Who are we?
Mozilla :
Internet browser !
Google Chrome : Internet browser !
Internet Explorer :
Google Chrome : Internet browser !
Internet Explorer :
What we want ?
Mozilla :
Fast access !
Google Chrome : Fast access !
Internet Explorer :
Google Chrome : Fast access !
Internet Explorer :
When we want ?
Mozilla :
Now!
Google Chrome : Now !
Internet Explorer : Internet Browser !
Google Chrome : Now !
Internet Explorer : Internet Browser !
Apa kaitan ?
Seperti dijanjikan, saya akan menulis pasal hijrah. Tapi memandangkan
hijrah bukan lagi mainstream hari ini, sebab orang dah lupa cerita hijrah,
orang dah start focus pada cerita kes bunuh la, harga sayur naik la, berita
perhimpunan agung tahunan la, eh eh, maka saya sangat kebelakang, so saya ni
slow macam internet explorer.
Sebab tu la ada dialog kat atas tu. Erk, faham ke?
^^”
Bismillah..
Bila sebut perkataan hijrah, saya teringat masa belajar
sejarah untuk spm dahulu. Kata cikgu saya, soalan berkenaan hijrah ni selalu
keluar dalam spm, soalan essei sepuluh markah. Tambahnya, dia meminta kami
hafal lagu nasyid berkenaan hijrah nabi tu sebab point point essay nanti
semuanya ada dalam lirik lagu tu.
Contohnya,
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perpindahan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu perpindahan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah itu perjuangan
So kami hafal la terms ini. Ada empat semuanya. Huraikan setiap
satu, dapat dua markah, menjadikan markah terkumpul lapan. Dua lagi markah akan
diperoleh melalui penulisan pendahuluan dan penutup. Oh dan jangan lupa setiap
huraian mestilah dengan jelas dan besertakan sedikit bukti dari buku teks. Wah.
Dah macam kelas teknik menjawab soalan pula.
Saya secara jujurnya bukan budak bahasa arab, dan saya tidak
tahu apa maksud hijrah yang sebenar. Sebentar tadi saya melihat goggle translate,
apakah maksud perkataan hijrah, sangat tidak valid sumber ini kerana untuk
mencari maksud term arab yang reliable kita sewajarnya merujuk kepada kitab
lisanul arabiyah.
Tapi takpelah, standard beginner, so ustaz goggle bagitahu
bahawa hijrah itu abandonment atau migration. Anda faham Bahasa Inggeris kan ?
Ok kalau tak tahu, tanya la ustaz goggle.
Maka logikla kalau hijrah itu maksudnya meninggalkan atau
berpindah. Kerana secara signifikan dari sudut sejarahnya hijrah memang merujuk
kepada hijrah Rasulullah dan para sahabat, meninggalkan kota Mekah, berpindah
menuju kota Madinah. That’s it.
Cuma hari ini apabila kita bercakap soal hijrah, ia lebih
sinonim dengan maksud berubah. In a way
betul juga, kerana berpindah juga maksud berubah, bergerak dari satu titik ke
titik yang lain. Sama ada berubah menjadi baik, atau lebih baik atau
sebaliknya. Sebab itu apabila ramai artis artis yang kembali ke pangkuan Islam
kita label, erk, mereka sebagai artis yang telah berhijrah.
Saya kira setiap orang dalam hidupnya ada kisah hijrah
masing-masing.
Namun begitu, hijrah ini sesuatu yang sangat subjektif. Berbicara
soal hijrah dari sudut pandang berubah pula sangat lame dan mainstream.
Maka kali ini saya ingin mengajak kalian, cewah, melihat
hijrah dari sudut yang mungkin kita terlepas pandang selama ini. Untuk itu mari
kita lihat ayat Quran di bawah. Huhu.
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah
menjadikan Al-Quran ini (Haaza Qur’an) satu yang ditinggalkan (Mahjura) "
Al Furqan:30
Sebelum itu, mari kita selesaikan beberapa perkara. Eh.
