Credit given where it's due
Surau hijau berdindingkan papan usang itu sudah hampir
setahun menemani kami dalam halaqah mingguan. Ia juga menyaksikan betapa banyak
firman firman Allah yang telah kami sama sama bacakan, telusuri dan cuba untuk
teladani. Permaidani yang menutupi permukaan lantai menjadi teman erat tatkala
kami sujud dalam sujud sujud harian. Bertemu ruang antara kening dengan
benang permaidani. Bahkan juga kekadang mendengar untaian doa dilantunkan
oleh si yang sujud.
Sekali lagi pada malam itu kami duduk si surau itu. Memilih salah satu sudut daripada sudut sudut yang ada. Suasana yang tidak pernah berubah. Mesra seperti biasa. Bau usang nye yang tidak keterlaluan. Bilah bilah kipas yang berputar seakan tidak mahu menyerah kalah. Di situlah misi besar ini kami mulakan.
Alangkah indah jika saudara saudaramu juga mesra sedemikian. Mengalu alukan majlis mengingati Allah. Menyediakan ruang untuk jilsah tafakur. Ah! Barangkali kami terlalu bercita cita.
Pada malam itu memang kami berbicara akan surau itu yang menjadi saksi kepada kami. Mudah mudahan kau tegakkan kesaksian di tempat yang benar.
Lalu akh kita yang satu itu memulakan bicara.
"Diriwayatkan pada satu kesempatan, para sahabat ridhwanullah ajmain mendatangi Rasulullah saw lalu berkata, ya Rasulullah, ayyu julasaina khairan ? Ertinya, wahai Rasulullah teman teman duduk yang manakah baik bagi kami ?"
Suasana malam itu masih mesra. Sunyi serta suci dalam kaburan jerebu. Kesemua rijal yang duduk bersila membentuk bulatan yang tidak begitu sempurna menantikan si pembicara meneruskan sabda Rasulullah itu.

"Maka Rasulullah menjawab, khairukum, yakni baik bagi
kamu adalah, pertama sekali, man zakkarakum billah ru'yatahu. Orang
yang mengingatkan kamu pada Allah dengan hanya melihatnya..."
Basah!
Mata akh yang berbicara merenung ke dalam anak mata teman teman
duduknya pada malam itu. Satu persatu. Renungannya lembut dan seakan
memukau.
"Sangat tinggi bench mark yang Rasulullah saw letakkan
untuk kita cari teman teman duduk yang baik. Seakan mustahil untuk kita
dapatkan hari ni, seseorang yang hanya dengan melihatnya sahaja sudah cukup
mengingatkan kita kepada Allah swt"
Akh itu menambah perisa. Berkongsi rasa dengan
lisannya. Padu.
"Tapi ikhwah, entah kenapa ana sangat yakin, hari
ni berlaku sabda Rasulullah saw ni. Kerana teman teman duduk ana pada malam ini
adalah orang orang yang membuatkan ana ingat pada Allah, hanya dengan melihat
antum......"
Ada yang menundukkan wajah merenung ke lantai surau usang
itu. Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka. Tersentuh dengan sentuhan dan
kelembutan bicaranya akh nya atau sedang menghabiskan momen momen memuhasabah
diri. .
"Sesungguhnya pertemuan kita pada malam tidak akan
berlaku melainkan dengan kehendak dan izin Allah swt. Dan jilsah tafakkur kita
pada malam ini juga tidak lain dalam rangka untuk sama sama saling mengingatkan
satu sama lain dan menjadi teman teman duduk yang disabdakan ar Rasul buat
teman kita yang lain"
Cair.
Fuh. Sebab inilah sesi duduk duduk seminggu sekali itu kami
nantikan dengan penuh keterujaan. Ia memberi makan kepada ruh. Ia menghidupkan.
Seolah mendapat semangat baharu. Arus baharu. Ruh
baharu!
Beginilah kami dalam halaqah. Dibentuk dan dilentur dengan
firman Allah dan sabda Rasul-Nya! Mungkin sebab ini jugalah surau hijau itu
terus mesra melayani kami, seakan turut menikmati curahan ketenangan dari
atas sana.
Akh yang lain kemudian menambah,
"Apa ciri ciri yang seterusnya tu akhi ?"
"Ana cerita satu dahulu malam ni. Kita sama sama
usahakan yang ni dahulu. Next week kita sambun insya Allah. Kalau cerita
semua nanti habis la modal ana"
Ketawa sopan mengisi ruang.
Bagaimana dengan halaqah mu ?
1 comment:
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
Post a Comment