Wednesday, April 9, 2014

SENTUHAN AL AKH #18



Di saat aku menulis ini, aku merenung dalam, sedalam-dalamnya ke skrin laptop ini, bertanyakan diriku sendiri, setelah hampir tiga tahun,

Amalmu mungkin bertambah,
Hafalanmu makin baik,
Tilawahmu makin mantap,
Infaqmu kian rancak,

Namun, mengapa ikhlas mu macam makin berkurang ?


Sakit bukan ?

Aku tahu. Entah, aku tidak pasti sama ada ia proses yang dilalui oleh semua atau hanya tubuhku yang aneh ini sahaja dijangkiti virus iman itu. Ku biarkan kalian dengan persoalan itu, yang aku kira kita semua butuh sejenak waktu untuk sama menghisab diri sendiri, dengan penghisaban yang sukar, dengan referensi yang azimah.




Muntalaq-titik tolak.

Begitulah intipati apa yang bakal aku kongsi buat kalian. Bagaimana ia bermula, sebelum episod episode sentuhan ini mengambil tempat. Sejujurnya, hampir tiga tahun yang lalu, apa yang bakal aku tulis ini sudah menampakkan bibit-bibit cintanya. Akanku cuba imbas kembali, meski tidak sebiji sama dengan sejarahnya.

Kerana sejarah itu antara lain senjata bagi hamba-hamba Allah yang beriman. Bahkan di saat ini, aku teringat pula pada kata-kata yang hebat daripada buku teks sejarah waktu di sekolah dulu,


“Barangsiapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulanginya”
George Santayana.

Ada benar.

Maka, hampir tiga tahun yang lalu…


Aku baru mendaftar di kolej antarabngsa. Di kolej orang orang bijak. Yang pada tanggapan pertamaku, kesemuanya pasti ulat buku. Aku yang belum bersahabat dengan buku ini entah macam mana, ajaibnya dunia, diterima untuk ke kolej itu. Tidak lain tidak bukan melainkan kerana aturan dan susunan Tuhan.

Di awalnya, apa yang aku sangkakan tidaklah begitu. Bahkan tempat itu meriah, dengan bermacam aktiviti dan keraian untuk kami yang baru mendaftar. Tiap tiap malam ada sahaja perjumpaan, sesi suai kenal lagi meskipun minggu orientasinya sudah berlalu.

Kami didatangi segerombolan manusia yang pada hemahku waktu itu tiada kerja barangkali, katanya senior senior semua, ajak lepak lepak dan sembang sembang. Eksaited punya pasal, aku layan semua.

Begitulah, suasana meriah dan harmoni itu berlalu, dari hari ke hari berganti minggu ke minggu. Kami duduk duduk, ada yang memberi peringatan. Kadang di surau kolej, kadang di luar kolej. Kekadang di taman, kekadang di padang-padang permainan.


Tidak aneh padaku, mungkin ini gaya kolej antarabangsa.


Satu hari hampir hujung minggu,


Di aras lima, di bilik aku, jiran Melayu muslim di bilik hadapan semuanya kecoh kecoh. Ada program. Khuatir. Kenapa aku tidak tahu.

Kemudian di satu pagi yang lain, kami mahu keluar bersama, tapi ada kenalanku yang patut turut hadhir tetapi tidak hadhir.


“Lokman mana?”

“Loqman ada liqa”

“Liqa apa?”

“Entah dengan senior”


Itu pertama kali dalam hidupku, aku dengar perkataan liqa. Entah apa maksudnya. Aku persetankan sahaja. Mungkin kelab, atau persatuan kolej, bersama senior. Lalu kami keluar seperti yang sudah direncana. Kerana biar apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan.


Pada kesempatan yang lainnya, ada seorang akh ini yang waktu itu yang paling awal aku kenal, dan yang aku boleh sembang. Kernanya kami datang dari wilayah yang sama, wilayah…ok biarkan ia rahsia.

Satu hari aku tanya,


“Eh Min, liqo tu ada apa?”

“Tu senior senior yang buat, kat surau bawah”

“Oh. Selalu ada ke? Asal aku taktahu pun?”


Aku memang ada jumpa jumpa dengan senior di malam hari. Tapi bukan di surau bawah atau surau kolej. Tapi tempat lain. Dan perjumpaan tidak pula dinamakan liqa.


“Tak reti gak nak cakap An (bukan nama sebenar), nanti jom la sekali, dia maca usrah gitu”

“Lho, kalau usrah tu aku tahu. Liqo tu bahasa arab dia eh?”

“Ye kot”


Begitulah perbualan hingusan kami.

Lalu malam yang ditungu-tunggu datang. Malam itu, agak meriah. Perjumpaan senior ini lebih meriah, ahlinya lebih ramai. Kami duduk-duduk, ada baca baca quran, ada perkongsian, ada lawak lawak yang tak menjadi dan sebagainya. Wah wah.


Rupanya lebih kurang sahaja dengan perjumpaan aku dengan senior yang lain, maknanya aku sudah ada dua perjumpaan waktu itu. Cuma hari yang lain dan dikendali orang yang berbeza. Tapi apa aku kisah, benda baik. Huhu.


Liqo.


Akan ku ingat perkataan itu.


Begitulah kurang lebih bagaimana ia bermula. Permulaan kepada perjalanan yang panjang yang aku harap hanya mati yang akan mematikan perjalanan itu dalam riwayat hidup kami semua. Permulaan kepada siri-siri perkenalan setelah itu, dengan sosok-sosok tubuh al akh, yang kerap kali menyentuh qalb akhnya.

Dengan izin Allah, akan aku sambung lagi, akan aku cuba karangkan bagaimana perjumpaan perjumpaan yang dua menjadi satu, err atau biarlah ia rahsia. 

2 comments:

Anonymous said...

Barangkali kesemua post "sentuhan al-akh" bisa jadi cerpen Al-Muntalaq At-Tarbiyah atau Fi Zhilal At-Tarbiyah.

Mantap akh, semoga terus tsabat menulis utk kelansungan dakwah !

(y)

Inspector Saahab said...

amin. doakan in sha Allah. doa snyap snyap ye. eheh