Err. Kerana beliau istiqomah dengan prinsipnya. Noktah.
Di satu
malam yang hening, di sebuah surau yang serba lengkap di sebuah kondominium
mewah yang terletak di tengah tengah kota yang sedang pesat membangun, beberapa
ikhwah datang menziarahi mutarabbi masing-masing, antara sela waktu solat
Maghrib dan Ishak. Suasananya aman damai, duduk duduk di bawah hembusan bayu
pendingin hawa berjenama mahal aku kira, sambil salah seorangnya mendekati seorang
mutarabbi yang sedang murojaah, menguatkan hafalan hafalan ayat Quran.
Kemudian akh
itu didatangi seorang lagi mutarabbi yang lain yang sebentar tadi duduk di
penjuru sana. Di sana ? Di mana? Ah, pedulikan sahaja posisi awalnya.
Usai duduk
bersebelahan, bertanya khabar dan bertanyakan soalan-soalan formaliti yang
sudah boleh dijangkakan jawapannya, adik mutarabbi menanyakan soalan yang cukup
berharga pada malam itu, bahkan mungkin soalan paling signifikan yang akh itu
dapatkan pada sela waktu itu, untuk dia renungkan dengan renungan yang dalam
dan panjang. Sungguh panjang dan lama renungannya, seakan bumi berhenti
berputar di paksinya.
“Nak tanya,
macam mana nak istiqomah eh?”
Sungguhpun akh
itu sudah memahami soalan itu dengan baik, dia lantas menanyakan kembali dengan
satu soalan picisan untuk mengisi kekosongan yang berlegar antara dua jarak,
sebuah persoalan dan jawapannya.
“Maksudnya?
Istiqomah untuk apa?”
“Istiqomah untuk
apa kita buat ini, untuk berdakwah..”
Engkau benar
wahai akhi.
Begitulah kami
dapatkan daripada seorang mutarabbi yang kurang sepurnama menghadiri konferens
pertamanya, lalu dia lontarkan sebuah soalan berkisar istiqomah. Satu persoalan
yang menjadi isu sejagat sekalian umat manusia apatah lagi untuk pendiri
pendiri agama Allah ini.
Tidak ada
manusia yang mampu berbicara dengan baik perihal istiqomah sedang dia masih
hidup, selagi roh dan jasadnya masih menyatu kerana kualiti istiqomah paling
agung hanya dapat dibuktikan tatkala aku dan kalian, saat kita mati dan diarak
ke perkuburan, kita mati atas jalan juang ini. Nah, siapakah yang dapat
meyakini hal itu?
Namun begitu,
jawapan mesti diberikan, demi menjawab sebuah pertanyaan yang ikhlas dari akh
itu. Lalu kami berbicara dengan memetik masukan masukan daripada orang
terdahulu dan mendapatkan nasihat nasihat daripada al Quran dan as sunnah.
Sebelum itu,
akh itu menenangkan si mutarabbi, kalau-kalau dia dilanda isu istiqomah, kerana
hakikat insan memang berhadapan dengan hal ini.
“Susah nak
jawab soalan itu. Sebab istiqomah ini memang isu sejagat. Semua orang
berhadapan dengan masalah macam mana nak istiqomah. Amal-amal kita ada waktu
turun dan naiknya. Bahkan Nabi saw pernah bersabda lebih kurang la, setiap amal
tu ada syirrah dan fatrah. Syirrah tu masa menaik, dan fatrah tu masa menurun.”
Dia mendengar dengan tekun.
“Pastu nabi
sambung lagi dalam hadis tu, kalau siapa berada dalam fasa fatrah, tapi masih
dalam sunnahku, maka dia mendapat pertunjuk, dan kalau fatrah dia keluar dari
sunnahku, maka dia telah binasa. So tak dinafikan ada masa kita futur, rasa
down, masa fatrah tu la. Tapi insya Allah fatrah kita tu masih lagi kot dalam
sunnah baginda kan, eheh”
“Ohh, tapi
masih takde tips untuk istiqomah”
“Hmm. Betul.
Tapi just nak share la, kalau kita rasa kita susah nak istiqomah, jangan terus
kecewa dan terus down. In fact dalam Quran, banyak ayat Allah berbicara tentang
istiqomah dan ganjarannya, maknanya ayat ayat ini turun sebagai response kepada
masalah masalah istiqomah yang berlaku di zaman Nabi lagi, so jangan tension
sangat la. Hehe.”
“Oh. Takdela.
