Thursday, November 21, 2013

BAYT 19 [4]



Azan Zohor baru berkumandang.



Sayup sayup kedengaran dari luar tingkap bangunan Yayasan Selangor. Jam baru pukul satu lebih lebih. Kat luar hujan renyai-renyai. Sekali sekala air hujan menghempap cermin bangunan, dibawa angin. Berkecai butir butir jernih. Membentuk corak abstrak dekat cermin.

Rata-rata menggigil kesejukan. Penyaman udara yang tidak pernah berhenti dari awal jam Sembilan pagi dan akan terus berasap sampai jam sembilan malam menyebabkan suhu dalam bilik kuliah itu hampir mencecah takat beku. Ok exaggerated. Tapi sejuk. Sampai sendi sendi mengecut dan menghimpit sesama yang lain.

Sejuk yang teramat sampai rata rata muka pucat lesi. Pembuluh pembuluh darah mengecut. Otak memberi arahan menyebablan berlaku vasoconstriction. Tak nak bagi darah mengalir sekitar kulit lalu meyebabkan lebih banyak haba dari badan teradiasi keluar. Nanti lagi sejuk internal environment.

Syukur.


Li  terus memerhati pattern butir butir jernih pada cermin disebelah kirinya.

Sambil memeluk erat tubuhnya. Beberapa tika dalam seminit Li menggosok gosok bahunya sendiri. Nak hasilkan haba. Lawan tetap lawan.


“Do you still remember what is Marekting Mix?”  Suara Miss Lein menyentak Li dari lamunan yang jauh meneroka ke luar tingkap. Mungkin sudah sampai ke timur tengah.

Tiada suara yang membalas soalan Miss Lein. Sama ada semua orang sedang mengelamun atau semua tidak mahu bersuara. Nanti lebih banyak haba keluar dari mulut. Lagi sejuk !


“Yes !”

“Yes Rafli, do you have any idea?”

“The Four P’s Miss”

“Very good. So can you explain to the class?”

“Cannot Miss"

Huh
Li juga yang menyahut. Bukan nak sangat. Tapi nak support Miss Lein. Banyak haba terkeluar. Yang lain masih kelu. Barangkali semua sudah berdoa harap harap Miss Lein habiskan kelas lebih awal hari ini. Seperti hari hari di minggu yang lepas.
Datang kelas untuk balik awal. Nice.

Atau mungkin semua sedang menunggu Miss Lein cakap, “Ok we’ll take a break” sebab semua dah tak sabar nak menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah.


Li, wiken ni ada apa-apa plan tak?

Assalamu’alaikum. Takde. Kenapa?

Wasalam alaik. Jom la kita gi Seromban. Ziarah Asri.
 
Dah lama senyap budak tu

Oh. Ok jugak. Dua orang je?

Nanti aku ajak Adlin sekali. Ok nanti aku konfemkan balik

Ok. In sha Allah.



“What are you doing Rafli?”

“Err.. Nothing Miss” Tersentak Li. Baru nak scroll wassep baru masuk. Tak semena-mena Miss Lein sebut nama dia. Yela. Setakat ni macam nama dia je yang Miss Lein ingat.
Tak best.

“So don’t forget to read up again when you are at home. I rimas la you all. Bila tanya sume diam. Muka macam konfiden je. But I know. I was a student jugak. If you don’t understand you tanya I tahu”


Tanda tanda kecil kelas nak tamat. Ayat template dari Miss Leien. Tapi memang betul pun. Sebenarnya ramai yang blur. Bukan sahaja tak faham. Tapi tak tahu apa pun, nak tanya pun tak tahu. 
Parah.


“Ok Miss” Balas dua tiga budak lelaki kat belakang.

Yang lain tengah sibuk susun buku yang dibuka tadi, entah baca ke tak. Masuk balik dalam beg. Tak sabar nak blah. Yela. Makin lama makin mengganas pendingin hawa tu. Tak berperikemanusiaan. Huh.



--------


“So Asri, kau nak buat kitorang pogi mana ni?”

“Eh kau tak payah nak guna ‘pogi’ sangat. Apa ke teruk sangat bunyi nya tu. Haa, entah, korang nak pergi mana?”

“Laa, kau kan host, ni tempat kau. Kitorang on je. Kau driver kan hari ini. By the way, dah kerja dua bulan tu tak terasa nak belanja kawan makan? Kata ikhwah? Ops”

“Ikhwah tak tunggu dah kerja baru nak belanja”

“Ok serius serius. Kau bawak jela kitorang pergi mana-mana pun. Kitorang ikut je, ok?”

“Haa, aku pun tak tahu. Aku bawak jela ek”

Hmm.

Cuaca mendung. Macam biasa, hujung minggu, manusia berduyung duyung membanjiri pekan Seremban. Jalan raya yang sesetengahnya masih dalam pembinaan membuatkan trafik kurang lancer. Asri memandu dengan berhemah. Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Asri tatap wajah Li, Adlin dengan Ayap.


“Korang ada apa sebenarnya datang sini?”

Senyum segaris, terukir ceria.

Dah lama.

“Eh kita pergi lunch dulu Jom” Balas Adlin. Soalan tidak dijawab.

Kereta banyak hari itu. Pedal minyak ditekan perlahan. Kereta Alza putih itu bergerak sedikit demi sedikit kedepan. Mengikut rapat dekat belakang kereta sewa, wira merah. Rapat, mencucuk-cucuk kat belakang. Rimas.

Butang power ditekan. Butang volume dipusing sedikit ke kanan. Tertera pada papan digital volume tujuh. Just nice. Suara penyampai radio IKIM kedengaran. Yang tak best, time tu tengah iklan entah ubat apa. Baik untuk kesihatan. Untuk pelajaran anak-anak. Untuk ibu mengandung.

Lemah kesemuanya.

Lama kesemuanya sepi

Mata Li jauh menerjah ke luar tingkap. Melihat bumi Seremban. Bukan pertama kali. Tapi pertama kali bersama sahabat sahabat tercinta. Kenangan bersama adik beradik seusrah tiba tiba datang dan pergi. Kenangan.

“Asri, kau ok ke?” Adlin bersuara dari belakang. Sambil tangannya buat buat sibuk menekan punat pada papan kekunci telefon pintar dia. “Dah lama kan tak jumpa”. Adlin menambah.

Tiba suasana sebak.

Sah salah kalau bukan takdir.

Butang power radio ditekan. Terus lesap suara penyampai radio IKIM. Asri tekan butang Bluetooth pada dashboard. Dikeluarkan telefon Samsungnya. Bluetooth on. Kedua dua devices connected. Lagu lagu nasyid dalam folder ke udara.

Ajaibnya,
Terus terus lagu lejen;


Sesegar….
Hijau daunan, begitulah.. Kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita…
Antara kita semua…


-end-

No comments: