Jarang jarang sekali kami kongsikan. Sisi-sisi manusiawi, al
akh yang diuji dengan manusia yang lain. Al akh pun pernah kecewa, putus asa,
marah, sakit hati dan geram. Tetapi kita mencuba merawat demikian perasaan dan
krisis dengan ubat ubat dari al Quran. Kerana ia adalah penyembuh untuk apa
yang ada dalam dada kamu.
“Pertanyaan random. Apabila individu A telah meminta maaf
dengan individu B, sudahkah terlepas dosa kesalahannya pada individu B jika
individu B belum terbuka hati untuk memaafkannya?”
“Dosa kesalahan tu, entah lah. Wallahu’alam. Tapi individu A
dah buat apa yang patut. Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt :) “
“Jikalau meminta maaf itu dilihat seperti kurang ikhlas
menurut pemerhatian individu B, jadi perlukah dia memaafkan individu A ?”
“Perlu. Sebab pertama, ikhlas tak boleh dilihat dari
pandangan mata kasar. Keduanya, bukankah Allah sendiri Maha Pengampun terhadap
hamba-hambaNya. Siapalah kita untuk tidak memaafkan sesama hamba? Dan ketiga, ada banyak tuntutan al Quran
untuk kita memaafkan instead of berendam. Eh berdendam…”
“Kalau bukan berdendam, tapi tahap kelukaan dan kesakitan
itu masih belum pulih, jadi perlu juga memaafkan?”
“ …..dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang’. Ni haaa antara ayatnya..”
“Uhuks, ada cari gak ayat ni sebab rasa macam pernah tadabur
ayat memaafkan ni. Haa betul la ayat ni. Jadi jika belum pulih, perlu tunggu
sehingga pulih untuk memaafkan dengan ikhlas?”
“Maafkanlah dulu. Nak lupa mungkin takes time. Insya Allah.
Kita amik approach berlapang dada dan mengakui hakikat insan yang sentiasa
melakukan kesalahan termasuk diri kita..”
“Huhu. Saja Tanya. Kecelaruan”
“Ok tak?”
“Haha. Entah la. It takes time kot”
“Mind sharing? Huhu :3 “
“Alkisahnya begitulah. Masih mencari keikhlasan untuk
memaafkan. Kerana yang minta maaf seperti menyakitkan hati lagi. Konflik luaran
je. No big deal”
“Huhu. It’s in your hands. Tak tahu situasi sebenar macam
mana. Anyway, kalau kita mengalah walaupun kita di pihak yang betul, insya
Allah lebih sejahtera keadaannya”
“Betul tu. Tapi entah. Ego tinggi kot. Sebab jarang sakit
hati or marah. Tapi once dah marah or terasa, rasa memang berat. Perlu lebih
‘lapang dada’. It takes time kot.
“Mungkin individu itu diutus untuk mentarbiyah anda :D “
“ T_T Tapi itulah.
Sebab dah minta maaf dan buat something sakitkan hati balik..”
“Macam kompleks je. Sebenarnya kita tak tahu orang itu
ikhlas ke tidak. Walaupun Nampak macam tak, who knows deep inside dia ikhlas,
tetapi jenis muka macam tu haha…”
“Wallahu alam. Banyak betul prasangka buruk..”
---
“Alaaa tertido malam tadi --”
“Ok”
Sentuhan al Akh.
Bukan kami tak sudi berkongsi. Cuma izinkan kami
bersunyi-sunyian sebentar sehingga kita bertemu lagi dengan ruh dan semangat
baharu. Untuk sama-sama menapaki lorong-lorong dakwah ini.
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran
dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah, dengan kurnia Allah dan
rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya
itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”
(Yunus 57,58)
3 comments:
errr, tak faham part tertidur tu
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
Just interested to share...
Saying sorry itself is not an easy one to do...
As long as one say it out...no matter how...it suppose to be meant for appologizing...right?
Post a Comment