Ada la
sorang hamba Allah ni pernah bagitahu kat saya, antara indicator yang kita ni
dah masuk ke dalam kandang Islam yang sebenar, ialah cuba tengok perkongsian
alam maya daripada kawan-kawan yang berlegar sekitar profil laman social kita. Islami
ke tak?
Camtuhaa.
Kalau masih
ada di halaman rumah (homepage) kita perkongsian video tarian gelek Singapura,
pameran ular sawa Nusantara, konsert retis antarabangsa, pesta muda mudi
pemangkin Negara, iklan busana Muslimah yang mendedah situ sini,
tulisan-tulisan berunsur cintan cintun murahan, tu maknanya kita belum
sepenuhnya keluar dari kepompong gelap yang dahulu. Yang lama.
Bunyi macam
tak adil.
Yang share
bukan kita, tapi kawan kita
Betul jugak
tu. Tapi yang friend dengan depa sapa suh?
Bahkan
Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis, bahawa agama seseorang itu adalah
mengikut teman-temannya. Mafhumnya macam tu la. Saya tak pasti la pula siapa
perawinya. In sha Allah sahih. Nanti kalau dah jumpa yang lengkap, saya update
kat sini. Atau mana-mana dalam kalangan kita yang jumpa dahulu, silalah share
di ruangan komen nanti.
Assalamu’alaikum
Mukaddimah
baru kot.
Lama dah
tak menconteng arang di sini. Entah. Tidak diberi kesempatan. Saya memilih
untuk bersunyi-sunyian sejenak. Cewah. Kelas gitu. Takdir. Mungkin inilah waktu
untuk saya dan anda menghitung diri masing-masing. Sejauh mana sudah kita
amalkan ilmu-ilmu dan perkongsian lampau dalam hidup kita.
Islam itu
sebenarnya bukan kata nama, tapi kata kerja. Ramai orang memeluk “Kata Nama
Islam” tapi tidak sedar tuntutan kata kerja Islam. Mengabdikan diri kepada
Allah. Itu secara mudah dan ringkas. Kalau nak ditulis, lagi luas sebenarnya
pengertian Islam. Yang penting ia merujuk kepada amal. Bukan ilmu semata.
Atas dasar
fenomena suka belajar dan cari ilmu tapi liat nak amalkan inilah menyebabkan
ramai orang Islam sudah tidak stabil, dari segi anatomy nya. Cuba anda tengok
kat luar tingkap jap. Berapa ramai orang Islam kat luar tu sudah berjalan
tehuyung hayang kerana tidak stabil. Macam mana tu ?
Yelah. Kepala besar. Ilmu banyak.
Tapi kaki,
tangan, jari jemari, perut semua kecil sebab sepi tanpa amal. Ok lah. Perut besar
jugaklah. Sebab duk kat Malaysia, kemain lagi sumbat makanan. Yang lagi sedih,
ilmu itu bukan sekadar disimpan dalam kepala tidak dizahirkan melalui amal, ada
pula yang simpan sorang-sorang. Malu dan segan nak kongsi walau dengan teman
sebilik, walau dengan jiran sebelah. Malu.
Lama-lama
kepala terus membesar. Macam belon. Tunggu masa untuk meletup. Bila pressure
dah kuat sangat nanti in sha Allah meletup la. Tak perlu nak kena cucuk pun. Juga
macam hadis Ramalan Rasulullah, yang mana mafhumnya baginda menyifatkan akan
datang ummat Islam yang bilangannya sangat ramai tapi ibarat buih-buih di
lautan.
Sedih?
Rasulullah define
kite macam buih je. How sad is that?
Tapi itulah.
Kebenaran kerasnya.
The hard
truth.
So dalam
tempoh sejenak dua jenak ni, mari kita duduk sebentar. Take a deep breath. Fikir
jap. Cuba tengok keadaan ummat. Pinjamkan tiga minit masing-masing untuk
merenung ke luar. Luar daripada kehidupan kita yang penuh dengan ilusi ini. Kita
lihat reality. Entah apa-apa yang berlaku kat luar sana. Tak kan la kita nak
biar je?
Tengok pula
keadaan saudara mara kita, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, cikgu-cikgu
kita, pensyarah-pensyarah kita, pemandu-pemandu bus, pemilik-pemilik restoran,
pakcik-makcik tukang sapu, ramai kan. Memang ramai. Kalau nak di list kan
semuanya in sha Allah lepas anak kita grad ijazah sarjana muda pun tak habis
lagi. Eh.
Agak-agak mereka
yang dekat dengan kita ni tahu tak apa tujuan hidup? Tahu tak tuntutan shahadah
yang sebenar? Kewajipan berdakwah. Kegesaan berbalik kepada ajaran Islam yang
sebenar. Agak-agak mereka tahu tak mengamalkan Islam sekerat-sekerat itu
sekularisme. What say you?
Agak-agak la. Kalau tak boleh agak, rasa jela.
Jawapannya
mungkin macam-macam la kan.
Yet, kita
kat depan skrin ni buat apa sebenarnya?
Saya sendiri
tertanya.
Hairan la. Macam
mana ek?
Mari kita
hitung, dah berapa orang kita berjaya dakwah? Dah berapa ramai orang yang kita
ajak bersolat? Dah berapa orang kita nasihati untuk tutup aurat? Dah berapa
orang yang terinspirasi daripada amal-amal kita untuk bergabung dengan tenaga
Islam. Berapa orang ? Aduh. Sakit.
Tak ramai. Saya
assume la.
Tak ramai.
Tak ramai.
Yet kita
masih chill chill.
Saya hairan
dengan diri sendiri.
Bukan memperkecil
amal, tapi yakin bahawa setiap dari kita boleh pergi lebih jauh. Cuma tu la. Alasan.
Malu. Segan. Tak mampu. Aduh.
Sampai sini
dahulu.
Mencari mode
yang hilang.
Apa-apa pun
tahniah dan syabas kerana kita semua telah berjaya meluangkan masa tiga minit
memikirkan masalah ummat. In sha Allah semoga kita akan diganjari dengan
sebaik-baik ganjaran.
2 comments:
Hmm, saya agak kurang bersetuju dgn indicator tu. Sebab friends dlm fb tu x realistik. What if, kita mmg dh friend dgn org tu masa zmn jahiliyah? Kadang2, family sendiri (e.g cousins) pun ada yg masih post cintan cintun etc etc. T.T
juts an indicator. tak valid pun. sokayy
Post a Comment