Allah Ta’ala memerintahkan manusia yang mukallaf supaya
beristighfar setiap kali selesai mengerjakan amal soleh atau amalan yang baik.
Dia memerintahkan Rasul-Nya s.a.w supaya beristighfar di
ketika penghujung usia baginda di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad
berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama
Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr: 1-3)
Allah perintahkan para hujjaj supaya beristighfar setelah
mereka menyelesaikan haji mereka. Firman-Nya bermaksud:
“Kemudian hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat
bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon
ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Baqarah:199)
Demikian para nabi, orang-orang soleh yang terdahulu dan
yang kemudian, mereka beristighfar memohon ampun sedangkan mereka mengerjakan
kebaikan, kebajikan dan amal soleh.
Nabi Nuh a.s mengajak kaumnya beristighfar sebagaimana dinyatakan di dalam ayat yang bermaksud:
“Maka aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.” (Nuh:10)
Adam dan isterinya mengakui kesilapan dengan memohon ampun
seraya berkata:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf:23)
(Al-A’raf:23)
Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya berisatighfar dengan
katanya (maksud):
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari
perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya
Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu
masa yang tertentu, dan (di akhirat pula)
Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai
kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu…”
(Hud:3)
Nabi Sulaiman a.s. ketika melihat angkatan tenteranya yang
hebat dan kerajaannya yang mantap, berkata dengan penuh tawadhuk (maksudnya):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah
kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada
sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah
kurniaNya.”
(Sod:35)
(Sod:35)
Nabi Ibrahim a.s. ketika di penghujung usianya setelah
selesai menjalankan tugas dakwah yang diperintahkan kepadanya berdoa
(maksudnya):
“Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan
dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;”
(Asy-Syu’ara’: 82-83)
(Asy-Syu’ara’: 82-83)
Dan Allah berjanji kepada mereka yang beristighfar tidak
akan menimpakan azab sengsara di dunia selagi mereka tetap beristighfar. Firman
Allah bermaksud:
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang
engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa
mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Al-Anfal:33)
(Al-Anfal:33)
Dia sentiasa menyeru manusia semua agar tidak berputus asa
dari rahmat serta keampunan-Nya.
“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Maksud az-Zumar:53)
(Maksud az-Zumar:53)
Allah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjauhi dosa-dosa
besar, akan diampunkan dosa-dosa kecilnya.
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu
melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami
akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
(Maksud an-Nisa’:31)
(Maksud an-Nisa’:31)
Maha Suci Allah yang sentiasa menghulur ‘tangan’ di waktu
siang untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu malam. Dan menghulurkan ‘tangan’
di waktu malam untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu siang.
Maka bilakah orang yang belum bertaubat akan bertaubat?
Bilakah orang yang menjauhkan diri daripada-Nya akan kembali
kepada-Nya?
Bilakah orang yang masih leka dari mengingati Hari Pembalasan akan menginsafi dirinya pada hari yang tiada guna segala penyesalan?
Bilakah orang yang masih leka dari mengingati Hari Pembalasan akan menginsafi dirinya pada hari yang tiada guna segala penyesalan?
Mana lagi penyesalan yang lebih hebat daripada ini, ketika
kita melihat ratusan ribu insan berdosa mendapat keampunan-Nya Yang Esa, sedang
kita tidak termasuk di dalam golongan itu? Kita seorang yang tercicir dari
senarai hamba yang diampuni oleh Tuhannya?
Na’uzubillahiminzaalik
Marilah beristighfar
-Dipetik dari blog Ustazah Maznah dan disunting untuk bacaan
umum heh.
1 comment:
erk. okayh
Post a Comment