Monday, April 22, 2013

"..APA-APA PUN SAMA JE"



Ray memerhati ke halaman rumah. Dari beranda. Cahaya kemerahan mentari makin menerang. Embun pagi makin mengering. Anak-anak ayam kampung milik jiran tetangga mula bertebaran, mencari rezki yang halal. Gerombolan semut hitam mula menyusun strategi, mencari bekal berhadapan musim tengkujuh yang bakal menjengah tak lama lagi.

Namun bukan itu semua yang menarik perhatiannya.

Dedaun rambutan yang memenuhi landskap halaman rumah, rumput-rumput yang tumbuh di celah-celah pasu bunga, susunan pokok kaktus yang beraneka macam yang mengelilingi tiang garaj kereta, pun bukan mereka yang menjadi tatapan Ray.

Matanya memanah jauh ke hadapan.

Ke arah sebatang tubuh usang.

Kelibat lelaki tua itu menarik hati kecilnya.

Separa abad. Mungkin. Itulah usia tubuh itu pada pada mata kasar Ray. Kedut-kedut pada wajahnya yang dilumuri picisan rumput, bintik-bintik hitam, liang-liang roma yang membesar, tinggalan-tinggalan proses penuaan itu cukup meyakinkan ramalannya. Separuh abad.

Masih utuh membanting tulang.

Ray tergerak untuk mendekari lelaki itu.
Ruh ruh menyatu. Takdir. Mungkin.

Mesin tadi dimatikan. Tubuh tu sudah perasan kehadiran Ray. Mesin yang digalas dilurutkan, diletak ke atas tanah. Mukanya yang dipenuhi cebisan rumput disapu. Perlahan-lahan.
Ray memerhati. Mahu bersuara tapi malu.


“Minat?”

“Menarik jugak..”

“Nak cuba?”

“Takpelah. Saya tak pandai..”

“Kamu tak pergi sekolah hari ini?”

“Baru habis SPM. Baru dapat results pakcik. Sekarang tak buat pape..”

“Oh. Nanti apply kat mana?”


Apply?

Kagum sejenak Ray. Boleh tahan pakcik pemotong rumput ini.


“Entah la.. belum apply lagi”

“Kamu nak jadi apa?”

“Saya tak kesah. Ikut Mak Ayah”


Pak cik tadi senyum. Sekali sekala di menatap mesin memotong rumputnya yang tersadar lemah di sisi. Teman akrab di kala mencari rezeki yang halal.


“Kerja jadi apa-apa pun sama je..”

“Maksudnya?”

“Doktor ke, lawyer ke, engineer ke, cikgu ke, pemotng rumput sekali pun, semua tu tak
merubah hakikat siapa kita ni”

“Kerja baik, hidup pun baik pakcik..” Ray cuba berdalik. Kurang setuju. “Hakikat apa pulak tu?”

“Kita semua ini, in the first place seorang hamba je?”



Sentap.
Ray akur. Tapi masih tak puas hati.


“Tapi tak salah kan kalau kita nak belajar tinggi-tinggi, cari kerja bagus..”

“Salah kalau kita jadi hamba pelajaran, hamba kerja..”

“Hmm..”

“Kamu belajar apa? Pure science?”


Kagum lagi Ray.
Boleh tahan pakcik ini.



“Ah ha. Pakcik pun amik pure science ke? Teruja Ray. Masih kagum

“Zaman pakcik dulu…tak adanya semua ini..” Pakcik tadi sapu butnya. “Kami belajar je”

“Oh. Dulu lain, sekarang lain. Dah lama pakcik ambik upah mesin rumput ?”

“Boleh tahan la. Dulu pakcik kerja jadi jurutera. Pakcik resigned”


Terkesima Ray

Ok .
Patutla mantap semacam English


“Kenapa? Boleh survive ke pakcik?”


Diam seribu bahasa.



Peluh sudah kering. Letih pun sudah letih menghambat. Enjin mesin dihidupkan kembali. Pakcik mula menggalas mesin rumput merah itu. Dimasukkan belah kanan dahulu. Dia mula melangkah. Sambil memandang Ray yang masih bingung..


“Survive ke tak, yang bagi rezeki kat ‘Atas’ sana”


Sambil jari telunjuknya menghala ke langit.

4 comments:

Inspector Saahab said...

Kalau cerita je cepat semua nye.

ninadiana said...

erk, jzkk, sangat betul,dan a good reminder untuk saya!!!

we tend to forget Allah is Arrazaq.
kadang sebab duit masuk tiap bulan-kita rase Mybrain & etc. or majikan, or anything else. yang bagi kita duit TT

AHMAD said...

kaannn

sama la student life

rasa mcm result tu usaha sndiri 100%

Aqilarin said...

nak share something. masa usaha pun kena tawakal. tawakal --- serah semua kpd Yg Atas, biar Dia yg control apa yg kita ingat, apa yg kita faham.

sebab kita -- hanya seorang hamba. hamba itu resamnya meminta-minta.