Sunday, April 6, 2014

SENTUHAN AL AKH #17




Aku sebentar tadi menyelongkar file file yang ada dalam laptotp hitam ini. Lalu aku jumpa tulisan ini, yang aku karang tidak lama dahulu. Yang sepatutnya menjadi tataan semua, tidak lama dahulu. Namun entah, takdir Tuhan, itu tidak berlaku. Baruku terjumpa lalu aku hidang buat kalian kali ini.

Sentuhan al akh.



-----------------


Lewat beberapa hari yang lalu merupakan tempoh yang memenatkan dan sukar. Capek! Kerana al akh itu akhirnya seorang manusia. Lelaki pula tu.

Di saat kalian dan aku meniti di jalan ini, pasti ada saatnya kita harus memilih, jika bukan antara dua, pasti tiga empat atau lima. Dan ada masa kalian tersepit. Pilihan pilihan yang ada hampir tiada bezanya. Jika diteliti, pasti ada sisi sisi baiknya.

Di saat itu datang, kalian dilemma dan keliru. Ditambah pula ada bisikan bisikan yang menggoda. Di saat itu datang kalian seakan mempersoal penglibatan kalian sebelum ini atas jalan, seolah-olah merenung kembali, apa aku perlu di sini? Di saat itu kalian terasa, kalaulah…


Baiklah.

Sukar untuk aku habiskan kata-kata ini. Lalu biarlah ia terhenti di situ, di sela hembusan nafas pagi, udara Bandar yang tidak lagi nyaman, seperti Pada Zaman Dahulu.

Mujur ada sosok tubuh al akh yang itu dan itu yang mengisi saat satu tubuh itu terasa kosong, memerlukan keberadaan seseorang yang memahami. Lantas kami bertemu di satu majlis perkahwinan entah anak siapa yang kahwin.

Ringkas sahaja pertemuan itu.
 
Tapi cukuplah.

Kerana kadang-kadang,

What we really need is a silent company.


Aku tidak dapat nafikan, seorang al akh itu antara lain seorang motivator yang baik. Pesanan pesanan menyentuh, basah, disulami ayat ayat Quran, bait bait hadis dan dihiasi kata kata agung dari mereka yang terlebih dahulu menapaki jalan ini menyebabkan yang terucap dari bibir mereka cukup membangkitkan.

Walau kadang-kadang pada aku kebangkitan itu bertahan hanya tiga hari.


Tapi, kali ini, akh itu sepi. Bukan bisu, mungkin sudah tiba masanya pada hemah dia, untuk membiarkan hati akh itu yang tentukan. Bukan dia perlu nasihat. Bukan dia tidak hafal ayat ayat quran yang sering di baca dan diulang ulang dalam sesi perjumpaan. Bahkan al akh itu lebih tahu.

Maka saat itu, pertemuan yang ringkas, tidak berjela bicaranya sudah cukup untuk menyentuh. Begitulah, sentuhan al akh.

Usai pertemuan, satu pesanan ringkas menyinggah


“Sori […], rasa melankolik plak jumpa budak budak Intec. Kuatkan semangat kat mana-mana sahaja yang kaki melangkah. Percaya kat diri sendiri, you have so much more instore. Cewah”


Cewah.


Di saat ini masih basah sentuhan itu. Saat kaki akhirnya melangkah ke bumi Tuhan yang satu lagi. Beginilah, beginilah caranya al akh itu menyentuh qalb akhnya.


Sebelum aku akhiri,


Enak juga kita jamu sedikit kata kata dari seorang akh ini;



“Wahai ikhwan sekalian,


Hendaklah kamu sentiasa berada dalam ketaatan dan larilah kamu dari dosa serta bersihkan diri kamu dari perkara-perkara maksiat. Hubungkanlah hati-hati dan perasaan kamu sentiasa dengan Allah yang merupakan pemilik langit dan bumi.


Lawanlah kemalasan dan singkirkan perasaan lemah. Pastikan perasaan dan semangat syabab (pemuda)kamu terarah kepada kebaikan dan kesucian. Hisablah diri-diri kamu dalam hal ini dengan penghisaban yang sukar.


Berhati-hatilah kamu agar jangan sampai berlalu kepada kamu satu detik tanpa amal yang baik dan tanpa usaha yang murni bagi kemaslahatan dakwah ini”.



Allahu akbar !

Akhi, jangan lupa ‘sentuh’ aku lagi ya !

No comments: