“Lepas ta’aruf
yang panjang tadi, boleh ana simpulkan, bahawa kami berdua kongsi satu cita-cita
atau matlamat yang sama, iaitu kami nak ubah dunia. Jika tidak bersama
tarbiyah, kami mungkin tiada di sini hari ini, dan kami mungkin dah jadi MPP
dekat university sebab nak buat perubahan…”
-----
Itulah secara
khulasahnya, mutiara mutiara berharga yang kami dapati daripada seorang al akh
pada petang itu. Sepotong kata-kata yang pasti ada sambungannya, yang mengembalikan
izzah kami dengan cara ini, dengan cara yang kami sama-sama imani.
Petang itu,
kami ada rehlah masyi. Rehlah ini maksud dia mengembara, atau berjalan, masyi
pula jalan kaki, jadi boleh dikatakan rehlah masyi yang cuba aku ceritakan ini,
mengembara dengan berjalan kaki. Tetapi tidaklah petang itu kami berjalan
merentas benua, sekadar mengisi satu slot riadah petang di satu hujung minggu
yang aman.
Bagaimana ia
berlaku?
Kami dipasang-pasangkan
secara random atau mungkin berhadaf (objektif) yang mana kami pun tidak pasti,
kemudian setiap pasangan akan dilepaskan dari titik tolak untuk berjalan ke
satu destinasi yang telah ditetapkan. Dimulai dengan pasangan pertama, kemudian
selang beberapa minit diikuti pasangan seterusnya dan seterusnya.
Sepanjang masyi,
berjalan ke destinasi, peserta diminta berta’aruf dengan pasangan
masing-masing, bukan sekadar ta’aruf biasa, tetapi tanya sahaja soalan-soalan
yang berkaitan dengan tarbiyah dan dakwah, medan amal, mutabaah amal,
pengalaman-pengalaman tarbiyah dan tips tips yang boleh dimanfaatkan, dengan
harapan semoga setiap peserta mengenali pasangan al akhnya dengan lebih dekat.
Lalu sesi
itu pun bemula. Satu demi satu pasangan ikhwah dilepaskan dan berjalan ke
destinasi itu. Satu demi satu.
Aku ? Aku
pula ditakdirkan bergandingan dengan, ah biarlah rahsia.
Apa apa pun,
banyak masukan dan dapatan yang kami perolehi sepanjang sesi berjalan pada
petang itu. Kami dapati dari akh itu dan ini perkembangan terkini, mushkilah
yang dihadapi dan nasihat nasihat yang sungguh bermanfaat untuk kami sama-sama
terus meniti jalan ini. Sehinggalah akhirnya kedua telapak kaki kami menginjak
destinasi yang dituju.
Penganjur memberikan
sedikit masa untuk kami habiskan ayat ayat terakhir. Kami akhirnya dikumpulkan
untuk sesi resolusi.
Akhi penganjur
meminta mana mana pasangan untuk tampil ke depan dan menceritakan perihal
pasangan masing-masing, hasil ta’aruf sambil berjalan sebentar tadi. Seperti
biasa, semuanya isthar sehinggalah seorang akh tampil menawarkan diri untuk berkongsi
lantas disusuli al akh yang menjadi gandingannya.
Lalu akh
itu memulakan bicaranya. Memperkenalkan al akh yang dipasangkan, asal usul,
sedikit latar belakang fardi dan da’wi dan hal hal berbangkit yang lain. Sesi
perkongsian bertukar giliran, tibalah pula yang diperkenalkan menjalankan mas’uliyyahnya.
“Banyak
yang kami kongsikan tadi. Tak tahu nak cerita mana satu. So cerita sedikit la
kot, untuk manfaat semua, antara yang menarik, kami saling tanya, kenapa
bersama tarbiyah?”
Begitulah dia
memulakan bicaranya. Sekali lagi soalan kenapa bersama tarbiyah dibawakan. Benar
benar untuk aku dan kalian hadam, andai kita turut memikirkannya.