Just tanya, sebab kadang-kadang….”
Akh itu
mematikan ayatnya dengan sekuntum senyuman.
“Ada seorang
sheikh ni, dia pernah kongsi dalam satu buku dia, dia kata al fatrah ba’da
mujahadah, min fasad al ibtida’. Makananya lebih kurang, futur yang kita duk
sebut tadi tu, selepas mujahadah adalah disebabkan kersoakan di permulaan”
“So macam mana
permulaan yang sepatutnya?”
“Haa, so
dia cerita la lagi. Permulaan karier dakwah seseorang tu kena clear dua benda. Salah
satunya niat, satu lagi cita-cita, atau visi dia. Niat buat apa pun mestilah
kerana Allah pastu kita kena jelas la hala tuju kita, visi dan misi kita. Ada orang
dia dah ikhlas dah, tapi sebab dia tak tahu kerja dia buat tu nak menghala ke
mana, end up dia lost dan gugur. Ada juga orang yang clear visi dia, tapi sebab
niat tak settle pun tak jadi juga, bila dah lama nanti mula lah dia rosak
akibat penyakit penyakit hati dan dunia.”
Panjang sebenarnya
jika kalian mahu dapatkan full scripts diskusi mereka malam itu. Namun kami
kira berbaloi untuk ditulis dan dikongsi, untuk sama-sama kita teladani.
“Macam tu
la lebih kurang. Tapi still tak praktikal sangat jawapan dia. Tajdid niat dan
kena fahamkan betol betol kenapa kita buat benda ni dan kena clear halatuju
kita.”
“Ok
kot..menjawab soalan”
“Ataupun
cuba kita tengok apa kata al Quran. Cuba tengok surah Hud ayat 112 dan beberapa
ayat seterusnya. Allah mulakan dengan menyuruh Nabi saw untuk istiqomah. Kemudian
Allah gariskan beberapa tips untuk istiqomah yang agak praktikal la untuk kita
belajar”
Sesi itu
berlangsung dan berterusan. Daripada sebuah pertanyaan, mereka sama-sama
mentadaburi ayat-ayat Allah. Semoga duduk duduk atau perjumapaan itu adalah
salah satu perjumpaan yang disabdakan oleh Sang Rasul sebagai perjumpaan yang
disukai oleh Allah sehingga Dia menurunkan sakinah buat mereka.
“Sebenarnya, kalau nak cakap tips, semua orang boleh bagi kan. Antaranya
kena la jaga hubungan dengan Allah, selalu bersama-sama dengan orang orang yang
ok, baca Quran, banyakkan berdoa dan banyak lagi. After all, nak istiqomah ini
terpulang kepada kita, kita yang pilih… huhu. Ok ke?”
Di abad
ini, fuh, bukan senang sebenarnya nak menjadi seorang pemuda yang istiqomah
dengan prinsip agamanya, apatah lagi yang berazam untuk buat kerja dakwah semua
ini. Kalian dan aku, kita berhadapan dengan segolongan manusia yang sangat
ramai yang tidak buat apa yang kita ingin lakukan. Siulan siulan duniawi cukup
menarik hati. Pasti, ada pertarungan yang sangat sengit dalam jiwa seorang
pemuda itu, antara memilih jalan istiqomah atau mundur bersama majoriti manusia.
Pengajaran besar
pada malam itu tentang pemuda dan istiqomah, kami makin faham akhi agaknya
kenapa dalam hadis tujuh golongan hamba yang dinaungi Allah swt di hari yang
tiada naungan melainkan naunganNya banyak berkisar tentang pemuda kerana memang
di saat melewati usia kepermudaan ini, di hadapan kita terbentang luas jalan
kefasadan.
“Insya
Allah ok, cuma tetibe rasa lagi berat..”
“Errr… ni cakap
je lebih sebenarnya ni. Kualiti istiqomah tu pun takde pada dirini, sebab tu la
kita kena sama-sama baiki diri dan baiki kawan-kawan yang lain. Nak betol-betol
praktikal istiqomah, kena la rajin-rajinkan diri datang halaqah, pergi program
tarbiyah dan buat kerja lasso..”
Sempat lagi
akh itu promote.
Ikhwah.
Ikhwah.
“Nanti
boleh la hafal ayat tu, fastaqim kama umirta.. best kan?”
“Insya
Allah”
Untukmu
kader dakwah.
Sentuhan al akh !
Sentuhan al akh !
No comments:
Post a Comment