Baru sahaja
tersentap membaca karya al akh yang disayangi kerana Allah, di sini,
lantas saya pun terdetik untuk berkongsi sedikit, seputar isu yang sama. Tiba-tiba je kan.
lantas saya pun terdetik untuk berkongsi sedikit, seputar isu yang sama. Tiba-tiba je kan.
Kisah 1
Sebaik
sahaja azan Maghrib berkumandang, permainan ditamatkan. Si X lantas pulang ke
rumah. Usai tiba di rumah, sekadar berbalutkan tuala, dan badan yang masih
berpeluh peluh, dia mengupdate di status mukabukunya;
“Ayuh kita
bersegera ke masjid, Azan Maghrib sudah berkumandang, pemuda yang cinta akan
masjid akan mendapat naungan daripada Allah kelak”
Kisah 2
“Ya ayyuhal
ikhwah, tajuk khutbah pada hari ini ialah, merokok membahayakan kesihatan. Kementerian
kesihatan telah mengeluarkan statistic terbaru bahawa rokok mengakibatkan 3
orang diserang sakit jantung setiap hari.
Maka mimbar
ingin menasihatkan sidang Jumaat, marilah kita sama-sama tinggalkan budaya
merokok demi kemaslahatan umat sejagat”
Usai solat
Jumaat tamat, khatib meluangkan masa bersama jemaah, (bukan jemaah in that
sense ok) sambil pekena kopi Tongkat Ali di kedai berhampiran masjid. Selang
dua tiga minit, sebatang Kent hinggap di mulut. Dengan rakus asap disedut dan
dihembus.
Ironi bukan
?
Siapa cakap
untuk tunjuk qudwah (teladan) dalam berdakwah itu senang?
Sebab
itulah, dalam karyanya yang bertajuk Fiqhul Dakwah, Sheikh Jum’ah Amin
meletakkan Fiqh yang pertama adalah,
“Qudwah
qobla dakwah”
Ye. Ada
yang beragumentasi. Dengan qudwah sahaja tidak mungkin juga dakwah itu
berhasil. Memang banyak bukti dia. Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling
luhur pekertinya di zaman beliau, pun masih dakwah baginda ditolak.
Namun,
dakwah dengan qudwah yang teruk pasti tidak berhasil.
Daripada
banyak pengajian sirah, dapat kita belajar perjalanan dakwah Rasulullah dan
para sahabat yang meletakkan qudwah sebagai elemen penting dalam usaha menarik
orang memeluk Islam. Cuma hari ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan
kalian semua belajar qudwah daripada Allah s.w.t dalam ‘seruan dakwah’ Nya
dalam ayat Quran.
Mari kita
perhatikan ayat berikut;
“Jangan kamu jadikan panggilan Rasul diantara
kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain)….”
(An Nuur: 63)
Dalam ayat
ini, Allah melarang sahabat, (pada waktu itu) memanggil Nabi Muhammad dengan
panggilan sebagaimana mereka memanggil sesama mereka. Dalam erti kata lain,
Allah menyuruh para sahabat memanggil Nabi Muhammad dengan gelaran Rasul, atau
Ya Rasulallah, instead of Muhammad atau Wahai Muhammad.
Nah,di mana Qudwah qobla Dakwah Nya?
Kalau anda
perasan la dalam ayat ayat Quran, istimewanya pengiktirafan Allah terhadap
Rasulullah, Allah tidak pernah memanggil Rasulullah dalam dialog dialog Quran
dengan panggilan Muhammad atau Ya Muhammad, atau Wahai Muhammad.
Tidak
seperti panggilan ke atas nabi-nabi lain. Bagi nabi nabi lain, Allah s.w.t.
meng‘address’ mereka dengan nama mereka, seperti,
“Ya Musa”
“Ya Adam”
Dan
sebagainya.
Tapi ke
atas nabi Muhammad, Allah menggunakan gelaran nabi atau rasul;
“Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan
janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan munafik…”
(Al
Ahzab:1)
“Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu
disedihkan oleh orang-orang yang bersegera kekafirannya….”
(Al
Maidah:41)
Maka valid
lah arahan Allah ini.
Didahului dengan satu teladan yang baik.
Didahului dengan satu teladan yang baik.
Bagi mereka
yang peka dan mantap tarbiyah kendirinya, mereka akan memerhati perkara perkara
sebegini untuk diamalkan dalam kehidupan. Kita juga tidak sepatutnya meletakkan
nama Muhammad sewaktu menterjemah ayat Quran yang suruhannya keatas Nabi
Muhammad, sebaliknya meletakkan nama Rasulullah.
Apa-apa
pun, lihatlah, Allah sendiri ‘menunjukkan’ qudwah Nya. Padahal, seandainya
Allah menyuruh kita untuk tidak memanggil Rasulullah dengan namanya sebagaimana
cara kita panggil kawan kawan kita yakni menggunakan nama mereka, tanpa Allah
tunjukkan qudwah, itu tidak menjadi masalah.
Allah kot,
sekalipun tidak ada qudwah, arahanNya tetap menjadi syariat.
Ini kita, hamba yang ingin mengajak orang lain mematuhi syariat Allah, tapi kita sendiri tunggang langgang.
Ini kita, hamba yang ingin mengajak orang lain mematuhi syariat Allah, tapi kita sendiri tunggang langgang.
Satu lagi
contoh qudwah yang diajarkan kepada kita oleh al Quran;
Firman
Allah;
“Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya”
(Al
Ahzab:56)
Lihatlah bagaimana
cantiknya susunan ayat suruhan di atas, Allah terlebih dahulu menyebut bahawa
Dia dan para malaikat pun berselawat, maka berselawatlah wahai orang orang yang
beriman. Sekali lagi, qudwah mendahului dakwah.
Tidak mudah
untuk menunjukkan qudwah dalam menyampaikan dakwah. Pun begitu, ia tidak
mustahil. Sebenarnya, banyak seruan dakwah yang ditolak hari ini adalah akibat
kegagalan duat menunjukkan qudwah kepada dakwah mereka. Kata-kata yang terpacul
dari mulut mereka dan terhasil dari jemari mereka tidak diterjemahkan dalam
kehidupan mereka.
Sebenarnya,
apabila kita terlebih dahulu melakukan apa-apa yang kita serukan, seruan itu
akan lebih sampai dan menyentuh hati mad’u (objek dakwah) kita, meskipun kita tidak
melakukan hal yang demikian di hadapan mereka.
Dan
sepatutnya bagi para du’at, menunjukkan qudwah bukan hanya di hadapan mad’u,
kerana bukankah dakwah itu kehidupan?
Bukankah slogan
ini yang sering kita war war
dan canang dalam usrah dan daurah?
dan canang dalam usrah dan daurah?
Menunjukkan
qudwah dalam dakwah tidak bermakna kita harus sempuran dalam setiap sudut dan
juzuk kehidupan, kerana sampai kiamat pun ia mustahil berlaku. But, you know
what I mean kan ?
Maka saudara,
Qudwah
qobla dakwah !
*saya pun
fail T_T*
5 comments:
Allahu Rabbi..Termuhasabah seketika..Salam ukhuwwah akhi fillah
salam ukhuwah :)
:3 memang blog ni suka kasi sentap eh?
kasi santap sebenarnya. eh
jzkllah.
sentapan buat santapan rohani :)
Post a Comment