Friday, April 5, 2013

TADABBUR #2


Hoyeah!!

Jatuh tsiqah.

Pertamanya saya rasa tadabbur kali ini wajar ditempatkan pada episode satu tapi tak mengapalah. Hari ini kita akan mentadabbur satu ayat yang berkisar tentang seruan untuk mentadabbur. Mentadabbur tentang tadabbur. Banyak la pula perkataan tadabburnya . Hmm. Bunyi macam gempak.

Kenapa perlu tadabbur?

Sebelum itu saya ingin ajukan satu persoalan lain. Tiap-tiap dari kita in sha Allah sedia tahu bahawa zaman terbaik bagi ummat terbaik ini ialah zaman sahabat. Persoalannya di mana titik yang membezakan zaman sahabat dengan  zaman yang seterusnya, atau lebih mudah dengan zaman kita? Apa yang membuatkan zaman tersebut wajar dilabel sebagai zaman terbaik? Hmmm.

Pada pandangan pertama rata-rata mesti menjawab kerana kewujudan Rasulullah s.a.w. Betul juga tu. Tapi menurut Sayyid Qutb dalam bukunya Ma’lim fi Toriq, kewujudan Rasulullah ditengah-tengah para sahabat bukanlah point yang relevan atau hujah kukuh yang membezakan zaman sahabat dengan zaman yang lain dari segi keterbaikannya menghidupkan Islam.

Sekiranya kewujudan Rasulullah sendiri yang membezakannya, maka tidak wajar  zaman-zaman seterusnya untuk meneruskan kelangsungan risalah al Haq. Semua orang akan menggunakan alasan ini untuk menyelamtkan diri dan mengatakan ketidakmampuan mereka. Tapi Allah s.w.t Maha Tahu bahawa ummat seterusnya boleh menyambung perjuangan menegakkan al Haq walaupun setelah diwafatkan Rasul terakhir itu kerana kuncinya bukan pada keberadaan Rasulullah.

Maka bukanlah kewujudan Rasulullah yang membezakan zaman-zaman ini.
 
So, di mana?

Biasalah, saya tanya sayalah yang jawab. Hehe.



Menurut beliau lagi, titik perbezaanya adalah bagaimana kita dan para sahabat berinteraksi dengan al Quran. Kerana al Haq itu sendiri berdasarkan al Quran. Perjuangan yang sama, sumber sama. Yang terbeza bagaimana kita menggunakan sumber tersebut. Zaman sahabat adalah terbaik kerana mereka berinteraksi dengan al Quran dan menggunakannya dengan cara yang terpaling baik.

Interaksi. Itulah titik perbezaanya.

Interaksi itu samalah juga dengan komunikasi. Perbuatan dua hala. Kalau kita cakap sorang-sorang, saya tak rasa itu dipanggil komunikasi. Dan interaksi dan komunikasi ini juga rukunya mesti faham. Macam mana kita boleh kata kita berkomunikasi dengan orang lain sedangkan kita tidak memahami bahasa komunikasi mereka? Ironi.

Nak tak nak, untuk meneladani perjuangan para sahabat, kita mesti belajar daripada mereka bagaimana cara berinteraksi dengan al Quran. Hujah ini cukup kuat untuk menolak alasan-alasan mereka yang tidak mahu memahami al Quran. Yang tidak mahu mentadabbur al Quran.

Panjang la pula. Belum masuk part tadabbur lagi.


Maka tidakkah mereka menghayati (tadabbaru) al Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?

(Muhammad:24)

Inilah ayatnya ha.

Satu persoalan yang diajukan bukan untuk menemukan jawapan tapi untuk kita semua berfikir sejenak. Mengapa kita tidak tadabbur ayat-ayat al Quran? Mengapa? Ok exaggerate pula saya.
Setelah diajukan persoalan ini, maka ada pula kenyataan, “Ataukah hati mereka sudah terkunci?”

Gulp!

Ada hint kat situ. Macam mana nak tadabbur? Menggunakan mata hati. Orang yang tidak mentadabbur hatinya telah terkunci. Tadabbur ini pada hemah saya kita memahami makna secara bahasanya, kemudian kita cuba mendalami apa-apa yang tersirat, berpandukan akidah yang sejahtera dan kita seimbangkan dengan reality semasa. Kita refleks dengan diri kita.

Hari ini ramai orang baca al Quran tapi tidak faham sepatah haram pun. Ok faham la sikit. Bismillah, in sha Allah semua orang faham. Tapi masih banyak yang kita semua belum hayati sebenarnya. Masih banyak seruan dan syariat yang belum tertegak dek kerana kita tidak memahami apatah lagi menghayati al Quran.

Yang menyedihkan ada pula stigma yang menyatakan belajar kitab tanpa guru umpama berguru dengan syaitan. Mungkin ada hikmahnya kenyataan ini. Mungkin. Tapi saya rasa ia tidak patut menghalang kita untuk memahmi ayat Quran. Berpandukan akidah yang sejahtera, in sha Allah kita tidak akan menyeleweng sebaliknya kita mendalami ayat-ayat ini dengan harapan memenuhi tuntutan yang belum tertunai.

Oleh yang demikian, mari kita terus menerus mentadabbur.

Jujur saya katakan, mula-mula agak sukar untuk kita teliti dan cari pengajaran daripada bait-bait ayatNya. Tapi lama-kelamaan kita semua akan jatuh cinta dengan ayat-ayatNya dan semestinya denganNya.

So, apa anda tunggu lagi?


Cepat perbaharui wudhuk, capai mushaf anda beserta terjemahan dan ayuh kita mulakan sesi tadabbur kita!

6 comments:

Inspector Saahab said...

xde point sangat .
kann

Anonymous said...

Ada.Buka mata hati luas2.Mata dah buka luas tp x nmpk jln.So peranan mata hati la pla.Itupun klo ad hti.Haiseyh.

Inspector Saahab said...

gulp

kena balik. dush dush

Anonymous said...

Keep fighting for SH

Inspector asal mcm xde semangat jeh bc comment kamu yg first tuh.

Kamu ade logam tau!
Dan Allah tak tye hei ape hasilnya, tapi woi ape usaha kau. Camtuhaa

Go go go inspector.

Inspector Saahab said...

enonimos :


:D

:D

go go go

Anonymous said...

Uuuuu.

Thorbaek lah inspector! Tabik spring bakhang! ��