Sunday, June 9, 2013

TADABBUR #6




Katakanlah (Muhammad), “Milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah, “Milik Allah”. Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang (rahmah) ke atas diriNya. Dia sungguh akan mengumpulkan kau pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya mereka itu tidak beriman.
(Al:An’am:12)


Baru baru ini saya telah menghadiri kuliah tafsir Ustazah Maznah Daud dan beliau mengupas ayat ini. Penerangan panjang lebar daripada beliau, diserikan pula dengan bunyi anak-anak bayi menangis menyebabkan saya jatuh cinta pada ayat ini, sangat-sangat memberi kesan dan membuka mata. So di sesi tadabbur kali ini, suka saya untuk berkongsi sedikit huraian dan dapatan yang masih segar dalam kamar ingatan ini, cewah. Dan of kos ditambah mana yang sesuai.


Allah memulakan ayat ini dengan seruan kepada Rasulullah s.a.w untuk menanyakan kepada orang-orang kafir Quraish yang enggan dan ragu-ragu serta mendustakan agama ini. Soalan yang diajukan adalah tentang pemilikan apa yang ada di langit dan di bumi. Pada ayat-ayat lain biasa kita ketemui soalan diajukan untuk menanyakan siapakah yang mencipatakan semua ini. Cuma kali ini Allah bawa isu pemilikan.


Mudah benar untuk kita fahami. Basis nya, siapa yang menciptakan sesuatu, maka hak milik juga menjadi hak si pencipta. Dalam kes ini, sudah pasti tiada jawapan lain, melainkan “Milik Allah”.  Persoalan yang diajukan sebenarnya juga dijawab oleh Rasulullah. Milik Allah, sahaja. Tiada yang lain.

Dalam ayat ini, Allah wakilkan pemilikan ciptaanya dengan “Apa yang ada di langit dan di bumi”. Allah tidak pula mention satu persatu ciptaanNya, tapi cukuplah sekadar pernyataan di langit dan di bumi. Ini kerana apa yang ada di langit dan di bumi sudah merangkumi semua ciptaan. Ini termasuk haiwan, bintang dan bulan, matahari, tumbuhan, gunung ganang.

Dan yang sering kita lupa, apa yang ada di langit dan di bumi termasuklah kita. Ya, kita! Manusia.
Maknanya, kita ni ada tuan. Hehe.

Ada pemilik. Kalau kita semua macam tanah, ada geran manusia, maka pemilik geran itu sudah pastinya Allah s.w.t.

So, ayat ini kasi hint, kita sebenarnya tidak memiliki diri kita pun. Hidung kita, bulu kening kita, gigi kita, tahi lalat kita pun bukan milik kita. Semuanya milik Allah. Allah pinjamkan untuk kita. Bila ia bukan milik kita, maka kita tidak ada hak pemilikan, tiada hakcipta terhadap tubuh badan kita. Kita tidak berhak dengan sewenang-wenangnya mengubah, atau berbuat apa-apa pada tubuh badan kita.

Tidak boleh la kita suka suki edit mana-mana bahagian. Tidak boleh ubah. Copy ataupun paste ikut kesukaan kita.

Bagi yang mereka faham,

Maka tidak boleh timbul isu seperti;


“Ikut aku la aku nak tutup rambut aku ke tidak, ni rambut aku bukan rambut kau”

“Suka hati aku la nak adjust hidung aku kasi tegak sikit, bukan hidung kau pun”

“Taka pa la aku nak tunjuk sikit pinggul aku ni, bukan pinggul kau pun”

“Ala, body aku, bukan body kau”


Camtuha.


Ayat ini nak tarbiyah kita supaya sedar akan hakikat kita ini bertuan. Hidup bertuan. Bukan sahaja tubuh badan kita dimiliki Allah, tapi seluruh langit, bumi dan isinya. Bumi yang kita berjalan tu, janganlah sombong. Bukan milik kita pun. Rumah yang kita diami itu, bertapak atas bumi Allah.

Di bumi Allah, wajar la kita ikut cara hidup yang Allah tetapkan. Kan.

Cuma, Allah sudah amanahkan manusia, khalifah bumi ini untuk menguruskan dan mentadbir bumi ini. Sebab itu ada orang secara duniawi nya mempunyai hak sementara ke atas bumi Allah ini. Ada nya tuan tanah. Adanya kebun yang dimiliki oleh hamba-hamba tertentu.

Hamba-hamba yang dipilih ini berkewajipan menguruskan Bumi Allah dengan baik, mengikut system yang Allah tetapkan. Ada orang urus tanah. Ada orang urus air. Ada orang uruskan tanaman, hutan, gunung ganang. Mereka diberi amanah pemilikan. Menariknya, dalam banyak-banyak perkara, satu benda Allah sahaja hak pengurusan diberi kepada semua.

Cuba teka apa ?


Udara.

Yes.

Allah tidak mengkhususkan pemilikan udara kat dunia kepada individu-individu tertentu. Ada orang urus air, boleh buat bisnes air. Ada tanah, boleh buat bisnes tanah. Ada kebun, buat bisnes sayur. Ada kolam, buat bisnes ikan. Tapi udara adalah milik bersama. Kalaulah Allah pilih hamba-hamba tertentu untuk menguruskan udara, nescaya ada orang buka bisnes udara.

Agak-agaknya kenapa ?

Sebab udara adalah komponen terpaling penting untuk hidup. Ada hamba-hamba Allah yang menguruskan alam ini mempunyai kepentingan tersendiri. Untuk keuntungan, kekayaan dan kemewahan. Tapi udara ini Allah tidak pula aturkan untuk diuruskan oleh sesiapa. Inilah rahmat Allah !

Allah sendiri yang urus. Bila Allah urus, semua orang dapat. Terbaik !

Ayat seterusnya, Allah berbicara pula pasal rahmat. Kiranya daripada pengurusan udara ini, dapat kita masuk kepada mukaddimah rahmat Allah.

Cumanya, saya rasa kita berhenti di sini dahulu. Nanti kan panjang sangat pula.


Stay tuned :)

3 comments:

aku-bukan-robot said...

kita selalu bajet. apa yang pada kita semua milik kita. padahal kita ni peminjam je. adeyhhh!

astaghfirullahalazim.

btw.well written.

Anonymous said...

menarik :) sambung2.

Inspector Saahab said...

UPDATED

IRDHANA YA ALLAH :)