ke sebalik bumi. Perlahan lahan beransur. Bayang bayang makin mengerdil. Ya. Dalam hitam pekat malam sahaja, bayang bayang itu tidak menganggu hidupnya. Hanya saat datangnya malam dia mampu menarik nafas lega.

Namun.


Kelegaan itu tidak panjang usianya. Dia harus bangun esok, untuk terus menggembleng segala kudrat yang ada, menghabisi bayang bayang itu. Harus difikir bagaimana mahu melarikan diri dari kebusukan bayang bayang itu.

Dia akan terus hidup begitu.

Dan akan terus mencuba mencari cahaya, dari segenap pelosok ruang yang ada. Ya. Bayang bayang itu atau dia, suatu hari nanti akan kelelahan. Yang mana satu bakal lelah, lihatlah sahaja. Biar masa menentukan.


DIJEJAK BAYANG BAYANG DOSA


Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangnya berbolak balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka merendah diri ?

Dan kepada Allah sahajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan di bumi dan semua makhluk yang melata di bumi dan para malaikat, sedang mereka tidak menyombongkan diri
16:59-50

2 comments:

Anonymous said...


Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangnya berbolak balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka merendah diri ?

Apa mksud ayat ni eh? Byng2 tu dgmbrkan sbg dosa2, (sujud pd Allah, sdng mreka mrndah diri?) tu digmbarkan buat kbaikan dlm keadaan mnyombong diri ke?

Inspector Saahab said...

Allahu'alam