“Lepas ta’aruf
yang panjang tadi, boleh ana simpulkan, bahawa kami berdua kongsi satu cita-cita
atau matlamat yang sama, iaitu kami nak ubah dunia. Jika tidak bersama
tarbiyah, kami mungkin tiada di sini hari ini, dan kami mungkin dah jadi MPP
dekat university sebab nak buat perubahan…”
Teruja. Lalu
akh itu meneruskan bait bait kata-katanya;
“Dulu kita
ingat nak buat perubahan kena masuk persatuan tu persatauan ini. Jadi ahli
Badan Dakwah dan Kerohanian kolej. Atau jadi calon perwakilan mahasiswa dan
macam-macam lagi. Tapi bila bersama tarbiyah, kita yakin inilah jalannya. Bila bersama
tarbiyah, benda lain nampak kecil. Majlis perwakilan? Small matter. Terlalu
kecil nak dibandingkan dengan cita cita tarbiyah ini. Padahal kalau jadi ahli
tu, ahli ini, tak banyak pun perubahan boleh buat, sibuk dengan meeting dan
paperwork je. Hehe.”
Menyedarkan.
Begitulah izzahnya
akh itu dengan jalan tarbiyah. Betapa dia menikmati penghormatan yang diterima
saat dia menggabungkan diri dengan gerabak tarbiyah. Dia lantas tidak
terjerumus dalam penghormatan penghormatan kecil yang diberikan oleh manusia
kepada manusia yang lain, kerana bersama tarbiyah, ia satu penghormatan dari
langit. Ia mengangkat darjat manusia ke tingkatan yang tinggi, meluhurkan.
Cukuplah akhi
dengan perkongsian itu untuk mengembalikan hamassah kami yang mendengar. Sebenarnya
yang kita perlukan adalah izzah akan jalan ini. Sebagaimana ulas sheikh Ahmad
Rashid,
“Buah pertama yang dirasai oleh seorang mukmin dari izzah
imannya ialah; beliau faham adanya kekuatan al-haqiqah dalam Islam ini yang
membolehkannya mampu diiklankan walaupun oleh hanya seorang manusia sahaja.”
Semoga dengan izzahnya kita terhadap tabiyah yang
dikembalikan ini membuatkan kita faham adanya kekuatan al haqiqah dalam jalan
ini yang membolehkan kita mampu untuk mengiklankannya walaupun kita seorang
sahaja yang berpegang padanya.
Kerana hakikatnya, memang dakwah ini bermula dengan seorang.
Sekadar itu sahaja yang kami dapat bawakan untuk kalian,
sentuhan sentuhan al akh yang menghidupkan sepanjang sepetang bersama ikhwah. Adapun
begitu, di satu suatu sela waktu yang lain, di penghujung satu sesi halaqah,
kami meminta seorang adik mutarabbi memimpin bacaan doa sebelum bersurai.
Bait-bait doa yang indah yang dituturkannya menyebabkan kami
larut dalam kenikmatan jalan ini. Sungguh! Antara ayat yang paling dekat dan
menyebabkan kami tersentuh tatkala dia melafazkan,
“Ya Allah, islahlah syabab Islam, ya Allah islahlah syabab
Islam, ya Allah islahlah syabab islam”
Sudah pasti doa itu dibacakan dalam bahasa Arab. Satu
pengharapan yang sangat tinggi, daripada seorang yang baru sahaja bersama
halaqah, dengan harapan mudah mudahan Allah swt memperbaiki keadaan ummat ini
dengan memperbaiki, mengislah para pemudanya.
Moga dikau wahai akhi, pemuda yang dinantikan itu!
Dua kisah yang epik pada amatan kami ini membuatkan kami
menemukan satu formula baharu. Kita adalah golongan yang ingin melakukan
perubahan, sebab itu aku dan kalian di sini. Kita yakin perubahan itu akan
terhasil, cita cita kita itu akan tercapai dengan usaha-usaha tarbiyah dan kita
mulakan dengan mengislah pemuda-pemuda islam.
Aku yakin, doa yang dipanjatkan itu sedang dimakbulkan,
kerana aku sudah melihat bunga bunga kebangkitan islam. Cuma, adakah aku dan
kalian bangkit bersama arus perubahan itu ? Arus baharu ?
Sentuhan al akh!
3 comments:
Erk so takboleh jadi MPP ke sebenarnya?
Boleh aje kot. Kot. Buat la pertimbangan dengan baik.
Boleh. Sebagai alat untuk mncapai matlamat. Matlamat kita apa? Masing2 pun tahu kan.
Post a Comment