Bertemu
kita buat sekelian kalinya dalam slot tadabbur setelah selang beberapa hari
saya telah mengambil keputusan untuk rehat-rehat, goyang kaki, manja-manja
dengan anak khucing, dihidangi dengan ais krim potong keluaran syarikat
tempatan sambil ditemani buku-buku sihir
abad ke dua puluh satu. Tersembur bak hang ! Futur habis.
Sesi tadabbur
kali ini merupakan sambungan kepada sesi
yang lepas, yakni pada ayat ke-12 surah Al An’am. Oleh hal yang demikian,
amatlah disarankan bagi anda yang belum membaca slot pertama ayat ini untuk
berbuat demikian sebelum anda meneruskan bacaan di bawah.
Katakanlah (Muhammad),
“Milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah, “Milik Allah”.
Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang (rahmah) ke atas diriNya. Dia sungguh
akan mengumpulkan kau pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi. Orang-orang
yang merugikan dirinya mereka itu tidak beriman.
(Al:An’am:12)
(Al:An’am:12)
Sesi lepas
kita berhenti pada bagaimana Allah mengurus pemilikan udara, dengan rahmatNya
suapaya udara itu dapat dinikmati oleh kesemua hambaNya baik yang beriman
mahupun yang kufur, secara percuma, tanpa bayaran bulanan, tanpa cagaran
mahupun hutang pemiutang. Subhanallah!
Itulah Allah, dan rahmatNya.
“Kataba ‘ala
nafisihi, rahmah”
Yakni
bermaksud,
“Dia telah
menetapkan kasih sayang (rahmah) ke atas diriNya”
Kataba secara
bahasanya bermaksud menulis. Kita sering dengar penggunaan perkataan ini dalam
ayat perintah berpuasa, yakni,
“…kutiba ‘alaikumu
siyam kama kutiba ‘ala ladzi..”
Dan kita
faham melalui ayat ini, “diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana di
wajibkan ke atas orang-orang..”
So, kataba,
kutiba, yang pada asalnya bermaksud menulis sebenarnya juga membawa erti,
menetapkan, mentakdirkan atau mewajibkan.
Dalam rentetan
ayat di atas, setelah Allah menciptakan kita semua dan mengishtiharkan
pemilikan ke atas kita semua, Dia lantas memberi satu janji jaminan selamat
bahawa Dia telah mewajibkan ke atas dirinya dengan sifat rahmah. Dia telah
berjanji bahawa dia akan bersifat dengan sifat rahmah dalam dirinya, kepada
ciptaanNya, kepada hamba-hambaNya.
Subhanallah!
Belum apa-apa
lagi, Allah terus memperkenalkan diriNya sebagai seorang Tuan yang wajib
bersifat dengan sifat kasih sayang. Sebagaimana kita sering lihat dalam al-Quran
juga, Allah turut memperkenalkan diriNya dengan sifat ar-Rahman dalam bacaan
basmalah. Ini sumpah menakjubkan.
Ia seolah memberi jainan keselamatan.
Ini merupakan
jaminan bahwa kita akan terpelihara, kebajikan kita akan terjaga, dan Allah
tidak akan membiarkan kita sewenang-wenangnya terkapai-kapai setelah Dia
menciptakan kita. Subhanallah!
Boleh anda bayangkan, sebelum Allah menetapkan apa tugas kita sebagai hamba, sebelum Allah nyatakan apa ‘azab bagi hamba yang ingkar, sebelum Allah bercakap tentang balasan bagi hamba-hamba yang kufur, Allah terlebih dahulu membuat satu pernyataan yang jelas melegakan kita semua, satu janji jaminan kasih sayang. Ah, sweet bukan!
Ok kalau
tak boleh bayangkan yang di atas, cuba imagine situasi ni,
Katakanlah,
suatu hari yang indah, kita memohon untuk bekerja di satu syarikat dan
permohonan tersebut telah diterima. Dan pada perjumpaan pertama dengan majikan,
boleh anda bayangkan apa perasaan anda bila majikan anda first-first cakap,
“Baik, kamu
diterima kerja. Gaji sebulan kamu 12000. Makan minum akan ditanggung pihak
syarikat. Kos datang ke tempat kerja akan ditanggung. Elaun kahwin pun syarikat
bagi”
Boleh bayangkan
tak ?
Sebelum
majikan kita assign tugas kita, atau bagitahu tindakan disipilin kalau kita
langgar etika kerja, dia terlebih dahulu bercakap pasal elaun kahwin, elaun
beranak, pakej percutian bulan madu, elaun kenderaan, gaji, bonus tahunan dan
sebagainya!
Heaven bukan
?
Atau cuba
bayangkan situasi berikut,
Baik-baik
sahaja kita selesai diijabkabulkan, tiba-tiba pasangan kita cakap,
“Ana akan
jadi pasangan yang setia dekat enta, ibu yang cemerlang buat bakal anak-anak
kita, berdiri di belakang enta baik tika susah mahupun senang, bertungkus lumus
meringankan tugas enta” ok dan the script goes.
Ah, sweet
habis kan ?
Tapi tuan-tuan
dan puan-puan,
Skrip di
atas adalah skrip manusia, janji manusia, kadang-kadang sekadar manis dibibir
atau kadang-kadang bertahan hanya selama tiga hari. Tapi yang kita bincangkan
dalam ayat ini adalah janji Allah, bahawa Dia telah mewajibkan dirinya untuk
bersifat dengna sifat rahmah. Janji
Allah, maka apakah yang lebih benar dari itu?
Tak cukup
di situ,
Sebenarnya
apalah sangat nilai kita di sisi Allah? Kalau Allah tidak mahu bersifat dengan
sifat rahmah sekalipun, apa kita boleh buat? Kita tetap hamba yang wajib tunduk
taat padaNya. Apa kita mampu menagih sifat rahmah dariNya? Apa kita layak?
Tapi, sukar
untuk membayangkan betapa menonjolnya sifat Rahmah Allah sehingga Dia
mewajibkan diriNya bersifat demikian.
Bahkan,
Bahkan Allah
sanggup menceritakan hal ini kepada kita! Sweet kan! Seolah-olah kita ini
begitu special, Allah sangup nyatakan kesediaan Dia untuk menjamin kita dengan
sifat rahmah dalam ayat-ayatNya. Boleh bayangkan tak betapa suatu penghargaan
di situ. Allah pahat pernyataan ini dalam ayat ini supaya kita tahu dan sedar
betapa Allah itu Maha Penyayang.
Betapa rahmat
Allah itu mendahului kemurkaan Allah.
Sekarang,
Allah s.w.t telah pun memperkenalkan diriNya sebagai Tuan kepada kita semua
yang wajib bersifat dengan sifat rahmah,
Persoalannya
bagaimana pula kita nak memperkenalkan diri kita ? Sebagai hamba yang macam
mana?
Bersambung…
1 comment:
Ada sambungan tak?
Post a Comment