“Mahjura” bermaksud sesuatu yang ditinggalkan. Asal perkataan
hijrah juga. Atau kita boleh kata thing that is left abandoned. Merujuk kepada
terjemahan google translate di atas. Manakala “muhajireen” (tambahan) bermaksud
orang yang melakukan perpindahan, peninggalan atau perubahan tadi.
Dalam ayat di atas,
Sangat sedih tone nya kerana pada hari itu (Wallahu’alam )
bila, Rasulullah mengadu kepada Allah s.w.t, dalam nada kecewa (pada imaginasi
saya) kerana kita tahu Rasulullah sangat sayang pada umatnya, tidak kecewa
bahkan sangat yakin dengan kita semua,
Tapi pada hari itu baginda mengadu seolah kecewa kerana kita
semua, umatnya, telah menjadikan al Quran sesuatu yang ditinggalkan.
Boleh bayangkan tak?
Ok seterusnya, dalam ayat di atas, ditulis “Haaza Quran”
instead of “Quran” atau “Al Quran”. Apabila adanya perkataan “Haaza”, ia
merujuk kepada sesuatu yang dekat, “ini”. Ataupun “Haaza” merujuk kepada “This
Quran” sambil pointing out kepada Quran.
Quran ini. Quran di tangan kita ini. Bukan Quran secara
umum. Tapi ye, yang ini. (ok bayangkan kita pegang Quran di tangan) ia merujuk
kepada Quran ditangan itu.
Quran yang kita baca selalu, yang sentiasa di tangan itu pun
masih lagi boleh kita jadikan sesuatu yang ditinggalkan, bayangkan kalau kita
langsung tak baca, tak pegang pun ?
Gulp.
In a way, ayat ini mengajar kita bahwa mendampingi al Quran,
baca dan sentiasa dengan material Quran itu, belum cukup. Tanpa sedar, kita
boleh jadi, sedang meninggalkan al Quran, walaupun ia ditangan,dan dibaca.
Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Soalan lima markah.
Saya bagi peluang kepada anda untuk menyelesaikan teka teki
ini.
So begitulah hijrah yang tidak baik, yakni meninggalkan
sesuatu yang tidak patut ditinggalkan. Menjadikan al Quran sebagai “mahjura”.
Marilah kita ambil pengajaran.
Kita sudah baca ayat tentang sabar tapi kita masih gagal
sabar.
Kita sudah baca ayat tentang berbuat baik dengan ibu bapa
tapi kita masih lagi tidak
Kita sudah baca ayat tentang jauhi zina, tapi kita masih
mendekati zina
Kita sudah baca ayat tentang solat, zakat dan infaq tapi
kita masih segan segan
Kita sudah baca ayat tentang bertawakal kepada Allah tapi
kita masih mengharap pada lain hal
Kita sudah baca sangat banyakkk ayat tentang berdakwah tapi
kita masih buat bodoh.
Nastaghfirullah
Maka, bagaimana tidak al Quran itu dijadikan sesuatu yang
ditinggalkan, mahjura, walaupun di baca hari hari ?
Salam Ma'al Hijrah
6 comments:
eH anda faham ke ?
sbb saya rasa macam tak sampai
--"
sampai je inshaAllah. tapi yg paling perit bila kita tahu something tu betul bawak kebaikan tapi kita masih pilih untuk yang sebaliknya. kita rasa hijrah betullah hijrah tapi........
bila tanya definisi hijrah kompem bnyk je.
Betul lah.Hijrah bukan setakat hafal lagunya semata-mata.
Hayati dan fahami.Kalau bukan tak kerana pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat,Islam mungkin tidak berkembang seperti sekarang.
-Pokcik Jay-
jzkk
nak cuba selesaikan tekateki boleh?
kerna kita cuma baca dan tak beramal?
Macam ada yang kureng jer..
Post a Comment